Sunday, May 16, 2010

cikgu saya


kalau waktu sekolah rendah tu kenangan dengan cikgu tak banyak sangat la sebab time tu aku pelajar yang sangat baik, pengawas pulak tu..
pastu kalau dalam darjah, nombor 1 atau 2 atau 3 semua aku bolot, tak kasi chance kat orang lain, gila kuasa betul time tu, atau sebab takde orang pandai dalam sekolah tu? HAHA

dengan cikgu Bahasa merangkap sebagai cikgu tuisyen serta coach netball aku, 3 jawatan sekali gus, memang bosan jugak la jumpa muka dia je setiap masa..kalau tak tuisyen memang tak dapat la aku 3A 2B, padahal boleh dapat banyak lagi tapi time tu kecewa bf pndah sekolah terus prestasi menjunam, haha hebat gila cinta monyet aku kan..
lepas tu kalau takde coach netball tu, mesti aku tak jadi kapten untuk team time sekolah rendah, and jadi player untuk sekolah menengah jugak tiap tahun..

time sekolah menengah otak dah remaja sikit banyak main jee, tula PMR dapat 3A 5B je sebab selalu ponteng ikut pintu belakang kelas time cikgu tengah tulis kat depan, pastu masuk celah pagar yang muat-muat saiz aku je..
kadang-kadang line tak clear kene panjat la pagar sekolah tu..
tapi aku bukan macam budak lain..aku ponteng terus balik rumah, cakap kat mak cikgu takde, haha cikgu jugak yang jadi mangsa..
kene la balik rumah kan, duit cukup-cukup makan kat kantin je, kalau nak lepak kedai memang tak cukup la, balik rumah tengok tv lagi best makan pun free..
time sekolah teknik ambil SPM lagi mencanak-canak kenakalan nye..
siap kene buang asrama lagi, sampai warden dengan cikgu pun semua benci kat aku..
tapi aku pandai ambik hati dorang sebab aku player netball jadi shooter pulak tu, mana boleh buang kan? harapan sekolah tu..
memang tak sia-sia la sekolah simpan aku, selain berbakat dalam bidang teater, aku boleh nyanyi nasyid sekali, bhahaha time nyanyi nasyid kene hipokrit sikit buat muka baik..

sampai la aku berjaya sekarang, semua sebab cikgu-cikgu aku yang sentiasa ambik berat kat aku walaupun selalu jugak aku sakitkan hati dorang..
tak pernah la dorang merungut, tapi kalau mengamok tu pernah la jugak..

paling penting skali aku nak mintak maaf la kat teacher EST aku sebab aku pernah tertolak dia time presentation,
time tu dia kritik group aku sebab kitorang tak buat preparation yang cukup,
so sebab marah, aku tertolak la dia time aku nak jalan pegi tempat duduk..
merajuk seminggu tu, memang padan la dengan muka aku sebab aku dapat 6 je untuk subjek EST time SPM, hahahaha



gila, kalau nak cerita semua memang banyak la kenangan dengan cikgu aku time sekolah..

and, aku nak ucap, SELAMAT HARI CIKGU untuk semua cikgu-cikgu di Malaysia..

;) tapi saya tak minat nak jadi cikgu, hehehe




14 comments:

nuRul saLoma said...

tgk mak aku yg jd cikgu pon boley wat aku jd penat..spilant

nrlhdallddn said...

haha itu belum ko yg jadi cikgu kan..

Yaya Mahidan said...

huda memang nakal..haha

nrlhdallddn said...

ehem2 yaya..jgn over..
ko pun sama jee..
pengawas asrama konon!

Amalina said...

5A, 8A, 11A

rie said...

haha..kbtulan sy pun ajar EST
nk majuk gak leh?
tbe2 je..kekeke

nrlhdallddn said...

amalina? haha terer nye andaaaaaaaaaaaaa..i tak pndai mcm lu..waklu! haha

nrlhdallddn said...

rie ; majuk la skali, tp pastikan kne tolak dgn i dulu, hahaha

Amalina said...

awak ada skype?pinong

Fitrihadi.com said...

wah banyak cerita ek..sampai cikgu pun merajuk hehe :p

sekarang buat apa?lama tak dengar cerita..

nrlhdallddn said...

takde la skype, lupe password, hahaha

nrlhdallddn said...

fit, kalau nak ikut lg banyak dari ni, tapi banyak sangat. hehehe

skang ni? dok umah la bisnes dari rumah..hee

Fitrihadi.com said...

tak mintak sambung blaja ke?

nrlhdallddn said...

fit, insyaAllah kalau ada rezeki..