Tuesday, February 26, 2019

Survey Major Renovation

Salam semua. Haiii. 


Baca lah cerita rumah aku ni sampai hujung tahun ye. haha. takda cerita lain dah nak tulis.


so nak sambung pasal rumah lagi.saje lah nak simpan sebagai kenangan. nanti doploh tahun lagi boleh baca cemana memula nak masuk rumah. kah. okay dah dapat kunci sebulan yang lalu, alhamdulillah. lepas tu bayar deposit elektrik dan air pada pemaju, dorang uruskan. tahu tahu dapat kunci dah ada api and air. macam biasa masa serah kunci, pemaju bagi borang senarai kerosakan. dia kata kene isi dalam masa 14 hari. dalam masa yang sama boleh panggil sub kontraktor yang diorang bagi untuk sama sama check defect. boleh dikatakan aku kerap jugak pergi tengok rumah, sebab nak check defect betul betul kan. so hari hari la jumpa sub con tu, sebab diorang letak barang kat rumah aku, haha aku pun tak faham napa rumah aku jadi tempat barang. tapi jadi senang la sebab apa apa hal, terus direct pada sub con tu. borang tu pun dah isi terus bagi diorang, tayah la aku susah susah nak hantar pada pemaju lagi. antara defect yang aku dapat trace, leaking kat tangki bilik air atas. ada air menitik dari lubang paip kat atas siling bilik air. sebab dia sentiasa menitik so memang tahu la tangki yang bocor. untuk ujian kebocoran siling tingkat atas, kitorang tengok melalui hujan je. macam taiping ni boleh dikatakan hari hari hujan. so takda masalah la, kalau bocor atap, memang akan ada mana mana siling berlumut. alhamdulillah takde. untuk ujian kebocoran tingkat bawah, kitorang buka paip air bilik air atas biarkan lama sikit. kalau bocor, ada la ceiling bawah berlumut. tapi susah la nak trace sebab ceiling bawah semua pakai konkrit takde pakai plaster. nak buat wiring pun contractor tak sanggup sebab semua batu. dia minta pakai plaster ceiling jugak. ni nanti aku cerita. $$$$$$$$$$~~




bab check defect almost settle dah ada sikit je lagi macam crack halus kat dinding. dengan sopek sopek garam sikit kat hujung hujung frame tingkap and pintu. tu semua case finishing je lah. dalam sub con pemaju tengah buat kerja tu kitorang panggil jugak contractor untuk extend rumah. kalau korang nak tahu rumah aku ni building dia 20 x 35 je. tanah belakang ada lebih 20 x 17. so memang building sangat kecik, dari depan jalan jalan sikit ehh dah sampai dapur. gitu kekdahnya. jadi aku sehati sejiwa dengan suami nak extend la dapur. sebab jenisan aku ni memang malas nak kemas rumah banyak kali. kalau boleh sekali cuci rumah je seumur hidup. haha. lepas pindah, setakat mop jela. gitu. aku tanya pemaju dia pun kata alah okey je nak extend nanti warranty tak cover bahagian yg extend je. warranty lain masih sama. gitu. jadi dah survey contractor 2 orang. pastu malas dah. haha boleh? tapi dua dua ni memang beza sangat. Mr Lim (con 1) total cost RM28k extend 20 x 10 kaki, termasuk KC, dengan simen bahagian lebih belakang. tak piling, tapi pakai bakau je sebagai base. pada aku, murah la kalau sekali dengan kc semua. dah ukur semua minta quotation. cuma tak gemor cara dia asyik call call minta deposit. padahal aku baru survey je. dah dia call hari hari tanya bayar la deposit berapa pun, sebab dia ada projek lain jugak nak amik. terus potong mood la jenis paksa paksa ni kan. pastu siap pasang banner company dah kat pagar rumah aku konon konfem la dia contractor rumah kitorang. kah. gigihnya beliau. 





Contractor kedua, Ah Hwa, baru kira quotation semalam. yang ni dia bagi sama je, extend 10 x 20, KC, pastu dia bagi simen and dinding belakang free, dinding pemisah rumah sebelah. tapi ah hwa ni dia cakap rumah kitorang kene piling. dia kata ada deret kitorang rumah lama tu dia extend, tapi tak sampai berapa tahun dah senget. haha. kitorang terkejut la sebab Mr Lim kata pakai bakau pun cukup. AW kata, tak bolehhh, kene piling, dia tau la sebab dia buat rumah lama deret aku tu. dia kata boleh pergi tengok check. mengejutkan betul memang laki aku kata semua rumah double storey yang extend dapur semua senget, semua bertampal, major punya senget bukan crack biasa. mcm builing baru tu tertanggal dari asal. AW tu gelak je laki aku pergi tengok balik terkejut, sebab dia kata dia yang extend rumah lama tu, pastu dah senget tu owner panggil dia balik, so dia pening kepala camne nak repair. dia kata better piling la, dia pun tanak pening kepala lagi. tak rugi pun piling nanti next boleh tambah atas sekali kalau ada duit lebih (memang tak la kot). lagipun beza 4-5k je dengan tak piling. kah. umpama 4-5 puloh je dia sebut. so quotation AW dengan kitorang is RM35k all in. fuhhhhhh $$$$$$$$~~~~~~....................................................





tu baru extend weh. ni nak sambung pasal awning dengan grill. nak dijadikan cerita, grill, awning dan repair pagar kitorang nak cari orang yang sama. yelah sebab semua besi kan. satu tempat je kan senang. pagar tu elok dah sebenarnya. tapi yang jadi masalah, bila kitorang nak buat autogate, contractor tu kata, kene repair pagar takleh buat buka terus, kene pakai lipat. guna pagar yang sama tapi jadikan lipat, pastu tambah rel untuk roda pagar. kalau pakai pagar buka terus bahaya takut parking kereta dekat sangat pastu ko bukak pagar dangggg langgar lah kereta ko. camtu ye permasalahan nya. jadi, nak autogate punya pasal, repair la pagar. repair ni tak mahal pun, dia kirakan sekali dengan awning and grill. so grill, termasuk yang extend tu, awning depan and belakang termasuk extend tu, dia quoted RM8.6k. lalalalala~~~ quoted dia macam aku ni petik duit dari pokok je. @.@....hahaha gelak lah kita. lama lama pindah rumah duk atas lantai je. perabot semua takda duit nak beli. baru cerita extend dengan grill and awning. belum masuk bab wiring dan plaster ceiling. woww incredible hulk.




Pagar yang ada okay dah, tapi kene repair sikit kene buat pagar lipat. nak autogate sangat kann haa amik.




nanti kita sambung okeh......





babai. salam.





Wednesday, December 12, 2018

KAIEHUDA Mansion - Part 1

Hai semua. Assalamualaikum.



so kali ni nak start buat post pasal rumah. walaupun duration nak dapatkan rumah ni sejak awal 2018 lagi, tapi tak konfiden lagi nak buat post yela sebab selagi loan tak lepas, kunci tak dapat, rasa macam tak secure lagi rumah tu dapat ke idak. haha. selagi tak dapat lepas loan, selagi tula tak official beli rumah. tapi alhamdulillah loan dah lepas awal tahun 2018 hari tu tak ingat bulan berapa pergi sain SnP. semua nya dipermudahkan. mungkin dah tertulis rezeki kitorang nak dapat rumah tu kan. btw rumah yang dibeli ni ialah jenis teres 2 tingkat. kerana status rakyat marhaen yang masih berkhidmat dibawah kerajaan persekutuan, gred pun sekadar perlaksana/sokongan sahaja, jadi mengikut tangga gaji aku, aku hanya mampu membeli rumah yang beharga maksimum RM340,000 sahaja mengikut perkiraan LPPSA. sebab aku buat loan dengan dorang kan. so kita ikut jela requirement yang dah disenaraikan. ahaks. tapi aku dikira bernasib baik jugak la, sebab rumah yang aku beli ni projek PPA1M, rumah penjawat awam. yelah kiranya penjawat awam jelah boleh beli. gituu. lagipun kat tempat aku ni hanya satu projek tu je PPA1M. dah la satu tu je ade, yang dibangunkan pun 28 unit rumah je. jadi kebarangkalian nak dapat tu alahai memang la betul betul yang ditentukan oleh Allah SWT yang boleh dapat. haha. sebab apa, aku ada tanya pemaju tu jugak, ramai ke apply, dia kata ramai, lebih 100 orang jugak, ko bayangkan unit yang offer ada la dalam 1/4 je dari orang yang apply. pastu nak dapat tu pulak dari undian. aku taktau la sapa yang undi tu, terima kasih lah sebab pilih nama aku. haha






pelan asal rumah, corner lot dengan intermediate. macam biasa la aku mestila pilih bukan corner lot. haha





asalnya aku nak beli rumah PR1MA, dah cukup dah dokumen ape semua tinggal nak submit apply loan je. tetiba Allah gerakkan hati aku nak buka website PPA1M sebab aku ada nampak iklan untuk PPA1M area Parit Buntar/Bagan Serai. so macam cari la area tempat aku ni takde ke kan. sekali buka laman web tu ade pulakkkk. laju la aku isi. sebab apa aku lagi prefer PPA1M berbanding PR1MA. first sekali mestilah sebab lagi murah. PR1MA starting price 278++k, itu pun unit bumi lot, yang dah habis sejak pelancaran projek tu, yang tinggal 300k keatas je. memang la loan aku boleh lepas, LPPSA pun kata lepas, tapi aku mungkin tercirit rotavirus tiap bulan nak membayor nye ye gais. manakala untuk rumah PPA1M harga dia jauh lebih murah starting price 238++k je. jauh ye gais perbezaan nye. sekali lagi diingatkan aku ni hanyalah rakyat marhaen. jadi aku perlu sedar diri dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. apooo perumpamaan aku pakai ni. k bai lupakan. selain harga murah, tanah dia pun lagi luas menyebabkan aku tanpa fikir panjang terus forward dengan PPA1M saja la. yang PR1MA tu takpa lah aku let it go kepada yang lebih layak dan memerlukan. keluasan lebar sama je dua dua, 20kaki. tapi panjang dia sangat beza. PR1MA 65ft je, kalau PPA1M 75ft. beza jauh okay boleh jugak tanam pokok kelapak kat tanah lebih itu. jadi kita teruskan dengan PPA1M. 




mama ada anak anak sebagai harta mama. mama beli rumah untuk jadi harta anak anak pulak ye.





seterusnya macam biasa lah kita apply loan LPPSA sebab aku beli 1st house dengan loan LPPSA. dan approved! yassss. nasib baik pemaju okay sangat. cuma perlu bayar 2% untuk lawyer fees dari keseluruhan harga rumah. entah la tak berapa ingat dah. tapi untuk starting aku just kene bayar 5k gitu je. yang balance masuk dalam loan. begitulah lebih kurang. yang paling takleh belah bayar depo 1k untuk confirm rasanya tahun lepas, balance 4k lepas loan approved, loan approve awal tahun kalau tak silap, aku sain SnP sepatutnya bayar the rest 4k. tapi aku minta tempoh beberapa minggu. tapi beberapa minggu membawak ke beberapa bulan. kah. bulan 10 hari tu baru aku pergi bayar balance 4k tu. nasib baik dorang tak lelong rumah aku. haha. bagus punya pemaju. dia call pun tidak. aku pun buat nohei je laa. nasib baik la, lawyer masih ada dokumen aku buatnye dia bakar dah. haha nangis. so next step ialah. kita tunggu jela kunci dapat ye. ikut perancangan dia kata bulan 12 ni atau bulan 1 paling lambat. takpa la kita tunggu. rumah dah siap, jalan dah turap. mungkin kelulusan bomba yang tak setel lagi. takpa. kita tunggu ye. haaa gitu.






kekadang ada masa memang pergi tengok rumah bawa anak anak. sebab dekat je. yang dorang pun tak sabar nak duduk. asyik tanya nak pergi tengok rumah mama ke. nak duduk bilik sendiri. amboi ingat pindah rumah tu semudah makan abc ke anak anak ku. 




so geng penjawat awam boleh try nasib dekat laman web PPA1M ye. cuba la mana tau dapat rumah jugak. okay setakat tu saja la cerita rumah pertamaku. jadi dengan ini aku namakan rumah kami itu KAIEHUDA Mansion. alaaa kasi la aku can gais. jangan mengata please. aku nak juga ada nama untuk rumah sendiri. walaupun bukan mansion yang sebenar, tapi tetap macam 'mansion' untuk aku dan keluarga. hihi. okay till the next entry ye. 


byeee. salam-alaik. 



Tuesday, December 11, 2018

KOMER RUN - RUN FOR DOWN SINDROME 2018

Salam. hai semuaaaa.



rajinnya huda apdet hari ni sampai dua post dia buat kan kemain dia tu. so sebelum hilang ingatan baik aku apdet sesiap. post ni ialah pasal aku join komer run pada 02 dec lepas dengan encik suami ku. ini adalah run yang kedua aku sign up untuk tahun 2018 ni. run yang pertama sepatutnya aku join 28 oct hari tu tapi sebab tetiba nak buat family day dekat pangkor, so aku amik tshirt je time tu, hukhuk lesap rm40 cenggitu je. tapi dengan kecekalan dan keazaman, aku join komer run pulak. haha yang ni ialah Fun Run yang organised by Komer Run dengan kerjasama Persatuan Sindrome Down  Perak (PSDP). aku daftar hari tu early bird rm42 je termasuk tax untuk sorang, dapat tshirt, bip, air dan medal. and medal dia adalah sangat cantik okay. persatuan ni sebenarnya akak aku yang member so dia ajak la aku join lari ni untuk mengimarahkan majlis. aku pun join la dengan harapan dapat loss beberapa kilo, walaupun pada hakikatnya nanhado lemak kau dah jadi lemak tepu, lari gitu je takmau kene buat lipo suction gak baru kau kurus huda. kahhh.




aku join yang 5km fun run. maknanya boleh lah lari dengan fun fun, hahaha gitu. fun fun pun aku tetap rasa nak pitam, yelah selama beberapa tahun ni duduk kerja dalam ekon je, last aku beraktivitas ialah pada bulan 9 yang lalu panjat bukit larut, lepas tu ada la sikit sikit join netball ngan vb itu pun sekadar peluh dipinggiran sahaja. kah. sekali join run tak berhenti lari 5km, mau tak macam nak pitam. tapi memandangkan tengah lari dengan suami, aku mana boleh kalah dengan suami aku ni. aku tengok dia boleh steady lagi jadi aku rasa tercabar sangat so setakat 5km tu boleh laaa lari dan jalan sambil berlari (apoooo) tanpa berhenti sampai ke penghujung. lagipun time tu anak anak aku semua tinggal dengan opah ngan ateh ngan kak nadia dia kat garisan penamat, aku macam terbayang noah tengah nangis cari aku, hasya tengah nanges nak susu, aku terbayang tu semua. lalu ianya menaikkan semangat aku untuk terus ke garisan penamat dengan cepat.



hasil nya aku berjaya habiskan dengan catatan masa 45 minit lebih kurang. haha okay la tu pencapaian yang baik untuk beginner taraf lemau macam aku ni kan. time sampai tu ya Allah aku mengucapkan syukur macam baru lepas lari selama 47 jam rasanya. point yang terakhir rasanya macam point hidup dan mati aku. haha over kan. sampai garisan penamat aku siap melambai pada anak anak dengan gaya yang penuh bangga mama berjaya habiskan ujian ini anak anak kuuuu. mama berjayaaaa! gituuu. nasib baik tak tumbang tengah jalan, ataupun kat garisan penamat. kalau tak malu lah mama. mana boleh tumbang gais, selama 25 tahun kau bersukan macam macam takkan baru lima tahun beranak ranak dah pancit macam 10 tahun tak bersukan. kenot gitu hudaaa. yu ken duitttt. 




so terimalah beberapa keping gambar foto kemenangan mama dan ayah. menang melawan diri sendiri. hahaha.





so bilakah next run kita sayang. patut ke kita cuba yang 15km pulak. hahaha you wish!





kesian anak anak ku. dengan tak mandi nya, setia menanti mama di garisan penamat. mama buat ini semua demi korang tau tak. tiberrrrr.






next time mama bawak kakak pulak run sekali eh. kalau penat kita suruh ayah dukung. haha







tahniah organizer komer run, dan tahniah PSDP juga dapat kutipan charity yang memberansangkan daripada run ni. next time boleh buat lagi ye saya laa runner yang akan daftar early bird. tapi harap lepas ni ada kategori fun run untuk mak mak. 2km ke 3km. beverages setiap 100m. haha kemain nak run ke nak melenggang shopping.


till next post ye gaisss.
bye. salam-alaik.

Breastfeeding story - Noah

Hai semua. Assalamualaikum.


Alhamdulillah bila nak cerita pasal breastfeeding journey, sekarang ialah the third time aku melaluinya. fasa ini ialah fasa dimana badan aku mengembang bagaikan juara. makan apa je ko nak makan walaupun ko sedar itu hanya alasan. konon orang kata bf baby boleh kurus but aku tak sure kenapa ianya not applicable on me. untuk aku, bf anak buat aku punya selera makan nauzubillahiminzalik. nak mengunyah je kerja. lepas makan banyak mesti akan rasa menyesal and pasang niat esok nak start diet but then esoknya ko lupa pasal niat semalam itu. haha. sangat ngeri. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tiap kali bf kan anak lagi lagi bila direct, aku akan rasa sangat bahagia and bonding dengan anak tu sangat kuat. sebab tu la anak anak aku semua nya jenis taknak kat orang. mahu melekat dengan mama nya sahaja. ramai orang selalu macam tak puas hati semua kata konon nya aku sentiasa pegang anak taknak letak taknak bagi orang thats why anak aku takmau kat orang. nak buat macam mana kan. bf baby gitu la. penenang nya hanya pada mama. power of hand tu. menangis macam kene pukul dengan orang tapi bila cecah je tangan mama nya automatik dia akan senyap. haha tiga tiga anak aku waktu baby semua macam tu. dah 3 tahun macam tu baru dorang akan okay. tapi kesannya bila dah besar, anak anak sangat senang nak control (kecuali the only girl tu, mungkin sebab dia fully bf setahun camtu je). mikail sebab dia bf setahun 8 bulan camtu, dia sangat lembut. dengar kata mama. even mama garang macam singa pun, dia tetap mama is everything. huhu



noah 6 months



sapa je taknak susukan anak kan? aku percaya semua mak nak bagi susu dia sendiri kat anak. nak besarkan anak dengan titisan air susu sendiri. susu aku tak banyak mana pun. cukup cukup je untuk anak. nak berlebih memang jarang. tiap hari kalau kerja, memang dapat cukup cukup. huhu. tapi aku tak stressed out pun pasal ni. sebab tengok anak aku tak cranky kat rumah bs, elok saja pengasuh dia cakap. paling senang nak handle noah. yang payah sikit anak dara sorang tu je. hihi.



sebenarnya bf journey ni aku dah start karang awal tahun 2018, dah kenapa nak masuk 2019 ni baru berjaya sambung perenggan ketiga. aku pun dah lupa apa yang aku nak cerita dekat post ni. haha. kekadang rasa nak blogging kekadang rasa malas. kekadang dah taip, lepas tu simpan kat draft. kenapa huda.







aku akan merindui semua ni lepas habis bf noah. haha




sekarang noah dah masuk 1y5m masih bf alhamdulillah. cuma dah start campur fm, hukhuk. sebab aku dah start selalu tinggal dia, semakin selalu tak pam, production kurang, hormon kurang, malas lebih. ouch! nasib baik noah jenis okay je susu mama ke fm ke semua dia balun. kalau dengan mama and hari cuti memang dia fully bf, kat rumah pengasuh je fm. its okay kan mother. kita dah buat yang terbaik untuk anak. fully bf till 17months adalah satu kejayaan besar buat mama. aku sangat proud dengan diri aku. and korang pun patut rasa yang sama, patut rasa berbangga setakat mana korang usaha. kita dah buat yang terbaik untuk anak kita. rilek ye kawan kawan. takda mak yang takmau terbaik untuk anak.





noah and mama paling latest. mama naik jerawat yang entah dari mana datang nya. noah maintain flawless. mama jeles k bai.




so my bf journey will be cont cuma bukan dengan keadaan fully bf. dia dah jadi mixed baby. haha. tapi heran aku. bila dah mix ni la baru macam macam penyakit datang. time fuly dulu tak pernah kene blister langsung. clogged duct pun tak pernah. dah mix ni baru la nak blister tetiba. hari tu kanan, ni kiri pulak. yang kiri ni dah dua bulan kene. lain lain saluran. baru hilang satu hari tu, jadi lagi satu. huwaaaaa sakit dia toksah nak habaq. boleh bergaduh la citenye. doakan aku sihat ye kawan kawan. tak lalu nak berperang dengan jiwa lagi. anak nak susu, kekadang rasa tak sanggup nak bagi sebab ya ALLAH sakit gila kot blister. gila babi punya sakit. tapi demi anak.................




till next post ye. atas nasihat kawan, aku nak aktif la balik belog ni. nak post anything pasal life sekarang, supaya satu hari nanti, dapat baca balik and ingat balik kenangan ni. hihi. wish me luck ye gais. babai.


salam-alaik. 


Tuesday, December 19, 2017

My 3rd Birth Story

Assalamualaikum w.b.t.


*lap habuk*
*batuk*
*bersin*


Gila ko berhabuk. bertahun dah tak apdet. kahkahkah. tetiba rasa nak apdet pulak ni haa. kemain kan. dah masuk anak ketiga dah oiii. tu pun dah 5 bulan dia. huhu happy 5th month my baby. btw, rasa nak apdet birth story anak ketiga pulak untuk buat kenang kenangan dan rujukan. hihi semoga mama tak hilang ingatan dan diberi kekuatan untuk menaip kali ni. ehem. so lets start.



Sebenarnya 3rd baby ni tak rancang pun (even yang 1st and 2nd pun tak rancang, tak payah la nak guna word RANCANG tu huda oiii, haha). kitorang memang berpegang kepada prinsip rezeki Allah nak bagi. so memang tak kisah la beranak awal ke lambat tak pakai apa apa perancang pun. walaupun yang Hasya tu czer kan. haha tabahnya huda mengandung lagi. sebenarnya start aku tahu mengandung tu, aku tengah breastfeed Hasya lagi time tu. umur dia 1y1m rasanya time tu. aku pelik susu drop gila babi punya. dengan bersungguh sungguh aku buat power pumping every day kot. siap ada buat jadual untuk makesure yang aku tak terlepas power pumping tiap hari. supplement toksah dikenang macam macam jenama aku try. then lepas rasa macam ehhh teruk ni drop kenapa eh pam pun tak sampai 1oz gitu. sedey yakmattt. aku terfikir adakah akuuuuuu. hahaha time ni beli upt tester tu sendiri tak bagitahu suami pun. aku ingat time tu hujan lebat selebatnya petang tu aku try. lepas try aku simpan kat almari dapur aku pergi depan tengok tv. 20 minit camtu aku pergi dapur balik. and yesss ia menunjukkan dua line. haha. aku senyum nak nanges jugak time tu. tak tahu la seronok ke ape. seronok memang seronok but ada juga perasaan sikit why so soonnnnn. mama bfeed Hasya lagi kot. tapi cecepat berbalik kepada pendirian 'Rezeki dari Allah s.w.t' jadi aku patut bersyukur. Alhamdulillahhhh. cerita kat suami dia pun seronok je. suami memang paling seronok bab anak anak ni. hehe. aku tengok muka anak anak time tu, Mikail and Hasya. hihi korang bakal dapat adik lagi yeyyyyyyy. adakah korang faham? T_T



So pregnant yang ketiga, boleh dikatakan dah pakar la jugak kan. takda la macam gelabah sangat. dah masuk tiga kot apa yang nak gelabah sangat. rilek tak buat buku pink pun sampai minggu 20 kot. hahah. everything went well. penat macam biasa, sakit pinggang macam biasa, malas macam biasa, buruk macam biasa, hahaha. semua macam biasa lah. aku cuma terfikir apakah rezeki baby kali ni. Mikail - aku dapat kerja gov, Hasya - beli kereta baru, baby - ?? tapi time ni memang aku dalam proses minta tukar balik Perak. sebab ada orang sanggup tukar sama suka dengan aku. aku solat and sentiasa doa time ni untuk dapat tukar balik Perak. tak sangka memang betul rezeki baby ni, aku dapat tukar Adtec Taiping. yahuuuuuuuu!!! balik Perak!!!!!!!. okay sebab aku dapat tukar bulan feb 2017, so kandungan baru 4 bulan camtu. aku memang tak buat buku pink pun sebab confident dapat pindah kan aku budget nak buat kat kk tempat kerja baru je. sudahnya aku buat buku pink dah 21w camtu. kene hamun jugak la dengan nurse kk kemain lewat lagi ko buka buku pink ye huda. tapi aku kan kental, aku dengar jela misi tu membebel. nasib baik gak aku datang 21w. aku baru nak datang time 38w camtu haha kan senang datang beranak terus. walaupun kene hamun. tapi semua ok jeee. cuma dalam buku pink tu tiap kali check up mesti dia noted guna pen merah "late booking". kahkah. ape kene booking booking ke tiap kali mengandung?. okay fine. lepastu selain late booking aku juga kene noted pen merah sebagai "unsure LMP" maksudnya tak sure bila tarikh last period. kah. ni satu lagi point kene hamun dengan misi. alaa nak buat camne misi, saya memang tak ingat bila last period. berapa kali period pun tak ingat sebab fully bf anak ni period tak regular. kadang ada kadang tak. huh



Nasib baik la baby ketiga ni helokk duduk dalam perut. takda la songsang ke terbalik ke mengunjur ke kan. helokk terletak. jadi sampai 37w tu macam okay je so aku takde kerisauan tragedy czer jadi lagi. sebab dah jumpa specialist o&g pun dia check history during pregnancy pun okay semua so dia suggest normal je la takyah czer. aku pun memang decide nak normal je. ala ala natural birth kata ko. takmau induce takmau epidural takmau apa apa. hehe semangat. so last check up 38w kat HRPB Ipoh sebab aku nak bersalin situ kan so kira pre-admission la lebih kurang. bagi detail semua. time tu jugak scan last, punya banyak kali scan dengan kk, kali ni laa baru doc tu tanya nak tengok gender ke tidakk. alang alang dah mesin scan canggih tu kan, aku pun okay kan jelaaa. selama ni kat kk tak pernah nampak pun. walaupun sebenarnya aku dah pernah nampak bird baby tu waktu scan 14w kat klinik swasta, 14w okayyyy dah nampak!!!, mengikut pengalaman aku, anak lelaki memang senang nak trace, tapi kene pandai la tengok. macam aku dah ada pengalaman anak first laki aku nampak bird dia pun start 16w camtu. sama laa si baby ni cuma dia lagi awal 14w dah boleh nampak. huhu. so time scan kat HRPB tu pun memang sah la boy. sebab nampak ketara gila bird dia. hahaha. okay Hasya and Mikail dapat adik boyy. Mikail mesti seronok. Hasya tu aku taktau laaa camne. dia pun bahasakan diri dia adik lagi. haha entah laaaa..T_T



7 September 2017 / 13 Syawal 1438 - Jumaat- Malam : Time ni dah raya 2 minggu camtu. sempatlah aku beraya berlemang dan berketupat. rendang ape semua aku tibai siap siap sebab takut terbersalin tanpa sempat menjamah juadah raya. mau kemurungan aku dalam pantang nanti. huhu. dah melantak semua complete. kuih muih yang teringin semua aku dapat settle. beraya bersama keluarga tercinta semua checked! so im fully ready to the max! haha gituww. malam tu aku dah macam ada surge yang awww so sakit uols tapi aku boleh bertahan lagi. haa. tapi tak regular sangat. terkejut sikit sikit gitu je. so layan jelaaa kan makan lagi apa patut. prepare barang apa patut. aku bagitau en suami. en suami kata nak pegi spital tak. aku kata emmm belum lagiiii. time ni aku dah prepare barang Mikail and Hasya. aku tulis bekas susu dorang berapa 0z masing masing punya susu. baju dorang aku dah susun dalam almari sebab nak berpantang kat sini kan (rumah mak aku). tempat tidur pun aku kemas, aku siap beli cadar baru doraemon supaya dorang seronok tido nanti. kah. katil baby pun dah prepare walaupun aku tahu nanti barang dia je penuh dalam tu hahaha. macam dah ada perasaan nak ke hospital time. huu sebak pulak rasanya. emosi tau aku tengok budak dua orang tu. mama nak pergi berjuang sayanggg sila tinggal dan behave. tapi tak pergi pun hospital. aku tido kroihhh sampai pagi.



8 September 2017 / 14 Syawal - Sabtu pagi - aku bangun awal hari ni, sebab contraction dah start regular sejak jam 12 malam. tidur pun tak lena. siap pakej cirit birit lagi. aku dah rasa this is the day! sebab berdiri pun tak boleh dah time contraction tu. cuma tak lama laa time dia tak sampai 1 minit pun. kebetulan mak aku nak pergi kursus perdana haji pulak pagi ni. huhu. nasib baik akak aku ada so dia tolong hantarkan. aku dah cakap kat akak aku yang aku nak bersalin dah tapi jangan bagitau mak sebab takut dia risau kang taknak pergi kursus pulak. memang mak aku taktau sampai dia balik kursus tu. haha. dia kursus 2 hari satu malam. okay barang dah prepare dalam bonet. so pagi tu memang terus pergi HPRB tapi sempat lagi singgah Tabung Haji konon nak jumpa mak la for the last time sebelum masuk lr berjuang haha tapi sampai je parking lak takda. so aku cancel laaa jumpa mak terus direct hospital. sampai hospital kul 11am camtu. kesian anak anak dalam kereta dengan suami. aku cakap takyah la turun tunggu je dalam kereta. aku pergi labor room triage tu. macam biasa jawab soalan. ambil ctg. contraction aku boleh tahan gak time ni tapi still under control. nurse tanya sakit ke contraction tinggi ni. aku jawab haa sakit jugak lah. gitu je aku jawab haha macam takda perasaan. hmmm. asyik terfikir anak dengan suami dalam kereta. lepas ctg, check laluan pulak. pergh time ni aku macam gerun sikit. aku tengok muka doc tu india perempuan. fuhh bengis semaciammm. dia cek laluan, okay 3 cm. sambil tu dia bagi bukaan luas sikit aku sempat la jerit sakit dia kata tahan yee saya nak tolong awak buka laluan lagi. huuuu. menetes airmata jantan ku ini. boleh tahan sakit ye dia tolong aku. haha. okay dia kata admit wad ye. aku cam biasa la bagi soalan paling bodoh sekali 'boleh tak saya nak balik rumah dulu taknak warded'. kahh. doc kata ewah banyak cantik muka ko!. okay takde la sebenarnya doc jawab 'tak payah laaa, nak bersalin dah buat apa balik rumah jauhh'. aku pun okayyy fineeee. tapi saya nak first class! (dalam hati jeee)



Hari sama - 2pm - suami datang bawa makanan kat wad. huuu sayu je aku tengok. sayu sayu pun dalam diam rupanya pergi angsana mall beli enset. sempat lagi kan bini nak bersalin ni. huh. tanya mana anak anak. suami jawab dah ikut alang diorang balik rumah. aku memang sedih sangat time ni. siapa nak jaga diorang nanti. sebab aku suruh suami aku tunggu jugak sampai aku bersalin. haha target memang nak suruh dia duduk dalam labor room tu tengok aku bersalin sampai habis. saja laaa nak suruh dia tengok supaya dia dapat rasa apa yang aku rasa. haha cewahhh. aku nak test gak kot dia pengsan ke kan tengok darah. huhu. time ni sakit dah urghhh sampai merekot gak badan. tapi aku boleh sembang lagi cam biasa. cuma time contraction je aku senyap habis contraction menyembang balik. suami kata ayang macam lambat lagi je bersalin. huhu sebab boleh senyum senyum lagi kan. suami lepak sampai habis waktu melawat pukul 4.30, aku kesian pulak kat suami. rasa cam lambat lagi la pulak aku suruh dia balik. nanti kalau dah masuk labor room baru aku suruh dia datang. tanya nurse biasanya 5cm baru dorang tolak LR. huhu bila nak 5cm niii. suami pun balik lah 530 tuuu. helokk suami balik pukul 645 camtu aku saja la jalan pergi kaunter nurse. hajat nak tanya bilik untuk 1st class dah siap ke (kemain nak jugak guna 1st class dengan harapan ada ekon, tapi nann hado). bilik belum siap. sambil jalan tu ada laa contraction datang. berhenti jap sambil pegang perut haha macam rasa nak jatuh terburai pulak perut ni. nurse tu tengok aku tahan sakit terus dia tanya sakit ke. aku jawab haa boleh tahan jugak. dia tanya nak check laluan tak. aku cakap boleh jugak last check tadi jam 12 tengahari. nurse tu kata okay jom check. check dah 5cm. huhu terus nurse cakap okay jom LR. suami baru sampai rumah kot aku mesej nak masuk LR dah. punya kalut dia datang hosp balik. aku cakap takyah. nanti dah 7-8cm baru datang tapi dia degil nak datang jugak. hmm skati ko la bang.



Hari sama lagiiiii - 8pm - time ni dah 6cm apekeheiii lambat benor nak buka habis niii. dah la sejuk LR aku dok. rupanya LR  no 6 ni adalah paling sejuk antara semua LR yang ada nurse tu cakap. dah slow ekon pun sejuk jugak. patut la sejuk sampai ke tulang aku rasa. huhu. time ni muka dah berubah sikit tapi aku boleh bersembang lagi dengan nurse. sebab bosan kan. nurse tanya nak pain killer tak. aku cakap takyah laa. sampai kul 10 malam doc datang tanya apehei progress lambat sangat. tanya aku memang la aku taktau. yang aku tau kalau pecahkan ketuban ni komfem cepat. macam mikail dulu 5cm pecahkan ketuba, 2 jam lepastu bersalin dah. yang ni berejam dah 6 cm nye. doc kata kenapa nak pecahkan biar je pecah sendiri. tapi aku syak selaput ketuban aku ni tebal kot tu yang dah buka 6cm pun tak pecah pecah. haha. last nya doc tu tolong pecahkan jugak sebab maleh dah nak tunggu kot. dia cubit sikit je pastu aku rasa air ketuban dah start leaking. okay time ni aku mesej encik suami kata standby la sebab doc dah pecahkan ketuban bila bila boleh full os ni. kah kah. kompiden nak full os cepat. sudahnya sampai kul 12 malam tu contraction bagai awan yang terpilu je. contraction kuat jugak tapi tak mampu membuka laluan seluas lautan lagi. aku menahan je la sakit itu bersendirian doc tak bagi suami masuk selagi belum full os. aku mampu mengadu kat nurse yang ada tu jela. huhu kesian.


9 September 2017 / 15 Syawal 0040 - aku ditinggalkan sensorang menahan contraction time ni. sampai hati nurse dah keluar tadi elok je teman. time aku nak push time tu la sorang pun takde kat bilik aku tu huhu. aku rasa dah full os ni sikit lagi nak terkeluar kepala budak ni kang aku push sensorang sapa nak sambut. haha. aku siap setting sendiri je angkat kepala letak dagu kat dada pandang perut. tangan pegang buku lali. pastu aku jerit tolonggggg! hahaha macam ape je aku jerit time ni. lantak korang sapa suruh keluar tinggal aku. lalu berlarian la dua orang nurse masuk. sorang jerit arghh puann jangan terannn. sorang lagi arghh nampak kepala dah. gila korang nak tahan camne wehh aku nak terberanak dah ni oii. kelam kabut nurse sorang tu setting apa semua. sorang lagi dah duk depan aku sambil jerit suruh panggil suami. haaa baru nak panggil ke (dalam hati)???. nurse kata okayy boleh teran. aku teran sekali nafas, popp keluar dah kepala. teran lagi popp keluar badan. eh senang nye. haha. memang senang yang ketiga ni. sekali teran je dah keluar. dalam hati dok bebel wei suami mana ni deyy aku beranak dah. haha rupanya dah keluar baby baru suami sampai. T_T. okay fine dia tak sempat tengok aku teran. kene beranak lagi nampak gayanya. hahaha. suami pun macam blur time tu. sebab first time kan. anak first tak boleh masuk. anak 2nd czer. yang ketiga ni pulak tak sempat tengok. haha kesian suami. atau mungkin dia blur sebab tengok darah? atau tengok aku yang macam mak lampir? haha entah la. yang penting kami dua bersyukur semua selamat. alhamdulillahhhh. lahir muka lebam dah baby sebab lama sangat stuck kat laluan. sabor la nak time lahir je gelap lebam sikit. dah 5 bulan ni dia pulak paling putih antara semua. mama is jeles. btw nasib baik nurse tak sempat gunting aku dah sesiap teran. koyak sikit je dua jarum. huuu legaaaa.




Okay 3rd baby ni nama dia NOAH BIN MUHAMAD NAKHAIE. yee noah sahaja. panggil noah! bukan noah je noah je. kenapa noah sahaja? haa sebab ayah dia tak larat nak tulis nama panjang panjang. serik dah isi borang buka buku akaun tabung haji kene tulis nama panjang. so kali ni nama pendek je. senang jimat dakwat pen. jimat nama. anak ramai lagi nak pakai nama tau. hahaha. gituuu. welcome to the world baby Noah. selamat berjumpa mama, ayah, abang mikail dan kakak hasya. membesar dengan sihat okayy. dah habis cerita bersalin Noah. sila tunggu apdet tahun depan pulak, haha setahun sekali pun boleh kan? harapnya bukan cerita bersalin lagi. T_T. hahahah. okay belanja gambar baby.

.
.
.
.



ni paling fresh from oven. tu muka lebam lagi sebab lama stuck kat laluan. haha. 

.
.



dalam ward. pandai senyum dah. bau best lagi time ni. hilang sakit mama tau dik.

.
.



anak anak ku yang ketiduran menunggu mama bersalin. dorang mesti heran mana mana ni. hukhuk

.
.
.


dah keluar wad. masuk balikkkkk. jaundice tu normal ketiga anak semua masuk wad. sebab full bf kan. time ni semua suggest itu ini. tapi paling berkesan tetap bf bf bf dan terus bf. alhamdulillah. satu malam je. hihi

.
.
.



dah balik yeyyyy. sambung pantang kat rumah. eh baju time bersalin? mama memang suka rotate baju sama.

.
.
.

alhamdulillahhh. tiga dah anak dari rahim mama.

.
.
.



no 1 and 2 potostat. no 3 belum tahu lagi. macam lain jee. mesin potostat lupa servis kot. hahaha

.
.
.


haa berjaya tak mesin potostat mama. huhu belum nampak lgi keberjayaan itu..


.
.
.


nasib baik tak lebam sampai besar. 5 mo. dah putih tauuu. putih dari mama. haha mama minum jamu adik yang putih kannn.

.
.
.
.



Noah Bin Muhamad Nakhaie. 09/07/17. 0045hrs. 3.1kg. 45cm. HRPB Ipoh.





Alhamdulillah tamat cerita beranak anak ketiga mama. semoga menjadi rujukan mama di kemudian hari. haha kemain. ok baiiii. assalamualaikum.....

Sunday, February 5, 2017

POST-PARTUM DEPRESSION (MEROYAN)

Bismillahirrahmanirrahim.


Lama rasanya tak jenguk belog ni haa. bersawang dah. anak pun nak masuk tiga. last post dulu anak baru masuk dua. haha lepas ni punya post anak masuk empat dah apeee? hahaha. cakap pasal anak-beranak ni. semalam aku ada baca berita pasal mak muda yang kelar anak dia umur 2 bulan dengan pisau potong sayur. allahuakbar. sedih sangat baca. bila aku tengok tajuk dia tulis anak tu umur dua bulan. dalam fikiran aku memang tak langsung nak salahkan mak dia. sebab baru lepas pantang 40 hari atau mungkin dalam pantang lagi. benda macam ni memang selalu jadi. even kat negara luar pun benda ni wujud. dan walaupun orang barat agak kurang percaya pada pantang tapi dorang still percaya pada postpartum depression atau bahasa melayu kita meroyan.


Aku ingat lagi dulu waktu aku sekolah kecik-kecik aku selalu ingat meroyan tu macam gila. kalau orang gila sket aku akan gelak pastu aku cakap "meroyan punya manusia". jangan lah kecam aku. hukhuk. itu time aku kecik la. aku taktau ape lagi. dah kahwin dah beranak ni baru la aku tau ape tu meroyan. kalau kita orang islam waktu pantang memang tak boleh nak solat atau baca quran. sebab kita masih lagi dalam darah nifas. time macam ni emosi memang tak stabil. iblis syaitan suka datang kacau. hanya mampu zikir je. aku pernah baca jugak waktu mengandung kita ada sejenis hormon 'gembira'. taktau la ape kebenda nya nama hormon tu. tapi bila kita bersalin hormon 'gembira' tu akan hilang. jadi automatik emosi tiba tiba boleh berubah jadi sedih. memang la seronok beranak. seronok dapat anak kecil. seronok cium baby bau syurga tu. tapi bila datang time letih tambah lagi anak jenis kuat nangis. jenis kuat menyusu sampai berejam bergayut. lepas susu duduk, susu baring pulak. nak kalih tak boleh. baring la kejung gitu. pinggang pun lenguh. nak pulak perut lapar. nak bangun amik makanan tak boleh gerak anak melekat bagaikan cicak. nak panggil orang, kita sensorang dalam bilik. nak call suami, alah tepon atas lemari pulakkk. huhu aku antara yang pernah mengalami situasi macam ni. selalu aku memang amik langkah sentiasa ada letak phone tepi kepala sebab kalau anak dah start gayut tak lepas, aku akan mesej suami mintak pape. tu kalau ada phone dekat. kalau takda apa yang nak dicapai. nangis lah ko sensorang kat situ. 


Kadang anak baru je tido, baru je lepas susu, ade pulak anak menakan main kat rumah. biasalah budak kadang depa seronok main tak sedar suara kuat. baby pun terjaga. huhh time tu la rasa nak mencarut je kat luar suh depa diam. kita baru alih bontot nak pergi minum air anak dah uweekkkk. ini normal. bukan takat anak sedara. anak ko sendiri pun mana la dia reti nak diam kalau main. ko suh dia syhhh adik tidur pun dia peduli apa janji dia main. dalam keadaan macam ni. seseorang dewasa kene lah ada kat situ. sama ada tolong main ngan dorang ke. ajak dorang main kat luar ke. sekurang kurang bagi lah mak tu bertenang makan biskut cicah milo kejap. agak dah berjaya cicah 5-6 keping hupseng, boleh la nak bising balik. 



Aku sejak lepas pantang anak first. aku tekad nak pantang elok-elok time anak kedua. tapiii tulah. bila anak ko dah kene jaundice hari-hari kene pegi klinik. ko pulak czer. anak susu badan full. nak bagi suami je bawak anak ke klinik pun tak boleh jugak sebab anak jenis nak cium ketiak mak 24 jam. dilemma sungguh. aku bukan taknak pantang tapi tulaahh mcm aku cakap tadi. benda tak mengizinkan. aku bukan lah orang senang yang boleh hired maid atau orang jaga time pantang 24 jam. mak aku and mak mertua aku dua-dua dah uzur. nak jaga diri sendiri pun dorang tak mampu. jadi aku terpaksa jaga diri sendiri. aku tak pakai bengkung langsung untuk kedua pantang. yang lekat-lekat kat dahi tu memang tak berusik even aku ada beli. ikat rambut tinggi langsung tak dapat. nasib baik ada jugak suami boleh tolong layan anak yang besar tu. itu kalau dia ada. dia pun ada juga kerja hakiki yang nak dibuat. tak boleh jugak nak harap sentiasa ada kat rumah. 



Memang aku rasa bersalah sangat sebenarnya kat diri sendiri. sebab tak jaga langsung time pantang. kadang lapar, aku sebat je kuih ke lauk ape yang berangin pun. nak buat camne. aku lapar kot. orang kata takleh minum air banyak. aku selamba refill air 3-4 liter dalam pantang. anak aku dua2 fully bf. tak pernah langsung sentuh susu fm sampai umur setahun. aku asyik lapar je. kalau boleh 24 jam nak mengunyah. (ibu bf will know apa aku cakap). pastu time anak kedua dah duk dalam aircond. doc kata luka czer tak boleh berpeluh nanti lambat baik. itu laa aku duduk dalam aircond 24 jam. aku rasa juga bentan. sekali time pantang 1st. sekali time pantang 2nd. yang 1st tu sebab aku ngah mengurut makcik tu bukak kipas laju sangat. tapi orang lain kata sebab aku makan coq keria. okay whatever. haha. yang time pantang kedua sebab lambat pakai stoking lepas mandi. jadi kaki tu sejuk lama. time bentan ni pergh dia punya sejuk macam nak terurai tulang dari daging tau. menggeletar sampai tak boleh nak bergerak. toksah dikenang. 



So nasihat aku pada orang sekitar. yang mana melawat/tengok/perhati orang pantang ni, jagalah kelakuan. kadang bukan dalam waktu pantang je. at least sampai anak tu besar. jagalah mulut tu. jangan ko celupar sangat. kenapa anak camni. kenapa anak camtu. kenapa pakai ni kenapa pakai tu. kenapa guna ni kenapa guna tu. just diam je okay. yang jaga anak tu dia, ko takyah sebok apa atau camna cara dia guna. pastu yang diminta untuk jaga ibu pantang, jangan lah paksa paksa ibu tu. senang kata ikut je la cakap dia. memang la kadang dia merapu mintak makan kul 2 pagi tapi ikutkan jela. bukan lama pun. tapi bukan la ikut 100%. nasihat tu kene la ada jugak. takkan ibu tu mintak minum ais ko bagi jugak. nasihat sket tapi biar kene gaya okay. tambah lagi untuk suami. bukan lama pun. setahun gitu je nak jaga perasaan isteri. setakat layan nak makan apa, nak pergi mana, tolong kemas umah sikit-sikit takkan nak berkira kot. pastu kalau bini tu laser sikit takkan nak terasa. biasa la perempuan ni kadang bicara keluar dulu baru fikiran. (antaranya aku la). haha. lagi satu kadang tone suara juga memainkan peranan. jangan la terasa dengan tone suara bini bini korang. kadang dia bukan niat nak menengking pun. cuma volume je terkuat sikit. sebab dah biasa volume kuat dengan anak lain yang dok mengacau baby. so terlupa nak turned down volume tu. itu normal okay. tambah lagi kalau bini ko kerja cikgu macam aku. suara memang macam halilintar. hukhuk



Benda macam ni. kene belajar. kene buat eksperimen. kalau cara tu tak jadi guna cara lain. kene saling tolong menolong. mak mak ni bukan lah degil. cuma kadang dorang tak larat dah nak dengar nasihat sapa sapa. sebab kang anak tu melalak sampai ke subuh, dia sorang je yang jaga. yang lain tau cakap je. zaman dah lain. memang la dulu mak mak boleh pantang sendiri jaga ank 12 orang. tapi itu dulu lain. suasana, udara pun lain. tak boleh nak samakan. kita masing masing mainkan peranan sendiri. jangan melebih jangan memandai. mak mana yang tak sayang anak oii. kalau lepas dia tibai anak dia pun dia tetap akan rasa sedih dalam hati. takda nya dia berhuhuhu tengok anak lebam sana sini. inikan pulak tangan dia sendiri yang hilangkan nyawa anak dia. nauzubillahiminzalik. kalau betul dia tak sayang anak tu, sejak dia mengandung dia bunuh dah. semua nya bersebab.



Apa pun, aku nak ucap Al-fatihah kepada baby tu. dan takziah kepada semua ahli keluarga. pada mak baby tu. banyakkan istighfar pada Allah. Allah lebih mengetahui apa yang kamu rasa. kuatkan hatimu. tak mampu nak taip banyak banyak untuk sang ibu. hanya doa yang aku mampu kirimkan. 


Assalamualaikumm.....

Wednesday, June 22, 2016

KISAH PEDAGOGY HUDA

Assalamualaikum w.b.t....

Lama tak apdet. rindu pula kat belog mama ni. walaupun begitu, berjaya juga betulkan sedikit layout bagi nampak senonoh. ada sikit sidebar. kalau idak sendu je la belog ni kan. tapi hakikatnyaaaa, betulkan layout pun tetap senduuuu. huhu. hari ni hari ke 16 puasa. hari kedua lagu raya berkumandang dicorong radio. whyy. awal sangat kott. bila dengar lagu raya, otomatik nak balik kampung. terkenang kenang mak kat kampung. nak berbuka dengan mak. nak buat kuih raya. nak bawa mak pegi bazar. nak jenguk kubur arwah abah. aduh rindunya. sejak bersalin tak pernah pergi. hari tu suami je dapat pergi tambak sikit kubur arwah. berlubang. mungkin papan lahat tu dah reput. jadi air lalu and buat tanah tu runtuh. kesian abah. sampai orang kampung datang rumah bagitahu. elehh. takut letteww. padahal kitorang tau dah walaupun uols tak datang bagitau. cuma belum ada masa je nak pegi tambah tanah. gigih datang rumah inform. takpa la mungkin niat diorang baik. ok. settle intro. haha


hari ni minggu kedua dah start kerja kat ikbn. sorry bukan kerja sekarang. INTERNSHIP katanya. budak praktikal sijil VTO. haha. aku ni bukan la tak pandai tak sambung master. atau takde duit sampai terpaksa amik sijil VTO ni. tapi sebab keje gomen kan. lepastu jawatan aku ni kalau nak sah wajib ada sijil Pedagogy VTO (Vocational Training Officer). ikutkan kalau ada pilihan memang takkkk lah aku nak amik sijil ni. penat aku. siap training 6 bulan. kene buat buku log bagai. ewah macam amik diploma dengan degree dulu je. memang takkk laaaa makkkk. tapi sebab nak confirm kan. kata nak buat loan 500k before resign. nak taknak kene juga la amik sijil vto untuk confirm jawatan. kalau tidak simpan la angan angan ko nak buat bungalow 5 tingkat. hahahah. kesitu pulak huda ni. berhenti kerja mengemis la ko bayar loan tu. lupakan ok. back to reality.



ni dalam kelas. jangan ko terkejut akak duk depan sekali hokkay. serik dah duk belakang direct tertido.


cerita pasal pedog  ni. dia lebih kurang nak dapatkan sijil ataupun lesen mengajar bidang vokasional. macam dulu sapa nak jadi cikgu kene amik sijil mengajar KPLI kan. ni lebih kurang je la. tapi KPLI dah mansuh kan. ok biar dia. macam pedog ni duration 9 bulan. 3 bulan training dengan CIAST ada kelas, tugasan, test, kokurikulum dan bla bla bla kat CIAST. pastu 6 bulan praktikal. macam aku pelatih yang in-service, boleh la praktikal kat tempat kerja sendiri je. kalau pelatih yang bukan dalam service kene lah cari tempat untuk praktikal. macam batch aku special sikit. kitorang training 3 bulan tu bukan kat CIAST Shah Alam tapi kitorang kene attached kat IKBN Kuala Langat. tak ke hangin bila ko tau?? berangan nak duk shah alam makan nasi kak wok hari-hari, semuanya musnah. sebab ko kene duk pekan banting yang sendu tuu. padan muka. tapi aku tak duduk hostel situ la. aku duk rumah abang kat seri kembangan. so travel 45min setiap hari. tak kisah. janji duduk dengan suami dan anak-anak. huhu


pedog ni bagus sangat sebab dia ajar teknik-teknik mengajar yang betul. sistem pemarkahan. sistem kertas soalan, kertas penerangan. sistem persijilan JPK. bagus sangat untuk orang yang zero pasal JPK macam aku ni. sebab politeknik dengan UTEM tak pakai sistem JPK ni. jadi aku memang taktau apekebenda nya JPK ni. kelas selalu start kul 8.30 pagi. tapi sebab aku ni outsider, 8.30 tu jarang la sampai. haha. muka aku je yang masuk lewat. balik awal. tapi pengajar sporting gila, baik dan sangat memahami mak mak macam aku ni. pepagi nak siapkan anak hantar pengasuh. nak drive 45minit ke banting tu. nak tempuh jem. nasib baik takda punch kad. boleh la rilek sikit datang lambat. takda rushing nak drive macam orang gila. haha. sangat enjoy.

mula-mula down juga la kursus pedog ni dengan kisah pengasuh lari, taska buat hal. dengan assignment nye lagi. present kene marah. kene buat assignment yang bukan bidang aku. stressed gila kot. siap kene pergi kokurikulum 3 hari 2 malam. tinggal anak dengan husband. dugaan sangat. tapi tak sangka berjaya juga tempuh 3 bulan kat banting. yeyy. tapi jangan nak yeyy sangat la. ni nak perabih praktikal pula 6 bulan. haha. gelak je mampu buat masa sekarang. yela puasa kan. mood nak buat kerja tu takda lagi. student pun tengah final. kelas takda lagi, lepas raya baru ada. memang kosong la buku log praktikal tu sampai abes raya nanti. itu pun the best la aku boleh buat lepas raya. entah entah esok pemeriksa nak datang hari ni baru nak tulis buku log. please doakan aku rajin sikit. tulis buku log hari hari. jangan buat perangai diploma dengan degree dulu. doakan aku berubah ye. tq.


toksah dikenang muka yang bulat ittuww. beberapa jam sebelum kokurikulum kat Pulau Pangkor.


freestyle



ni pun kat Pangkor


kumpulan akak juara keseluruhan okay. walaupun seluar tidur je akak pakai malam penutup tu.
rindu pula dekat geng gegirls pedog ni. walaupun semua mostly 25-30 an. tapi perangai macam budak sekolah. kerja nak memain je. best dapat geng perempuan ni. yela aku ni sejak sekolah berkawan dengan laki je. sampai sambung belajar pun geng dengan laki je. sekali dapat classmate ade perempuan ni dia punya eksaited memang lebih. tempat kerja pun perempuan ada 3 orang je termasuk aku. yang sorang tu asyik cuti bersalin je. ni ada la sorang baru dapat tukar. kalau tidak, bersendirian la ko huda. pastu ada salah sorang pelatih pedog tengah pregnant. due beberapa minggu lepas abes kursus tu. tapi tak sangka hari last kat banting, dia absent sebab bersalin. hahah. jadi kami nama kan anak dia baby pedog. sedap kan? haha tak berkesempatan lagi nak jumpa. huhu



last dinner before tamat training 3 bulan di Ciast. kat Saba Nasi Arab Cyberjaya.

apa pun aku harap dapat berjaya menghabiskan praktikal pedog ni. settle kan kelas 300 jam. siapkan 15 set WIM. 5 poster. presentation lesson practise. fuhhhh jauh perjalanan aku. semua sebab niat nak jadi cikgu ikbn. nak jadi pendidik anak bangsa yang berjaya didunia dan akhirat. cewah. insyallah. niat tu mesti betul. tapi ada sikit niat nak confirm sebab nak buat personal loan. hahaha. takda la itu tipu je. ok itu saja nak merepek. jumpa lagi. bye. Assalamualaikum..


#vtotraining #cikguikbn #belogpunnakhashtag #nakbuatcemana #kakihashtag




Thursday, November 19, 2015

Tips jimat kredit paling win!

Assalamualaikum w.b.t....


Hai semua. Hari ni aku nak kongsi sesuatu yang best. Sedikit sebanyak boleh membantu kita meneruskan kelangsungan hidup di negara yang penuh pancaroba ni. Haha. Aku percaya ramai antara kita semua merupakan pengguna telefon bimbit atau bahasa senang nya handset. Ada yang pakai bill dan ada yang pakai pre-paid. Tips aku nak bagi ni hanya boleh diguna pakai pada orang yang pakai pre-paid atau yang pakai bill tapi berniat nak tukar ke pre-paid. Lepastu hanya efisien pada pengguna tak tegar macam aku. Sebagai contoh yang tak call orang atau bergayut lebih daripada 20 minit, paling lama pun bergayut dengan mak aku lebih kurang 10-20 minit. Kalau dengan suami aku akan suruh dia yang call (ni tips paling win). Haha. Dan kalau call lain-lain biasa nya kurang daripada 10 saat which is macam contoh untuk tanya ofismate "ko kat mana?" Lepastu dah dpt jawapan terus "ok bai". Sebagai seorang yang anti-sosial, cara berkomunikasi yg utama digunakan ialah dengan cara wassap/mesej. Jadi overall memang bukan lah ahli korporat yang jenis call orang and sembang projek berjuta berejam-rejam. Ok, kalau korang jenis yang macam aku gambarkan ni, teruskan membaca. 


Aku dah dekat setahun pakai OneXox simcard. Simcard ni aku beli Rm10 je dan aku kekalkan no aku yang lama. So far setahun ni aku berjaya jimat daripada pakai bill RM110 sebulan kepada pre-paid yang hanya perlu bayar +- RM30-50 sebulan!! So aku nak review sikit apa yang best pasal simcard XOX ni. Firstly skali ialah validity period! Benefit ni berkesan pada orang macam mak aku. Mak aku sebelum ni pakai pre-paid jenama "C" bukan nama sebenar. Terpaksa topap lebih kurang RM30 setiap bulan untuk pastikan valid selama sebulan. Lepas tu kalau dah expired kene topap lagi dan lagi. Sebab kalau dah expired tak boleh buat call out even kredit ada! Kredit mak aku pernah cecah RM100 lebih tapi tak guna sebab selalunya anak-anak dia yang akan call dia. Lain dengan XOX, validity period dia adalah selama 2 tahun 4 bulan dari tarikh daftar dan bila ko topap, validity tu meningkat. Jadi takda istilah kene topap lagi sebab expired! So, kalau jenis mak yang pandai angkat je tak pandai call (macam mak aku) XOX adalah terbaik!! Mak aku since beli simcard, tak pernah topap langsung! 


Macam gambar bawah ni. No aku valid sampai 2019!! 





Manfaat kedua yang best, call bawah 10 saat. Best ni sebab kebanyakan kita sekarang semua pakai wassap/mesej je. Pastu kalau call selalunya just untuk tanya location, tanya lambat lagi ke, pastu bagitau aku on the way. Semua ni biasanya bawah 10 saat. Kalau telco lain, tak ada rate call untuk bawah 10 saat. XOX ade! Bawah ni aku bagi beza call rate telco-telco kat Malaysia ni. Zaman sekarang ni jarang la pakwe makwe nak bergayut lama. Nak sembang mesti guna wassap atau mesej je, boleh tukar tukar pic. Kalau nak sembang panjang terus jumpa je. Semua nak jimat kredit punya pasal! Haha so kalau nak jimat guna XOX jangan cakap lebih 10 saat. Kalau panjang sangat bagi wassap atau mesej je haha. Memang air time call aku pun jadi sangat lambat susut. Best best! 





Dan ketiga yang best, internet super laju! Even internet laju macam jet, ko takyah risau sebab data sangat save. Tapi kene ada cara nya. Contoh macam aku, tutup application yang tak penting bila takda wifi. Selagi ada wifi kita kene bergantung hidup pada wifi. Data guna sebagai pilihan terakhir. Dan sekarang pun ada cara untuk tutup auto play video kat fb, ok tutup semua tu! Tutup auto update. Update app hanya bila ada wifi. Tutup segalanya! InsyaAllah 1.5g yang sekarang berharga RM28 je, akan bertahan selama +- sebulan! Itu BERGANTUNG kepada penggunaan data ko la kan. Kalau hari-hari nak menghadap video ke movie ke, namblas ratus gig data pun belum tentu cukup! 


So far aku puas hati dengan XOX. First topap aku RM50, lepas tu aku buat internet RM28. Balance dari tu boleh buat call. Lepas tu sebulan aku hanya topap RM30 je untuk buat internet. Cuma kadang kalau terlebih guna data, 20 hari camtu data habis dah. So aku topap lagi. Memang topap semata untuk buat internet. Lagi satu, akaun untuk buat call and akaun untuk buat internet asing-asing. So ko takyah risau kalau data habis, kredit ko tak kene makan secara haram! 


Dan yang paling utama, dengan jadi dealer atau sub dealer XOX macam aku ni, dapat la side income sikit. Koman koman komisen boleh jugak cover duit topap aku tiap bulan. Sebab siapa yang daftar bawah aku, aku dapat komisen setiap kali dorang topap. So selagi mana orang tu pakai XOX tu, selama tu la komisen dealer atau introducer akan dapat. So, siapa yang berminat nak kurangkan beban membayar bill handset setiap bulan atau nak menambah income, boleh contact aku. Simcard RM10 je dan boleh terbang kemana-mana je customer berada. POSLAJU kan ada! Hehe. Dan jangan risau no lama boleh dikekalkan. Okay itu sahaja tips dari aku kali ni. Selamat bertemu lagi. Bye. 




"JIMAT SELAGI BOLEH JIMAT" 



Assalamualaikum. 

Monday, November 9, 2015

Pengalaman bersalin czer anak kedua

Assalamualaikum......


Hari ni 9hb September 2015. Sepatutnya hari ni ialah tarikh estimate due date untuk anak kedua aku. Sepatutnya la kan. Aku start ambil cuti bersalin 1hb Sept, which is kira-kira dalam 39w++. Tapi nak dijadikan cerita. Aku pernah story dulu yang baby aku ni breech start 28w camtu. Setiap kali scan, memang kepala dia tak pernah pun turun, sepanjang masa duk kat situ. Takyah nak scan pun aku dapat rasa jugak kepala dia kat atas. So, secara mentally nya aku memang dah start untuk terima kalau aku czer. Hewhew. 

Bukannya aku tak try usaha memusingkan baby itu. Macam-macam dah aku buat, guna torchlight, sujud lama, tido dalam keadaan sujud pun aku pernah sampai lenguh la pinggang aku. Dan kalau dalam solat pun aku akan sujud lama-lama pastu aku doa tiap kali abis solat supaya baby aku pusing. Tapi, aku doa jugak supaya semua nya dipermudahkan tak kisah la aku normal ke czer ke janji baby selamat keluar. Aku pasrah je kalau baby tu taknak pusing dan redha perut ku ditoreh. Awww. Lebih kurang 30w camtu aku dah mula resah sikit sebab macam takda progress langsung, kepala baby still duk atas. Jadi aku start google and youtube pasal breech ni. Termasuklah prosedur ecv untuk pusingkan baby dan juga normal delivery untuk breech. Aku google jugak nama-nama doc yg boleh handle normal delivery untuk kes breech. Aku nakkkkk sangat normal. Sebab bila dengar macam-macam cerita tak sedap pasal czer, aku rasa down gila kot. Dah la aku siap beli dah set pantang amway, kalau normal delivery boleh la guna semua. Tapi kalau czer ada sesetengah barang je boleh guna. Sobs sobs. Baru fefeeling nak pantang dengan penuh disiplin. 

So, kisahnya kepala baby tu tetap laaa cenggitu sampai la aku dah masuk 37w. Haha nampak macam dah takda can aku nak normal. Terlampau lama dah bagi peluang untuk baby tu pusing tapi dia tetap dengan pilihan dia takmau pusing! Fine baby fine! 21hb Sept aku appt kat kk pokok sena time tu doc pun dah resah sebab baby still breech. Then doc tu buat surat untuk refer hospital, tapi aku minta nak pergi hospital taiping. Time ni aku memang tak expect langsung aku nak bersalin dalam masa terdekat ni. Aku siap minta doc buat appt next week tu sebab aku start cuti minggu yang satu lagi. Haha. Doc suruh aku balik petang 21hb tu jugak ke taiping. Tapi aku taknak sebab keje belum siap lagi and aku tak handover keje pada orang lagi. Haha gigih sangat! So doc bagi mc 22hb untuk aku balik ke taiping. Ok lah pada aku cenggituuu. 

22hb tu aku sampai je parit buntar terus pegi kk situ. Sampai tengahari pastu nurse cakap boleh balik sebab dorang akan call hospital taiping buat appt hari jumaat 23hb. Aku pun macam ok fine. Tapi, pukul 2 camtu kk parit buntar call suruh aku siap pergi hospital taiping, bawak semua kelengkapan bersalin sekali sebab mungkin aku kene admit petang tu. Pftttttt! Depa ni gila buat aku macam taiping tu dekat je kan. So kelam kabut la aku gerak pegi hospital taiping sebab klinik o&g tutup jam 4.30ptg. Suami bawak macam aku nak bersalin dah time tu. Haha lawak betul padahal takda apa pun. Sampai hospital doc scan, bla bla bla. Doc decide tak boleh buat ecv sebab ketuban aku kurang. Pastu ade ke patut dia suruh aku admit petang tu jugak. Pastu dia cakap tarikh czer 24hb which is sabtu tu! Wahahaha. Aku pun taktau nak jawab camne time tu. Tapi aku berkeras takmau admit lagi sebab aku belum bersedia. Haha boleh kan camtu? Doc bagi balik juga tapi kene admit pagi esok (jumaat). Aku kata ok doc!! 

Esoknya aku admit kat hospital taiping jam 3ptg. Haha janji pagi tapi sebab aku nak makan tengahari kat rumah lagi so aku lengahkan la sampai ke petang. Tu pun kalau idak aku nak pegi malam tapi sebab hospital dah call tanya kat mana, so aku lupakan la niat jahat aku tu. Macam biasa dah admit dorang cek hb, urine, bla bla bla. Yang tak tahan tu siap cek laluan lagi. Sebab aku dah start rasa mild contraction. Tapi result ok la, sebab bukak 1cm je. So, proceed dengan elective czer pagi sabtu tu. Aku orang kedua yang akan di belah. Pagi tu aku bangun solat subuh and mandi awal jam 6.30 camtu. Solat duduk atas katil je sebab misi tak bagi pergi surau and tak bagi solat kat lantai sebab takut tak bersih. So hanya dibenarkan solat atas katil. Aku kene puasa start 2 pagi. Tapi sebab nebes aku jadi tak lalu makan. Last aku makan jam 10 malam itu pun biskut je. Petang tu pun makan nasi tak banyak. Jam 9 pagi camtu nurse datang suruh tukar baju and siapkan baju baby. Nurse datang bawak stretcher (betul ke ni?) pastu bagi aku minum entah amende, untuk elak muntah. Haha time ni aku senyap je. Macam takda perasaan dah. Nurse suruh call suami and cakap nak masuk ot dah. Aku mesej kaie sekali dia kata kat rumah abg ipar aku lagi. Aku cakap nak masuk ot dah dia terkejut. Kalau dia terkejut aku lagi terkejut. Laju betul yang orang pertama tu siap! Haha bajet tengahari baru turn aku. So

Dua orang nurse tolak aku pegi ot, punyalah jauh berpeluh-peluh aku sebab kene selimut berlapis-lapis. Sampai ot, kene tunggu kat luar tu dulu. Lepas confirm nama,ic and lain-lain, aku tertido lebih kurang 15 minit camtu. Haha kata nebes tapi siap tertido lagi tunggu nak masuk ot. Kul 10 camtu barulah aku ditolak masuk. Sejuk nye kemainnn. Nasib baik selimut tebal. Aku kene drip dua-dua belah tangan. Lepastu kene pakai oksigen. Doc bius perkenalkan diri, pastu aku kene bius. Tayah cerita la kot mesti orang tahu camna prosedur epidural tu. Jam 1020 camtu baru lah start belah membelah. Sebelum belah tu doc detect jantung aku laju, mungkin sebab nebes. Doc tu cakap jangan risau insyallah takda apa, banyakkan selawat. Lepastu aku tanya, boleh tak aku tidur sebab mengantuk gila hahaha. Nurse kata tidur jela nanti baby dah keluar kami kejut. 10 minit camtu aku terlelap aku rasa perut aku ringan je. Tak rasa berat dah. Rupanya baby dah keluar yeyyyy! Senang nya bersalin! Hahah. Nurse datang bawak baby and tunjuk jantina. Aku cakap yeyyyy girll! Pastu nurse gelak. Nurse tanya anak sulung boy ke girl. Aku jawab boy. Dia kata alhamdulillah sepasang dah. Pastu aku pun berjurai la airmata gembira. Haha. Terharu sangat. Sementara nurse bersihkan baby aku dengar dia menangis ya ampunnn. Kuat macam abang dia jugak. 


Waktu sesi jahit menjahit, aku dengar doc dua orang tu bersembang. Yang ketua ni (dr norlia) duk bagi penerangan kat doc sorang lagi ni (dr azalea) dr pelatih mungkin. "Tarik yang itu", "ketatkan yang ini". "Ni nak masuk mana?" "Salah tu salah!" Perghh aku jadi bahan latihan rupanya. Entah entah bapa kali test dah perut aku kene jahit. Lama jugak dorang berdua tu siapkan aku. Nasib baik la aku tak boleh tengok pastu tak boleh rasa. Haha. Dalam jam 1115 camtu aku ditolak keluar pergi kat rehab room. Kene pantau sekejap. Sepanjang operation sampai la ke rehab ni aku dibekalkan dengan satu hose heater. Takda la rasa sejuk sangat. So far aku rasa selesa sangat czer kat situ. Taktahu la kalau tempat lain. Keluar je rehab room, aku kene tolak pergi wad, nampak dah kaie aku senyum je. Sembang jap otw tu. Tanya dah tengok ke baby. Tanya mika camna. Sembang macam takda apa. Rasa lega je semua selamat. Alhamdulillah. 

Time tu dah waktu melawat tengahari so kaie stay sampai habis waktu melawat. Time ni baby dah dihantar kat aku. Tapi dia tido je kacau camna pun tak jaga. Kaie tanya sakit ke. Aku kata takda rasa apa lagi. Bius tak hilang lagi. Pain killer pun doc cakap bertahan 12-24 jam. So boleh la buat muka macam takda apa. Aku tak dibenarkan gerak selama 24 jam. Minum pun lepas jam 5 petang baru boleh. Itu pun by step. Mula air putih je. Kalau tak muntah baru boleh minum air bersusu. Kalau tak muntah lagi baru boleh makan benda ringan. Then kalau tak muntah jugak baru boleh makan nasi. Tapi tau la bila dah terbaring flat, camne nak makan kan. Aku just minum air putih dengan horlick je. Malam tu baru la aku dibenarkan tegakkan katil sikit. Sebab takut pening lalat lagi. Semua nya nurse tolong. Sampaikan nak cas enpon pun aku panggil nurse tolong. Haha baik betul dorang. 

Aku discharged hari selasa (day 4) alhamdulillah. Plaster luka pun dorang dah cabut. Aku dah boleh mandi macam biasa dah setelah 4 hari membusuk masam atas katil. Haha. So far apa yang aku dapat bezakan antara czer dan normal. Dua-dua sama sakit sama perit. Cuma yang normal sakit nya Ya Allah rasa nak tercabut nyawa dari badan dan kita takda pilihan. Yang czer pulak sakit nya kita boleh tahan contoh macam bila nak bangun first time tu memang sakit sangat tapi bila rasa sakit kita boleh bangun sikit sikit. So sakit tu kita boleh hold sikit sikit. Ko paham tak aku cerita camne. Cenggitu la lebih kurang. Peritnya czer time nak bangun, nak berjalan, nak batuk and bersin, nak mengiring tapi time baby nak keluar takda rasa apa. Tapi sakit tu beberapa hari je. Lepas hari ke-7 aku dah jalan macam orang tak pantang. Haha. 

Pengalaman yang sangat bermakna pada aku. Dua-dua aku pernah rasa normal and czer. Tapi secara jujurnya aku lagi suka czer hahahahha. Mungkin ramai yang kecam sebab akan kata tak sayang ke perut and rahim kene belah. Memang la sayang. Tapi aku tak ada pilihan lain time tu. Cuma lepas ni kalau diberi pilihan aku nak czer lagi lah. Hahaha. Tapi nak czer kat hospital taiping jugak sebab situ nurse and doc baik-baik. Ok lah. Panjang dah aku taip. Siapa yang berjaya habiskan cerita aku ni memang betul-betul peminat setia aku. Cewahhh. Just nak share pengalaman bersalin secara czer. Kot la ada yang tanya nanti kan. Nah aku belanja gambar baby yang fresh dari oven. 



Baby girl yang lahir time 37w 5d. Berat 2.6k. Tinggi 45cm. 



Kami namakan Hasya Sofia Binti Muhamad Nakhaie. "Kesempurnaan dan menawan". Semoga adik menjadi anak yang taat kepada perintah Allah swt dan jugak mama and ayah. Jadi insan yang berguna di dunia dan akhirat. We love you adik. Ummwhhhaaahhh!!! 



Bye. Assalamualaikummm.