Tuesday, February 26, 2019

Survey Major Renovation

Salam semua. Haiii. 


Baca lah cerita rumah aku ni sampai hujung tahun ye. haha. takda cerita lain dah nak tulis.


so nak sambung pasal rumah lagi.saje lah nak simpan sebagai kenangan. nanti doploh tahun lagi boleh baca cemana memula nak masuk rumah. kah. okay dah dapat kunci sebulan yang lalu, alhamdulillah. lepas tu bayar deposit elektrik dan air pada pemaju, dorang uruskan. tahu tahu dapat kunci dah ada api and air. macam biasa masa serah kunci, pemaju bagi borang senarai kerosakan. dia kata kene isi dalam masa 14 hari. dalam masa yang sama boleh panggil sub kontraktor yang diorang bagi untuk sama sama check defect. boleh dikatakan aku kerap jugak pergi tengok rumah, sebab nak check defect betul betul kan. so hari hari la jumpa sub con tu, sebab diorang letak barang kat rumah aku, haha aku pun tak faham napa rumah aku jadi tempat barang. tapi jadi senang la sebab apa apa hal, terus direct pada sub con tu. borang tu pun dah isi terus bagi diorang, tayah la aku susah susah nak hantar pada pemaju lagi. antara defect yang aku dapat trace, leaking kat tangki bilik air atas. ada air menitik dari lubang paip kat atas siling bilik air. sebab dia sentiasa menitik so memang tahu la tangki yang bocor. untuk ujian kebocoran siling tingkat atas, kitorang tengok melalui hujan je. macam taiping ni boleh dikatakan hari hari hujan. so takda masalah la, kalau bocor atap, memang akan ada mana mana siling berlumut. alhamdulillah takde. untuk ujian kebocoran tingkat bawah, kitorang buka paip air bilik air atas biarkan lama sikit. kalau bocor, ada la ceiling bawah berlumut. tapi susah la nak trace sebab ceiling bawah semua pakai konkrit takde pakai plaster. nak buat wiring pun contractor tak sanggup sebab semua batu. dia minta pakai plaster ceiling jugak. ni nanti aku cerita. $$$$$$$$$$~~




bab check defect almost settle dah ada sikit je lagi macam crack halus kat dinding. dengan sopek sopek garam sikit kat hujung hujung frame tingkap and pintu. tu semua case finishing je lah. dalam sub con pemaju tengah buat kerja tu kitorang panggil jugak contractor untuk extend rumah. kalau korang nak tahu rumah aku ni building dia 20 x 35 je. tanah belakang ada lebih 20 x 17. so memang building sangat kecik, dari depan jalan jalan sikit ehh dah sampai dapur. gitu kekdahnya. jadi aku sehati sejiwa dengan suami nak extend la dapur. sebab jenisan aku ni memang malas nak kemas rumah banyak kali. kalau boleh sekali cuci rumah je seumur hidup. haha. lepas pindah, setakat mop jela. gitu. aku tanya pemaju dia pun kata alah okey je nak extend nanti warranty tak cover bahagian yg extend je. warranty lain masih sama. gitu. jadi dah survey contractor 2 orang. pastu malas dah. haha boleh? tapi dua dua ni memang beza sangat. Mr Lim (con 1) total cost RM28k extend 20 x 10 kaki, termasuk KC, dengan simen bahagian lebih belakang. tak piling, tapi pakai bakau je sebagai base. pada aku, murah la kalau sekali dengan kc semua. dah ukur semua minta quotation. cuma tak gemor cara dia asyik call call minta deposit. padahal aku baru survey je. dah dia call hari hari tanya bayar la deposit berapa pun, sebab dia ada projek lain jugak nak amik. terus potong mood la jenis paksa paksa ni kan. pastu siap pasang banner company dah kat pagar rumah aku konon konfem la dia contractor rumah kitorang. kah. gigihnya beliau. 





Contractor kedua, Ah Hwa, baru kira quotation semalam. yang ni dia bagi sama je, extend 10 x 20, KC, pastu dia bagi simen and dinding belakang free, dinding pemisah rumah sebelah. tapi ah hwa ni dia cakap rumah kitorang kene piling. dia kata ada deret kitorang rumah lama tu dia extend, tapi tak sampai berapa tahun dah senget. haha. kitorang terkejut la sebab Mr Lim kata pakai bakau pun cukup. AW kata, tak bolehhh, kene piling, dia tau la sebab dia buat rumah lama deret aku tu. dia kata boleh pergi tengok check. mengejutkan betul memang laki aku kata semua rumah double storey yang extend dapur semua senget, semua bertampal, major punya senget bukan crack biasa. mcm builing baru tu tertanggal dari asal. AW tu gelak je laki aku pergi tengok balik terkejut, sebab dia kata dia yang extend rumah lama tu, pastu dah senget tu owner panggil dia balik, so dia pening kepala camne nak repair. dia kata better piling la, dia pun tanak pening kepala lagi. tak rugi pun piling nanti next boleh tambah atas sekali kalau ada duit lebih (memang tak la kot). lagipun beza 4-5k je dengan tak piling. kah. umpama 4-5 puloh je dia sebut. so quotation AW dengan kitorang is RM35k all in. fuhhhhhh $$$$$$$$~~~~~~....................................................





tu baru extend weh. ni nak sambung pasal awning dengan grill. nak dijadikan cerita, grill, awning dan repair pagar kitorang nak cari orang yang sama. yelah sebab semua besi kan. satu tempat je kan senang. pagar tu elok dah sebenarnya. tapi yang jadi masalah, bila kitorang nak buat autogate, contractor tu kata, kene repair pagar takleh buat buka terus, kene pakai lipat. guna pagar yang sama tapi jadikan lipat, pastu tambah rel untuk roda pagar. kalau pakai pagar buka terus bahaya takut parking kereta dekat sangat pastu ko bukak pagar dangggg langgar lah kereta ko. camtu ye permasalahan nya. jadi, nak autogate punya pasal, repair la pagar. repair ni tak mahal pun, dia kirakan sekali dengan awning and grill. so grill, termasuk yang extend tu, awning depan and belakang termasuk extend tu, dia quoted RM8.6k. lalalalala~~~ quoted dia macam aku ni petik duit dari pokok je. @.@....hahaha gelak lah kita. lama lama pindah rumah duk atas lantai je. perabot semua takda duit nak beli. baru cerita extend dengan grill and awning. belum masuk bab wiring dan plaster ceiling. woww incredible hulk.




Pagar yang ada okay dah, tapi kene repair sikit kene buat pagar lipat. nak autogate sangat kann haa amik.




nanti kita sambung okeh......





babai. salam.





No comments: