Wednesday, September 23, 2015

Assalamualaikum.....


33w ++ tiktoktiktok. Sekarang aku dah meniti hari-hari nak dekat bersalin dah. Badan mula rasa macam tong dram bergerak. Perut pun dah semakin menutup laluan perjalanan aku. Haha. Nak potong kuku kaki pun dah tak boleh. Cepatnya masa berlalu aku nak dapat anak kedua pun. Umur baru masuk 27 tahun. Tapi alhamdulillah tercapai la target aku nak ada anak sebelum umur 30. Tapi tak pernah pulak aku target nak dua. Hehe. Cuma target nak anak semampunya sahaja. Kalau boleh after umur 35 memang taknak beranak dah. Nak tutup kilang dan buat kerja lain.


Sekarang ada anak sorang. Nak masuk dua orang bulan 11 nanti. Matlamat tercapai!


Bercakap pasal target. So far apa yang aku target sebelum umur 30, 80% dah tercapai alhamdulillah. Antaranya nak kahwin, ini time umur 24 dah tercapai pun, hekhek, jodoh punya pasal time belajar pun aku boleh kahwin dan mengandung. Rezeki jangan ditolak ye dak?



Then, nak kerja. Ini semua angan-angan je dulu. Aku penah cakap dengan roomate aku time politeknik dulu, aku memang nak sangat jadi pengajar atau lecture politeknik atau kolej komuniti atau ikbn atau ilp atau mana-mana institut yang orang kata ada student teknikal/kemahiran ni. Sebab time aku belajar tu, aku seronok tengok lecture aku. Macam senang je kerjanya. Kelas asyik batal je. Haha okay ni tipu. Mana ada asyik batal. Hehe. Jadi aku berazam untuk jadi tenaga pengajar institut-institut yang macam tu. Lagipun aku tau macam mana skills student kemahiran ni, walaupun teori tak hebat mana tapi kalau bab teknikal support atau mesin, bagi la kat diorang mesti boleh handle. Lagipun aku sendiri tak suka nak mengajar benda yang dari buku semata. Usah kata student boleh mengantuk, aku yang mengajar ni pun boleh mengantuk. Haha. Alhamdulillah, sekarang aku salah seorang pengajar dekat IKBN. Satu lagi impian aku dah tercapai setakat ni. Memang tak pernah sangka aku akan jadi seorang pendidik. Hewhew.


Geng Politeknik. Semua dah kahwin, dah ada anak, sorang lagi tu je masih menunggu. hewhew. dulu belajar main-main. nasib baik semua berjaya sekarang. termasuklah aku. hahaha



Seterusnya, target untuk mendapat kenderaan sendiri. Walaupun sekarang aku duk pakai kereta husband dan buat macam kereta sendiri. Aku belum puas selagi nama kenderaan tu bukan nama aku sendiri. Haha. Sebenarnya dulu time belajar (biasa la time belajar je pun nak berangan lebih-lebih) aku bercita-cita nak pakai kereta Honda (kemain). Maklumlah student Engineering mana-mana pun kalau ko tanya mesti dia nak pakai Honda punya! aku pun taktau la kenapa. Tapi takde la semua pun, kebanyakannya laaaa. Engineering dengan Honda macam berpisah tiada. Tapi itu cita-cita kalau aku jadi Engineer la kot! Jadi pengajar kat IKBN sekarang nak pakai Honda memang aku takmau la. Lagipun sebab dah berkeluarga and ada anak, jadi aku rasa rugi pulak nak pakai Honda. Baik duit tiap bulan bayar Honda tu aku beli benda lain yang lebih berfaedah. Boleh juga aku tolong suami aku bayar insuran and masuk tabung haji. Jadi aku ambil keputusan untuk beli sebiji Axia sahaja yang aku boleh pakai ke IKBN hari-hari. Hehe Axia pun comel sangat jadi aku terima jela seketul. Mengikut perjanjian, itulah hadiah dapat anak kedua dari suami aku. Hehe. Walaupun bulanan potong payslip aku, tapi suami bayar downpayment dan dia akan cash rebate kat aku tiap bulan (pun boleh). Jadi secara kesimpulannya, aku cuma dapat nama je laaa. Umpama lembu punya susu sapi dapat nama. Gituw. Mekasih encik suami sebab susah-susah je bagi hadiah dapat anak kedua ni. Kata anak nak 5 kan, jadi standby la hadiah lagi 3 okay. Haha. Axia takda gambar lagi sebab belum dapat. Bulan 11 baru dapat. No stock katanya. 



Next. Nak pergi haji. Siapa yang taknak kan. Semua orang Islam aku rasa memang ada pasang angan-angan nak pergi haji. Sama la dengan aku. So far pencapaian untuk pergi haji, aku dah berjaya daftar haji! yeyyy! aku dan suami dah buka akaun haji dan daftar haji dengan bayaran seorang RM1300. Aku dengar sekarang boleh guna duit kwsp juga untuk daftar. Untuk pengetahuan (untuk yg taktau), daftar haji dengan buka akaun haji lain ye. Boleh google untuk info. Nak dijadikan cerita, haji aku ialah pada tahun 2055!! hamik kooooo. Tapi ini jangkaan je la kan. Mungkin akan lebih awal. Depends pada kuota dan bajet. Kalau aku banyak duit, aku ingat nak bayar je full 10k pastu tahun depan bawa mak pergi haji. Sebab mak panggilan tahun depan, tapi takda siapa nak tolong bawakan. Sobss sobbss. Kesian mak. Kalaulah ada abah kan senang. Doakan laa umur mak aku panjang, dan aku pun ada rezeki lebih, aku nak sangat bawa mak pergi Mekah. Kalau boleh biarlah aku anak dia yang jaga dia kat sana, bukan orang lain. Permudahkan segalanya Ya Allahhhh. Aminnnn.



Dan matlamat aku yang terakhir (so far) sebelum umur 30 ialah untuk memiliki hartanah sendiri. Alhamdulillah sekarang aku dah ada tanah lot dan rumah sendiri. Nama aku sendiri. Yeyy! Walaupun tanah 2nd hand je, dan aku tak duduk situ. Tapi aku rasakan itu adalah pencapaian yang terbaik setakat ni dalam hidup aku. Ingat senang ke nak dapat tanah and rumah lot. Lot aku taklah sebesar korang. Aku hanya mampu beli tanah berkeluasan 50x90, rumah taktau berapa kaki. Yang penting sekarang orang menyewa tu aku buat rolling untuk bayar loan. Camtu je lah cara nak dapatkan hartanah sekarang. Nak beli cash tak mampu. Loan boleh la. Itupun sebab rezeki aku kerja gomen. Kalau tak, nganga jugak la entah umur aku 40 pun belum tentu ada tanah sendiri. InsyaAllah kalau ada rezeki duduk Ipoh memang aku nak renovate rumah tu dan duduk situ. Siapa taknak kan duduk rumah sendiri. Boleh deco sesuka hati. Rumah yang aku sewa sekarang nak gantung gambar pun macam malas. Sebab takda feel macam rumah sendiri tu. Haha



Jadi, ini lah matlamat ataupun target aku (yang aku ingat) sebelum aku masuk 3 series. Alhamdulillah hidup bersuami dan berkeluarga tu memang betul penarik rezeki. Nasihat aku, yang mana asyik merungut takda duit atau takda rezeki, hidup tak cemerlang, bawak-bawak lah kahwin. InsyaAllah rezeki Allah tu terbentang luas lagi-lagi pada mereka yang mengamalkan suruhan dan menjauhi larangan. Kahwin itu juga sunnah. Jadi, kahwinlah anda! Jangan dengar kata orang yang bagi nasihat suruh cari duit dulu ke, kumpul harta dulu ke. Itu semua nasihat paling poyo yang aku pernah dengar. Hak Hak. 


Gambar tempek. Suami aku sebagai perunding kewangan. Dan aku adalah client pertama yg dia assist untuk uruskan kewangan.




**Post ini jugak tribute untuk suami aku. Yang selama ni tolong aku uruskan kewangan aku. Sampai aku mampu untuk dapat aset dan hartanah sendiri. Tak pernah terfikir pun dengan pencapaian hidup setakat ni. Haha. Alhamdulillah semua dengan izin-Nya.



Jumpa lagi. Assalamualaikum......




Monday, September 7, 2015

Assalamualaikum.....




Rasa rajin pulak nak apdet belog sejak kebelakangan ni. Mungkin sebab dah taktau nak buat apa time rehat. Nak tidur tak boleh lenguh pinggang. Dok depan pc je la jawabnya, So, kali ni aku nak share la sikit cerita. Bukan best sangat pun......tapi pada aku agak terkesan jugak la pada aku. Hari ni aku ada dapat info dari officemate aku. Anak dia kene jangkitan macam kudis-kudis kat seluruh badan. Paling teruk kat kepala, sampai bernanah, nak tidur pun tak boleh. Dia kata dah pegi hospital kerajaan, dapat ubat. Tapi ubat dah guna sampai habis, kudis tak mau jugak hilang. Jadi dah taktau nak buat apa, sekarang tengah ikhtiar ubat kampung. Suruh bawak pergi pakar kulit takmau. Takut mahal. Fine. Anak sampai dok memerap malam tak boleh tidur kerja nak menggaru je. Dia pun takleh nak pergi kerja sebab sibuk jaga anak. Aduh kesian sangat. T_T Officemate aku ni gred N17, pembantu tadbir je. Jadi aku faham kalau dia memang tak mampu nak bawak pergi klinik pakar. 






Tapi sekarang ni, aku bukan nak highlight pasal dia pun, aku nak highlight pasal orang lain! Yang mampu nak amik medical kat anak. Yang mampu beli mainan mahal kat anak. Yang mampu shopping tiap bulan. Tiap bulan aku tengok pergi shopping kat butik-butik. Ada saje gambar paper bag butik. Puiii. Aku bukannya jeles pun. Buat apa la aku nak jeles. Aku lagi kesian kat orang tu. Sebab dia mampu beli macam-macam kat diri sendiri and anak. Tapi tak mampu nak beli insuran perlindungan diri. Umpama diri tu tak berharga langsung. Kalau apa-apa jadi, takda pampasan. Macam kereta 3rd party. Kalau eksiden kene jadi kambing hitam. Begitu lah pada pandangan aku orang yang mampu beli insuran tapi taknak beli. Lagi rela perabih duit ke shopping and lain-lain. Sejujurnya aku kesian kat orang yang camni. Camne agaknya kalau dia sakit atau anak sakit. Tapi, dorang bukannya sedar pun. Terlampau syok dengan duniawi.





Aku tak tujukan ni pada semua orang. Sebab aku tau lain orang lain rezeki. Aku taktau apa komitmen orang tiap bulan. Aku taktau kehidupan kais pagi makan pagi orang. Tapi bila tengok post orang, lifestyle orang yang sememangnya berduit, aku pelik jugak takkan tak mampu nak amik insuran kat anak. Bohong laaaaaaa. Aku pun bukannya kaya mana. Aku pekerja gomen yang gred J29. Gaji aku campur suami cukup-cukup makan untuk tiap bulan. Kami ada komitmen rumah sewa, rumah sendiri, kereta dua biji, pengasuh, kad kredit, insuran bil api n air, bil telefon, internet Yes, pampers dan susu anak lagi, minyak dan tol lagi. Kami duduk kat Alor Setar, kampung kat Perak. Perjalanan lebih kurang 4-5 jam, tiap minggu kami balik. Ko rasa minyak dengan tol pakai apa? 






Aku sendiri mengaku kadang tiap bulan memang kami sesak, baru awal bulan kadang banyak bil tak bayar lagi. Untuk pengetahuan korang, insuran kami anak beranak lebih kurang RM700 sebulan! Serupa bayar sebijik lagi kereta! Tapi tau macam mana kami manage supaya polisi-polisi insuran kami sentiasa lancar? Anak aku dulu minum enfagrow, mahal!!! Jadi kami downgrade ke Dutch Lady. Mula-mula memang payah nak bagi dia suka. Bancuh tak pernah habis. Tapi lama-lama, 10oz takda masalah pada dia. Haha. Pastu pampers pun asal Huggies, kadang Drypers, tapi sekarang dah downgrade ke Hey Baby, malam je still pakai Drypers sebab tebal sikit. Aku pulak, dah 2 tahun tak beli seluar jeans, aku beli kain kembang je kat pasar kemboja, RM20. Macam-macam color ada, pakai pun senang. Kasut, dah dekat setahun aku tak beli, ni pun aku pakai crocs aku beli time first dapat gaji tahun lepas. Pastu aku tak pernah beli dah kasut, memang aku pakai ni je. Baju? Aku depends. Kalau blouse aku suka cari kat pasar kemboja atau scarlet aeon. Kalau jubah/baju kurung aku akan beli kain dan tempah. Tapi macam aku cakap. Semua tu depends. Tipu la kalau aku kata aku tak menyoping langsung kan. Cuma aku agak berjimat sekarang. Kalau nak cari benda aku cari yang betul-betul pakai and penting. Dan kalau ada duit lebih, baru la aku reward diri aku dengan sesuatu. Thats it. Tapi takkan membazir atau melebih macam syaitonirojim! 






Kalau korang nak tahu, aku lagi suka balik kampung, abiskan duit atas jalan, abiskan duit sebab nak pergi jumpa mak dan mak mertua aku. Aku akan paksa suami aku untuk 'cari job' kat kampung supaya tiap minggu kami boleh balik. Sebab aku tahu, masa dengan mak kami masing-masing bukannya lama mana dah. Masa kita sendiri tak tahu bila. Bila-bila masa Allah boleh tarik nyawa aku. Jadi aku rasa aku masa bersama dorang memang sangatttttt berharga. Biarlah habis duit pun. Rezeki tu tetap ada kat mana-mana. 






Suami aku ada client, kerja biasa je basic tak sampai seribu, duduk kat tengah bandar (shah alam), ko tau la rumah sewa sana camna. dia duduk pun rumah kampung dengan harga RM800 sebulan. Tapi waktu suami aku nak jumpa untuk sain borang, dia sangat bersungguh-sungguh. Anak dia takda siapa jaga time tu so dia bagi jiran sebelah, dia datang naik moto kat KFC untuk jumpa suami aku semata-mata nak sain borang medical kad untuk anak dia. Dia sanggup keluar duit lebih kurang 10% daripada gaji dia tiap bulan dan ketepikan sedikit komitmen lain dan bayar insuran anak dia! Aku salute la orang macam ni. Aku tau camne susahnya rakyat marhaen duduk kat bandar. Tapi, berbeza dengan ada sorang prospek suami aku ni. Belum jadi client lagi. Camne nak jadi client, alasan asyik sibuk memanjang. Budget asyik tak ada. Yang aku pelik. duduk kat kampung, gaji 3x ganda client yang tadi, hidup aman damai jem takda tol takda. Tapi berkira nak ambil insuran kat anak! Sedangkan dua-dua manusia ni suami aku letak premium yang sama untuk anak tiap bulan. Tapi, mentaliti dan kesedaran dua orang ni sangat berbeza. 






Nampak tak disitu. Jadi aku sekarang rasa sangat geram dengan orang yang kedekut tahi hidung masin untuk keluar duit tiap bulan kat anak sendiri. Macam-macam alasan duk bagi. Tapi aku perati je laman sosial dorang ni. Hidup mengalahkan orang kerja gaji 20k. Shopping nak butik aje, bercuti nak oversea je. Ko hidup nak mewah pun tak guna kalau takda insuran. Sebab orang yang takda insuran ni consider miskin kalau ikut AKPK. Tak caya? Ko perlukan perunding kewangan. Aku bukannya nak promote sangat suami aku. Aku tau berlambak ejen lain korang boleh cari. Sukati la. Tapi, aku nak nasihat, korang kalau tak pandai manage duit, atau taktau camna nak amik insuran dan dalam masa yang sama takmau kesempitan hidup berlaku, carilah perunding kewangan yang bertauliah. Dorang ni akan tolong manage duit korang. Jangan lah lari atau jauhkan diri daripada ejen insuran, sebab dorang ni bukan nya main jual je insuran, dorang pergi kursus kewangan. Dorang ada lesen. Yang penting dorang ada ilmu pasal kewangan. Dorang bukannya nak sebat pun duit korang. Haha tak payah la risau. 






Jadi, itu jela aku nak membebel untuk kali ni. Maafkan aku kalau terlanjur kata. Aku harap apa yang aku tulis ni sedikit sebanyak dapat membuka minda orang supaya lebih peka dengan keadaan sekarang. Kos perubatan sekarang meningkat. Kapasiti manusia kat hospital kerajaan pun meningkat. Penyakit baru macam-macam ada sekarang. Paling risiko bayi and budak. Tak kesian ke kat anak? Ko boleh syok-syok perabih duit tiap bulan untuk diri sendiri, anak ko takda protection apa-apa ko boleh rilek kan? Eh tadi dah minta maaf, pastu terlanjur kata balik. Hahaha maaf maaf. Okay korang semua dah besar, dah pandai pikir. So, pepandai laaaaa. Ok bai.






Assalamualaikum.....................................


Sunday, September 6, 2015

31 weeks OMG!

Assalamualaikum...

Nervous rasanya yaaa amattt. Dah masuk 31 minggu chuolssssss rasa camne. Haha. Aku sendiri dah lupa macam mana rasanya contraction waktu bersalin anak first dulu. Yang 2nd ni keras braxton hicks tu ada la jugak kekadang tapi since masih boleh bernafas dengan normal itu aku rasa maknanya belum lagi la masanya tu kan. Lagipun awal lagi nak bersalin. Haha agak-agak laa pun awal kemain. Abang Mika pun overdue 2 hari kot. Ko adik nak awal-awal wat mende! Kasi can abang bermanja dengan mama dulu.


Aku duk terfikir camne la nanti Mika dah ada adik. Adakah dia tau itu adik? Dia tau ke maknanya adik beradik? Atau mungkin dia taktau apa-apa langsung. Yang dia tau kenapa perut mama dah kempis then mama ada pegang seorang budak kecik yang asyik nanges je? Eh jangan la asyik nanges je adik. Takyah la nak ikut sangat perangai abang ko waktu kecik dulu asyik nak berkepit, bergayut, melalak dan sebagainya. Jadilah adik yang baik sentiasa mengalah walaupun dengan abang sendiri. Haha.





Mikail 1 year 10 months

Sekarang pun Alhamdulillah Mika dah boleh makan nasi keras. Memang agak lambat jugak sebab nak masuk dua tahun pun. Gigi pun dah banyak. Tapi sebab dia kan anak yang manjeeee, so gigi banyak pun dia still makan nasi lembik. Hari-hari la aku pulun bangun kerja awal sebab nak masak nasi lembik kat dia. Pastu dengan lauk. Tapi sekarang tidak lagi! yeyy! Boleh bangun lewat sikit, sikit je la tak banyak mana pun, just untuk masak lauk kat dia. Nasik tayah dah sebab nanny dia kata nasi boleh amik dia punya je. Weehuuuu. Tapi naik migrain jugak la aku nak memikior apa lauk nak dimasak hari-hari kat dia. Baru la aku tau camne susahnya mak-mak kita yang bertarung setiap hari didapur. Bila dia tanya 'nak makan apa hari ni'. Dengan selamba kita jawab 'ikut mak la nak masak apa'. Tapi bila mak dah masak, kita pulak 'alaaaa mak, ayam lagi?'...........Nampak tak kekongajaan nye disitu. Cakap pandai sangat kan. Kesian mak..Huwargh rindu pula aku kat mak. Setelah sekian lama tak balik.

Oh ye, nak cerita la sekarang aku dah mula jarang balik kampung (eh yeke?) Haha jarang la sangat lebih kurang 2x je sebulan. Ok la tu kan. dapat jugak save budjet bulanan. Kalau tak mengabehkan ke minyak and tol je. Dah la dapat pemimpin macam firaun, pastu nak buat jihad kat tol and minyak je memang TAK LA kan! Tapi apakan daya demi tanggungjawab pada mak dan mak mertua, ku gagahi jua berjihad di jalan yang tak ku relakan itu. Kenapa sembang macam mabuk ketum ni. Kejap balik kejap tak balik. Dasar sangat....

Well sekarang ialah waktu rehat, hari Ahad pulak. Memang laaa kerja terus jadi tak banyak kan. Bukan takat tak banyak kerja, bahkan takda kerja langsung. Hahaha. Boss pulak outstation memang selamba kodok aku la buka tv tonton Nona kat Tv3 walaupunnnnn aku tak tengok. Cukup la sekadar mendengar! Haha. 



Sebenarnya nak story pasal adik nye si Mika ni. Rasa-rasa korang la apa gender dia. Jawapannya tettttt. Rahsia laaa. Mana boleh bagitahu awal-awal. Tak suprise la nanti. Sebenarnya adik dia start 16w sampai la baru-baru ni 30w aku scan, dia tak tunjuk pun jantina dia. Doc kata maybe girl Insya-Allah, aku pun macam nak percaya ke idak ni kan. Kekadang doc ni saja nak bagi harapan palsu pada orang. Haha. Tapi naluri keibuan tu (ececehh) kuat mengatakan insyaAllah girl. Takpe la kita tunggu jela hasilnya nanti camne. Kalau girl aku sukaaaa sangat sebab barulah ada geng nak pakai baju sama. Kalau ikutkan baju girl ni banyak comel-comel berbanding baju boy. Kalau tengok baju Mika tu alahai boring nyeeee. Biru, hitam, hijau. Stripes, ball, robot, plain. Tu jelah duk ulang sampai aku rasa nak pegi beli pink bagi dia pakai. Hahaha. Tapi kalau dapat boy pun aku sukaaaa sangat jugak. Sebab aku kesian kat Mika tu kawan takda. Asyik mengajak aku main bola je. Mana la aku larat nak berkejar dengan dia. So, kalau ada adik boy boleh jugak dia ajak main perang-perang kan. Settle kerja aku nanti kat rumah takda nak postponed dah.





Ni muka adik. Takda nama lagi. Mama still blur. Haha




Okay panjang sangat dah menaip ni. Walaupun banyak lagi benda aku nak cakap tapi aku rasa nak simpan la sikit quota kot dimasa hadapan aku takda benda nak taip pulak kan. (penah ke). Haha okay itu saja perkongsian aku buat masa sekarang. Wish aku luck okay untuk push anak kedua nanti. Harap-harap Mika boleh la terima kenyataan yang kasih sayang aku pada dia akan berbelah dua. Dia bakal berkongsi kasih seorang mama bersama seorang lagi manusia. Haha. Doakan kami semua selamat sejahtera ye. Okay Bye.




Mama at 30th weeks. Yayyyy.






Assalamualaikum.