Tuesday, December 19, 2017

My 3rd Birth Story

Assalamualaikum w.b.t.


*lap habuk*
*batuk*
*bersin*


Gila ko berhabuk. bertahun dah tak apdet. kahkahkah. tetiba rasa nak apdet pulak ni haa. kemain kan. dah masuk anak ketiga dah oiii. tu pun dah 5 bulan dia. huhu happy 5th month my baby. btw, rasa nak apdet birth story anak ketiga pulak untuk buat kenang kenangan dan rujukan. hihi semoga mama tak hilang ingatan dan diberi kekuatan untuk menaip kali ni. ehem. so lets start.



Sebenarnya 3rd baby ni tak rancang pun (even yang 1st and 2nd pun tak rancang, tak payah la nak guna word RANCANG tu huda oiii, haha). kitorang memang berpegang kepada prinsip rezeki Allah nak bagi. so memang tak kisah la beranak awal ke lambat tak pakai apa apa perancang pun. walaupun yang Hasya tu czer kan. haha tabahnya huda mengandung lagi. sebenarnya start aku tahu mengandung tu, aku tengah breastfeed Hasya lagi time tu. umur dia 1y1m rasanya time tu. aku pelik susu drop gila babi punya. dengan bersungguh sungguh aku buat power pumping every day kot. siap ada buat jadual untuk makesure yang aku tak terlepas power pumping tiap hari. supplement toksah dikenang macam macam jenama aku try. then lepas rasa macam ehhh teruk ni drop kenapa eh pam pun tak sampai 1oz gitu. sedey yakmattt. aku terfikir adakah akuuuuuu. hahaha time ni beli upt tester tu sendiri tak bagitahu suami pun. aku ingat time tu hujan lebat selebatnya petang tu aku try. lepas try aku simpan kat almari dapur aku pergi depan tengok tv. 20 minit camtu aku pergi dapur balik. and yesss ia menunjukkan dua line. haha. aku senyum nak nanges jugak time tu. tak tahu la seronok ke ape. seronok memang seronok but ada juga perasaan sikit why so soonnnnn. mama bfeed Hasya lagi kot. tapi cecepat berbalik kepada pendirian 'Rezeki dari Allah s.w.t' jadi aku patut bersyukur. Alhamdulillahhhh. cerita kat suami dia pun seronok je. suami memang paling seronok bab anak anak ni. hehe. aku tengok muka anak anak time tu, Mikail and Hasya. hihi korang bakal dapat adik lagi yeyyyyyyy. adakah korang faham? T_T



So pregnant yang ketiga, boleh dikatakan dah pakar la jugak kan. takda la macam gelabah sangat. dah masuk tiga kot apa yang nak gelabah sangat. rilek tak buat buku pink pun sampai minggu 20 kot. hahah. everything went well. penat macam biasa, sakit pinggang macam biasa, malas macam biasa, buruk macam biasa, hahaha. semua macam biasa lah. aku cuma terfikir apakah rezeki baby kali ni. Mikail - aku dapat kerja gov, Hasya - beli kereta baru, baby - ?? tapi time ni memang aku dalam proses minta tukar balik Perak. sebab ada orang sanggup tukar sama suka dengan aku. aku solat and sentiasa doa time ni untuk dapat tukar balik Perak. tak sangka memang betul rezeki baby ni, aku dapat tukar Adtec Taiping. yahuuuuuuuu!!! balik Perak!!!!!!!. okay sebab aku dapat tukar bulan feb 2017, so kandungan baru 4 bulan camtu. aku memang tak buat buku pink pun sebab confident dapat pindah kan aku budget nak buat kat kk tempat kerja baru je. sudahnya aku buat buku pink dah 21w camtu. kene hamun jugak la dengan nurse kk kemain lewat lagi ko buka buku pink ye huda. tapi aku kan kental, aku dengar jela misi tu membebel. nasib baik gak aku datang 21w. aku baru nak datang time 38w camtu haha kan senang datang beranak terus. walaupun kene hamun. tapi semua ok jeee. cuma dalam buku pink tu tiap kali check up mesti dia noted guna pen merah "late booking". kahkah. ape kene booking booking ke tiap kali mengandung?. okay fine. lepastu selain late booking aku juga kene noted pen merah sebagai "unsure LMP" maksudnya tak sure bila tarikh last period. kah. ni satu lagi point kene hamun dengan misi. alaa nak buat camne misi, saya memang tak ingat bila last period. berapa kali period pun tak ingat sebab fully bf anak ni period tak regular. kadang ada kadang tak. huh



Nasib baik la baby ketiga ni helokk duduk dalam perut. takda la songsang ke terbalik ke mengunjur ke kan. helokk terletak. jadi sampai 37w tu macam okay je so aku takde kerisauan tragedy czer jadi lagi. sebab dah jumpa specialist o&g pun dia check history during pregnancy pun okay semua so dia suggest normal je la takyah czer. aku pun memang decide nak normal je. ala ala natural birth kata ko. takmau induce takmau epidural takmau apa apa. hehe semangat. so last check up 38w kat HRPB Ipoh sebab aku nak bersalin situ kan so kira pre-admission la lebih kurang. bagi detail semua. time tu jugak scan last, punya banyak kali scan dengan kk, kali ni laa baru doc tu tanya nak tengok gender ke tidakk. alang alang dah mesin scan canggih tu kan, aku pun okay kan jelaaa. selama ni kat kk tak pernah nampak pun. walaupun sebenarnya aku dah pernah nampak bird baby tu waktu scan 14w kat klinik swasta, 14w okayyyy dah nampak!!!, mengikut pengalaman aku, anak lelaki memang senang nak trace, tapi kene pandai la tengok. macam aku dah ada pengalaman anak first laki aku nampak bird dia pun start 16w camtu. sama laa si baby ni cuma dia lagi awal 14w dah boleh nampak. huhu. so time scan kat HRPB tu pun memang sah la boy. sebab nampak ketara gila bird dia. hahaha. okay Hasya and Mikail dapat adik boyy. Mikail mesti seronok. Hasya tu aku taktau laaa camne. dia pun bahasakan diri dia adik lagi. haha entah laaaa..T_T



7 September 2017 / 13 Syawal 1438 - Jumaat- Malam : Time ni dah raya 2 minggu camtu. sempatlah aku beraya berlemang dan berketupat. rendang ape semua aku tibai siap siap sebab takut terbersalin tanpa sempat menjamah juadah raya. mau kemurungan aku dalam pantang nanti. huhu. dah melantak semua complete. kuih muih yang teringin semua aku dapat settle. beraya bersama keluarga tercinta semua checked! so im fully ready to the max! haha gituww. malam tu aku dah macam ada surge yang awww so sakit uols tapi aku boleh bertahan lagi. haa. tapi tak regular sangat. terkejut sikit sikit gitu je. so layan jelaaa kan makan lagi apa patut. prepare barang apa patut. aku bagitau en suami. en suami kata nak pegi spital tak. aku kata emmm belum lagiiii. time ni aku dah prepare barang Mikail and Hasya. aku tulis bekas susu dorang berapa 0z masing masing punya susu. baju dorang aku dah susun dalam almari sebab nak berpantang kat sini kan (rumah mak aku). tempat tidur pun aku kemas, aku siap beli cadar baru doraemon supaya dorang seronok tido nanti. kah. katil baby pun dah prepare walaupun aku tahu nanti barang dia je penuh dalam tu hahaha. macam dah ada perasaan nak ke hospital time. huu sebak pulak rasanya. emosi tau aku tengok budak dua orang tu. mama nak pergi berjuang sayanggg sila tinggal dan behave. tapi tak pergi pun hospital. aku tido kroihhh sampai pagi.



8 September 2017 / 14 Syawal - Sabtu pagi - aku bangun awal hari ni, sebab contraction dah start regular sejak jam 12 malam. tidur pun tak lena. siap pakej cirit birit lagi. aku dah rasa this is the day! sebab berdiri pun tak boleh dah time contraction tu. cuma tak lama laa time dia tak sampai 1 minit pun. kebetulan mak aku nak pergi kursus perdana haji pulak pagi ni. huhu. nasib baik akak aku ada so dia tolong hantarkan. aku dah cakap kat akak aku yang aku nak bersalin dah tapi jangan bagitau mak sebab takut dia risau kang taknak pergi kursus pulak. memang mak aku taktau sampai dia balik kursus tu. haha. dia kursus 2 hari satu malam. okay barang dah prepare dalam bonet. so pagi tu memang terus pergi HPRB tapi sempat lagi singgah Tabung Haji konon nak jumpa mak la for the last time sebelum masuk lr berjuang haha tapi sampai je parking lak takda. so aku cancel laaa jumpa mak terus direct hospital. sampai hospital kul 11am camtu. kesian anak anak dalam kereta dengan suami. aku cakap takyah la turun tunggu je dalam kereta. aku pergi labor room triage tu. macam biasa jawab soalan. ambil ctg. contraction aku boleh tahan gak time ni tapi still under control. nurse tanya sakit ke contraction tinggi ni. aku jawab haa sakit jugak lah. gitu je aku jawab haha macam takda perasaan. hmmm. asyik terfikir anak dengan suami dalam kereta. lepas ctg, check laluan pulak. pergh time ni aku macam gerun sikit. aku tengok muka doc tu india perempuan. fuhh bengis semaciammm. dia cek laluan, okay 3 cm. sambil tu dia bagi bukaan luas sikit aku sempat la jerit sakit dia kata tahan yee saya nak tolong awak buka laluan lagi. huuuu. menetes airmata jantan ku ini. boleh tahan sakit ye dia tolong aku. haha. okay dia kata admit wad ye. aku cam biasa la bagi soalan paling bodoh sekali 'boleh tak saya nak balik rumah dulu taknak warded'. kahh. doc kata ewah banyak cantik muka ko!. okay takde la sebenarnya doc jawab 'tak payah laaa, nak bersalin dah buat apa balik rumah jauhh'. aku pun okayyy fineeee. tapi saya nak first class! (dalam hati jeee)



Hari sama - 2pm - suami datang bawa makanan kat wad. huuu sayu je aku tengok. sayu sayu pun dalam diam rupanya pergi angsana mall beli enset. sempat lagi kan bini nak bersalin ni. huh. tanya mana anak anak. suami jawab dah ikut alang diorang balik rumah. aku memang sedih sangat time ni. siapa nak jaga diorang nanti. sebab aku suruh suami aku tunggu jugak sampai aku bersalin. haha target memang nak suruh dia duduk dalam labor room tu tengok aku bersalin sampai habis. saja laaa nak suruh dia tengok supaya dia dapat rasa apa yang aku rasa. haha cewahhh. aku nak test gak kot dia pengsan ke kan tengok darah. huhu. time ni sakit dah urghhh sampai merekot gak badan. tapi aku boleh sembang lagi cam biasa. cuma time contraction je aku senyap habis contraction menyembang balik. suami kata ayang macam lambat lagi je bersalin. huhu sebab boleh senyum senyum lagi kan. suami lepak sampai habis waktu melawat pukul 4.30, aku kesian pulak kat suami. rasa cam lambat lagi la pulak aku suruh dia balik. nanti kalau dah masuk labor room baru aku suruh dia datang. tanya nurse biasanya 5cm baru dorang tolak LR. huhu bila nak 5cm niii. suami pun balik lah 530 tuuu. helokk suami balik pukul 645 camtu aku saja la jalan pergi kaunter nurse. hajat nak tanya bilik untuk 1st class dah siap ke (kemain nak jugak guna 1st class dengan harapan ada ekon, tapi nann hado). bilik belum siap. sambil jalan tu ada laa contraction datang. berhenti jap sambil pegang perut haha macam rasa nak jatuh terburai pulak perut ni. nurse tu tengok aku tahan sakit terus dia tanya sakit ke. aku jawab haa boleh tahan jugak. dia tanya nak check laluan tak. aku cakap boleh jugak last check tadi jam 12 tengahari. nurse tu kata okay jom check. check dah 5cm. huhu terus nurse cakap okay jom LR. suami baru sampai rumah kot aku mesej nak masuk LR dah. punya kalut dia datang hosp balik. aku cakap takyah. nanti dah 7-8cm baru datang tapi dia degil nak datang jugak. hmm skati ko la bang.



Hari sama lagiiiii - 8pm - time ni dah 6cm apekeheiii lambat benor nak buka habis niii. dah la sejuk LR aku dok. rupanya LR  no 6 ni adalah paling sejuk antara semua LR yang ada nurse tu cakap. dah slow ekon pun sejuk jugak. patut la sejuk sampai ke tulang aku rasa. huhu. time ni muka dah berubah sikit tapi aku boleh bersembang lagi dengan nurse. sebab bosan kan. nurse tanya nak pain killer tak. aku cakap takyah laa. sampai kul 10 malam doc datang tanya apehei progress lambat sangat. tanya aku memang la aku taktau. yang aku tau kalau pecahkan ketuban ni komfem cepat. macam mikail dulu 5cm pecahkan ketuba, 2 jam lepastu bersalin dah. yang ni berejam dah 6 cm nye. doc kata kenapa nak pecahkan biar je pecah sendiri. tapi aku syak selaput ketuban aku ni tebal kot tu yang dah buka 6cm pun tak pecah pecah. haha. last nya doc tu tolong pecahkan jugak sebab maleh dah nak tunggu kot. dia cubit sikit je pastu aku rasa air ketuban dah start leaking. okay time ni aku mesej encik suami kata standby la sebab doc dah pecahkan ketuban bila bila boleh full os ni. kah kah. kompiden nak full os cepat. sudahnya sampai kul 12 malam tu contraction bagai awan yang terpilu je. contraction kuat jugak tapi tak mampu membuka laluan seluas lautan lagi. aku menahan je la sakit itu bersendirian doc tak bagi suami masuk selagi belum full os. aku mampu mengadu kat nurse yang ada tu jela. huhu kesian.


9 September 2017 / 15 Syawal 0040 - aku ditinggalkan sensorang menahan contraction time ni. sampai hati nurse dah keluar tadi elok je teman. time aku nak push time tu la sorang pun takde kat bilik aku tu huhu. aku rasa dah full os ni sikit lagi nak terkeluar kepala budak ni kang aku push sensorang sapa nak sambut. haha. aku siap setting sendiri je angkat kepala letak dagu kat dada pandang perut. tangan pegang buku lali. pastu aku jerit tolonggggg! hahaha macam ape je aku jerit time ni. lantak korang sapa suruh keluar tinggal aku. lalu berlarian la dua orang nurse masuk. sorang jerit arghh puann jangan terannn. sorang lagi arghh nampak kepala dah. gila korang nak tahan camne wehh aku nak terberanak dah ni oii. kelam kabut nurse sorang tu setting apa semua. sorang lagi dah duk depan aku sambil jerit suruh panggil suami. haaa baru nak panggil ke (dalam hati)???. nurse kata okayy boleh teran. aku teran sekali nafas, popp keluar dah kepala. teran lagi popp keluar badan. eh senang nye. haha. memang senang yang ketiga ni. sekali teran je dah keluar. dalam hati dok bebel wei suami mana ni deyy aku beranak dah. haha rupanya dah keluar baby baru suami sampai. T_T. okay fine dia tak sempat tengok aku teran. kene beranak lagi nampak gayanya. hahaha. suami pun macam blur time tu. sebab first time kan. anak first tak boleh masuk. anak 2nd czer. yang ketiga ni pulak tak sempat tengok. haha kesian suami. atau mungkin dia blur sebab tengok darah? atau tengok aku yang macam mak lampir? haha entah la. yang penting kami dua bersyukur semua selamat. alhamdulillahhhh. lahir muka lebam dah baby sebab lama sangat stuck kat laluan. sabor la nak time lahir je gelap lebam sikit. dah 5 bulan ni dia pulak paling putih antara semua. mama is jeles. btw nasib baik nurse tak sempat gunting aku dah sesiap teran. koyak sikit je dua jarum. huuu legaaaa.




Okay 3rd baby ni nama dia NOAH BIN MUHAMAD NAKHAIE. yee noah sahaja. panggil noah! bukan noah je noah je. kenapa noah sahaja? haa sebab ayah dia tak larat nak tulis nama panjang panjang. serik dah isi borang buka buku akaun tabung haji kene tulis nama panjang. so kali ni nama pendek je. senang jimat dakwat pen. jimat nama. anak ramai lagi nak pakai nama tau. hahaha. gituuu. welcome to the world baby Noah. selamat berjumpa mama, ayah, abang mikail dan kakak hasya. membesar dengan sihat okayy. dah habis cerita bersalin Noah. sila tunggu apdet tahun depan pulak, haha setahun sekali pun boleh kan? harapnya bukan cerita bersalin lagi. T_T. hahahah. okay belanja gambar baby.

.
.
.
.



ni paling fresh from oven. tu muka lebam lagi sebab lama stuck kat laluan. haha. 

.
.



dalam ward. pandai senyum dah. bau best lagi time ni. hilang sakit mama tau dik.

.
.



anak anak ku yang ketiduran menunggu mama bersalin. dorang mesti heran mana mana ni. hukhuk

.
.
.


dah keluar wad. masuk balikkkkk. jaundice tu normal ketiga anak semua masuk wad. sebab full bf kan. time ni semua suggest itu ini. tapi paling berkesan tetap bf bf bf dan terus bf. alhamdulillah. satu malam je. hihi

.
.
.



dah balik yeyyyy. sambung pantang kat rumah. eh baju time bersalin? mama memang suka rotate baju sama.

.
.
.

alhamdulillahhh. tiga dah anak dari rahim mama.

.
.
.



no 1 and 2 potostat. no 3 belum tahu lagi. macam lain jee. mesin potostat lupa servis kot. hahaha

.
.
.


haa berjaya tak mesin potostat mama. huhu belum nampak lgi keberjayaan itu..


.
.
.


nasib baik tak lebam sampai besar. 5 mo. dah putih tauuu. putih dari mama. haha mama minum jamu adik yang putih kannn.

.
.
.
.



Noah Bin Muhamad Nakhaie. 09/07/17. 0045hrs. 3.1kg. 45cm. HRPB Ipoh.





Alhamdulillah tamat cerita beranak anak ketiga mama. semoga menjadi rujukan mama di kemudian hari. haha kemain. ok baiiii. assalamualaikum.....