Tuesday, July 30, 2013

imma momma!


salam-alaik. salam ramadhan ke-21. salam satu malaysia.


blog dah berhabuk bersawang? standard bagi seorang suri rumah sepenuh masa macam aku. busy menyiapkan tugas hakiki seorang isteri yang rajin dan berwibawa. selain daripada tu? ahh banyak lah jugak termasuk memikirkan persiapan untuk kelahiran baby sulung ni. nak memikirkan tu pun dah makan masa tau jangan main-main sangat. since 2-3 bulan dah survey memacam. maklumlah eksaited kan anak first..


ahh hampir terlupa nak cerita, tetiba  je dah bukak pasal baby kan express sangat uols. alhamdulillah rezeki dari Allah SWT walaupun merancang taknak baby waktu awal-awal kahwin, tak sampai 2 bulan dah tukar rancangan nak baby pulak. haha gituuwww. terus terminate plan memula bertukar kepada plan kedua. dan alhamdulillah, danggggg! ambik kau terus pregnant iols....hehe



sekarang dah masuk 30weeks pun, gemuruh jiwa semangat membara sangat rasanya. lagi berapa minggu je nak deliver. hopefully sangat semua nya dipermudahkan. typical gila ayat kan. macam biasa lepas week 28 siapa yang check up mesti tau kene buat baby movement counting. cukup 10 kali, tanda, esok 10 kali tanda, boring betul. tapi aku berapa hari dah tak tanda, malas punya pasal sebab rasanya belum cukup 5 jam dah lebih 10x dia gerak. advance betul budak ni senang aku punya kerja....lalala



jadinya, kalau nanti nak dekat deliver atau lepas ni tak sempat nak update apa apa, aku nak mintak maaf la awal awal kat sesapa yang baca ni. doakan la semuanya selamat ye. aku tau selama ni aku banyak sangat dosa kat orang, banyak mengutuk orang, banyak buat orang sakit hati even family sendiri. makanya, aku mintak ampun sangat sangat. mana lah tahu mungkin masa aku dah sampai nanti. sobs sobs. lagipun nak raya kan standard la meminta maaf. gittuuuw.



*perut cramped. arghhhh!!!*




okay dah tak cramped. sambung taip. doakan aku kuat ye, so far baru sehari je tinggal puasa. tak pernah pernah sehari je tinggal kauuuu! kali ni je mampu hokkayy! 



okay itu sahaja buat sesiapa yang rindu nak baca atau stalk belog aku. short update sahaja maaf ye. lastly, selamat berpuasa. selamat maju jaya. dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. maaf zahir dan batin. :)




Salam-alaik.