Wednesday, September 23, 2015

Assalamualaikum.....


33w ++ tiktoktiktok. Sekarang aku dah meniti hari-hari nak dekat bersalin dah. Badan mula rasa macam tong dram bergerak. Perut pun dah semakin menutup laluan perjalanan aku. Haha. Nak potong kuku kaki pun dah tak boleh. Cepatnya masa berlalu aku nak dapat anak kedua pun. Umur baru masuk 27 tahun. Tapi alhamdulillah tercapai la target aku nak ada anak sebelum umur 30. Tapi tak pernah pulak aku target nak dua. Hehe. Cuma target nak anak semampunya sahaja. Kalau boleh after umur 35 memang taknak beranak dah. Nak tutup kilang dan buat kerja lain.


Sekarang ada anak sorang. Nak masuk dua orang bulan 11 nanti. Matlamat tercapai!


Bercakap pasal target. So far apa yang aku target sebelum umur 30, 80% dah tercapai alhamdulillah. Antaranya nak kahwin, ini time umur 24 dah tercapai pun, hekhek, jodoh punya pasal time belajar pun aku boleh kahwin dan mengandung. Rezeki jangan ditolak ye dak?



Then, nak kerja. Ini semua angan-angan je dulu. Aku penah cakap dengan roomate aku time politeknik dulu, aku memang nak sangat jadi pengajar atau lecture politeknik atau kolej komuniti atau ikbn atau ilp atau mana-mana institut yang orang kata ada student teknikal/kemahiran ni. Sebab time aku belajar tu, aku seronok tengok lecture aku. Macam senang je kerjanya. Kelas asyik batal je. Haha okay ni tipu. Mana ada asyik batal. Hehe. Jadi aku berazam untuk jadi tenaga pengajar institut-institut yang macam tu. Lagipun aku tau macam mana skills student kemahiran ni, walaupun teori tak hebat mana tapi kalau bab teknikal support atau mesin, bagi la kat diorang mesti boleh handle. Lagipun aku sendiri tak suka nak mengajar benda yang dari buku semata. Usah kata student boleh mengantuk, aku yang mengajar ni pun boleh mengantuk. Haha. Alhamdulillah, sekarang aku salah seorang pengajar dekat IKBN. Satu lagi impian aku dah tercapai setakat ni. Memang tak pernah sangka aku akan jadi seorang pendidik. Hewhew.


Geng Politeknik. Semua dah kahwin, dah ada anak, sorang lagi tu je masih menunggu. hewhew. dulu belajar main-main. nasib baik semua berjaya sekarang. termasuklah aku. hahaha



Seterusnya, target untuk mendapat kenderaan sendiri. Walaupun sekarang aku duk pakai kereta husband dan buat macam kereta sendiri. Aku belum puas selagi nama kenderaan tu bukan nama aku sendiri. Haha. Sebenarnya dulu time belajar (biasa la time belajar je pun nak berangan lebih-lebih) aku bercita-cita nak pakai kereta Honda (kemain). Maklumlah student Engineering mana-mana pun kalau ko tanya mesti dia nak pakai Honda punya! aku pun taktau la kenapa. Tapi takde la semua pun, kebanyakannya laaaa. Engineering dengan Honda macam berpisah tiada. Tapi itu cita-cita kalau aku jadi Engineer la kot! Jadi pengajar kat IKBN sekarang nak pakai Honda memang aku takmau la. Lagipun sebab dah berkeluarga and ada anak, jadi aku rasa rugi pulak nak pakai Honda. Baik duit tiap bulan bayar Honda tu aku beli benda lain yang lebih berfaedah. Boleh juga aku tolong suami aku bayar insuran and masuk tabung haji. Jadi aku ambil keputusan untuk beli sebiji Axia sahaja yang aku boleh pakai ke IKBN hari-hari. Hehe Axia pun comel sangat jadi aku terima jela seketul. Mengikut perjanjian, itulah hadiah dapat anak kedua dari suami aku. Hehe. Walaupun bulanan potong payslip aku, tapi suami bayar downpayment dan dia akan cash rebate kat aku tiap bulan (pun boleh). Jadi secara kesimpulannya, aku cuma dapat nama je laaa. Umpama lembu punya susu sapi dapat nama. Gituw. Mekasih encik suami sebab susah-susah je bagi hadiah dapat anak kedua ni. Kata anak nak 5 kan, jadi standby la hadiah lagi 3 okay. Haha. Axia takda gambar lagi sebab belum dapat. Bulan 11 baru dapat. No stock katanya. 



Next. Nak pergi haji. Siapa yang taknak kan. Semua orang Islam aku rasa memang ada pasang angan-angan nak pergi haji. Sama la dengan aku. So far pencapaian untuk pergi haji, aku dah berjaya daftar haji! yeyyy! aku dan suami dah buka akaun haji dan daftar haji dengan bayaran seorang RM1300. Aku dengar sekarang boleh guna duit kwsp juga untuk daftar. Untuk pengetahuan (untuk yg taktau), daftar haji dengan buka akaun haji lain ye. Boleh google untuk info. Nak dijadikan cerita, haji aku ialah pada tahun 2055!! hamik kooooo. Tapi ini jangkaan je la kan. Mungkin akan lebih awal. Depends pada kuota dan bajet. Kalau aku banyak duit, aku ingat nak bayar je full 10k pastu tahun depan bawa mak pergi haji. Sebab mak panggilan tahun depan, tapi takda siapa nak tolong bawakan. Sobss sobbss. Kesian mak. Kalaulah ada abah kan senang. Doakan laa umur mak aku panjang, dan aku pun ada rezeki lebih, aku nak sangat bawa mak pergi Mekah. Kalau boleh biarlah aku anak dia yang jaga dia kat sana, bukan orang lain. Permudahkan segalanya Ya Allahhhh. Aminnnn.



Dan matlamat aku yang terakhir (so far) sebelum umur 30 ialah untuk memiliki hartanah sendiri. Alhamdulillah sekarang aku dah ada tanah lot dan rumah sendiri. Nama aku sendiri. Yeyy! Walaupun tanah 2nd hand je, dan aku tak duduk situ. Tapi aku rasakan itu adalah pencapaian yang terbaik setakat ni dalam hidup aku. Ingat senang ke nak dapat tanah and rumah lot. Lot aku taklah sebesar korang. Aku hanya mampu beli tanah berkeluasan 50x90, rumah taktau berapa kaki. Yang penting sekarang orang menyewa tu aku buat rolling untuk bayar loan. Camtu je lah cara nak dapatkan hartanah sekarang. Nak beli cash tak mampu. Loan boleh la. Itupun sebab rezeki aku kerja gomen. Kalau tak, nganga jugak la entah umur aku 40 pun belum tentu ada tanah sendiri. InsyaAllah kalau ada rezeki duduk Ipoh memang aku nak renovate rumah tu dan duduk situ. Siapa taknak kan duduk rumah sendiri. Boleh deco sesuka hati. Rumah yang aku sewa sekarang nak gantung gambar pun macam malas. Sebab takda feel macam rumah sendiri tu. Haha



Jadi, ini lah matlamat ataupun target aku (yang aku ingat) sebelum aku masuk 3 series. Alhamdulillah hidup bersuami dan berkeluarga tu memang betul penarik rezeki. Nasihat aku, yang mana asyik merungut takda duit atau takda rezeki, hidup tak cemerlang, bawak-bawak lah kahwin. InsyaAllah rezeki Allah tu terbentang luas lagi-lagi pada mereka yang mengamalkan suruhan dan menjauhi larangan. Kahwin itu juga sunnah. Jadi, kahwinlah anda! Jangan dengar kata orang yang bagi nasihat suruh cari duit dulu ke, kumpul harta dulu ke. Itu semua nasihat paling poyo yang aku pernah dengar. Hak Hak. 


Gambar tempek. Suami aku sebagai perunding kewangan. Dan aku adalah client pertama yg dia assist untuk uruskan kewangan.




**Post ini jugak tribute untuk suami aku. Yang selama ni tolong aku uruskan kewangan aku. Sampai aku mampu untuk dapat aset dan hartanah sendiri. Tak pernah terfikir pun dengan pencapaian hidup setakat ni. Haha. Alhamdulillah semua dengan izin-Nya.



Jumpa lagi. Assalamualaikum......




No comments: