Monday, November 9, 2015

Pengalaman bersalin czer anak kedua

Assalamualaikum......


Hari ni 9hb September 2015. Sepatutnya hari ni ialah tarikh estimate due date untuk anak kedua aku. Sepatutnya la kan. Aku start ambil cuti bersalin 1hb Sept, which is kira-kira dalam 39w++. Tapi nak dijadikan cerita. Aku pernah story dulu yang baby aku ni breech start 28w camtu. Setiap kali scan, memang kepala dia tak pernah pun turun, sepanjang masa duk kat situ. Takyah nak scan pun aku dapat rasa jugak kepala dia kat atas. So, secara mentally nya aku memang dah start untuk terima kalau aku czer. Hewhew. 

Bukannya aku tak try usaha memusingkan baby itu. Macam-macam dah aku buat, guna torchlight, sujud lama, tido dalam keadaan sujud pun aku pernah sampai lenguh la pinggang aku. Dan kalau dalam solat pun aku akan sujud lama-lama pastu aku doa tiap kali abis solat supaya baby aku pusing. Tapi, aku doa jugak supaya semua nya dipermudahkan tak kisah la aku normal ke czer ke janji baby selamat keluar. Aku pasrah je kalau baby tu taknak pusing dan redha perut ku ditoreh. Awww. Lebih kurang 30w camtu aku dah mula resah sikit sebab macam takda progress langsung, kepala baby still duk atas. Jadi aku start google and youtube pasal breech ni. Termasuklah prosedur ecv untuk pusingkan baby dan juga normal delivery untuk breech. Aku google jugak nama-nama doc yg boleh handle normal delivery untuk kes breech. Aku nakkkkk sangat normal. Sebab bila dengar macam-macam cerita tak sedap pasal czer, aku rasa down gila kot. Dah la aku siap beli dah set pantang amway, kalau normal delivery boleh la guna semua. Tapi kalau czer ada sesetengah barang je boleh guna. Sobs sobs. Baru fefeeling nak pantang dengan penuh disiplin. 

So, kisahnya kepala baby tu tetap laaa cenggitu sampai la aku dah masuk 37w. Haha nampak macam dah takda can aku nak normal. Terlampau lama dah bagi peluang untuk baby tu pusing tapi dia tetap dengan pilihan dia takmau pusing! Fine baby fine! 21hb Sept aku appt kat kk pokok sena time tu doc pun dah resah sebab baby still breech. Then doc tu buat surat untuk refer hospital, tapi aku minta nak pergi hospital taiping. Time ni aku memang tak expect langsung aku nak bersalin dalam masa terdekat ni. Aku siap minta doc buat appt next week tu sebab aku start cuti minggu yang satu lagi. Haha. Doc suruh aku balik petang 21hb tu jugak ke taiping. Tapi aku taknak sebab keje belum siap lagi and aku tak handover keje pada orang lagi. Haha gigih sangat! So doc bagi mc 22hb untuk aku balik ke taiping. Ok lah pada aku cenggituuu. 

22hb tu aku sampai je parit buntar terus pegi kk situ. Sampai tengahari pastu nurse cakap boleh balik sebab dorang akan call hospital taiping buat appt hari jumaat 23hb. Aku pun macam ok fine. Tapi, pukul 2 camtu kk parit buntar call suruh aku siap pergi hospital taiping, bawak semua kelengkapan bersalin sekali sebab mungkin aku kene admit petang tu. Pftttttt! Depa ni gila buat aku macam taiping tu dekat je kan. So kelam kabut la aku gerak pegi hospital taiping sebab klinik o&g tutup jam 4.30ptg. Suami bawak macam aku nak bersalin dah time tu. Haha lawak betul padahal takda apa pun. Sampai hospital doc scan, bla bla bla. Doc decide tak boleh buat ecv sebab ketuban aku kurang. Pastu ade ke patut dia suruh aku admit petang tu jugak. Pastu dia cakap tarikh czer 24hb which is sabtu tu! Wahahaha. Aku pun taktau nak jawab camne time tu. Tapi aku berkeras takmau admit lagi sebab aku belum bersedia. Haha boleh kan camtu? Doc bagi balik juga tapi kene admit pagi esok (jumaat). Aku kata ok doc!! 

Esoknya aku admit kat hospital taiping jam 3ptg. Haha janji pagi tapi sebab aku nak makan tengahari kat rumah lagi so aku lengahkan la sampai ke petang. Tu pun kalau idak aku nak pegi malam tapi sebab hospital dah call tanya kat mana, so aku lupakan la niat jahat aku tu. Macam biasa dah admit dorang cek hb, urine, bla bla bla. Yang tak tahan tu siap cek laluan lagi. Sebab aku dah start rasa mild contraction. Tapi result ok la, sebab bukak 1cm je. So, proceed dengan elective czer pagi sabtu tu. Aku orang kedua yang akan di belah. Pagi tu aku bangun solat subuh and mandi awal jam 6.30 camtu. Solat duduk atas katil je sebab misi tak bagi pergi surau and tak bagi solat kat lantai sebab takut tak bersih. So hanya dibenarkan solat atas katil. Aku kene puasa start 2 pagi. Tapi sebab nebes aku jadi tak lalu makan. Last aku makan jam 10 malam itu pun biskut je. Petang tu pun makan nasi tak banyak. Jam 9 pagi camtu nurse datang suruh tukar baju and siapkan baju baby. Nurse datang bawak stretcher (betul ke ni?) pastu bagi aku minum entah amende, untuk elak muntah. Haha time ni aku senyap je. Macam takda perasaan dah. Nurse suruh call suami and cakap nak masuk ot dah. Aku mesej kaie sekali dia kata kat rumah abg ipar aku lagi. Aku cakap nak masuk ot dah dia terkejut. Kalau dia terkejut aku lagi terkejut. Laju betul yang orang pertama tu siap! Haha bajet tengahari baru turn aku. So

Dua orang nurse tolak aku pegi ot, punyalah jauh berpeluh-peluh aku sebab kene selimut berlapis-lapis. Sampai ot, kene tunggu kat luar tu dulu. Lepas confirm nama,ic and lain-lain, aku tertido lebih kurang 15 minit camtu. Haha kata nebes tapi siap tertido lagi tunggu nak masuk ot. Kul 10 camtu barulah aku ditolak masuk. Sejuk nye kemainnn. Nasib baik selimut tebal. Aku kene drip dua-dua belah tangan. Lepastu kene pakai oksigen. Doc bius perkenalkan diri, pastu aku kene bius. Tayah cerita la kot mesti orang tahu camna prosedur epidural tu. Jam 1020 camtu baru lah start belah membelah. Sebelum belah tu doc detect jantung aku laju, mungkin sebab nebes. Doc tu cakap jangan risau insyallah takda apa, banyakkan selawat. Lepastu aku tanya, boleh tak aku tidur sebab mengantuk gila hahaha. Nurse kata tidur jela nanti baby dah keluar kami kejut. 10 minit camtu aku terlelap aku rasa perut aku ringan je. Tak rasa berat dah. Rupanya baby dah keluar yeyyyy! Senang nya bersalin! Hahah. Nurse datang bawak baby and tunjuk jantina. Aku cakap yeyyyy girll! Pastu nurse gelak. Nurse tanya anak sulung boy ke girl. Aku jawab boy. Dia kata alhamdulillah sepasang dah. Pastu aku pun berjurai la airmata gembira. Haha. Terharu sangat. Sementara nurse bersihkan baby aku dengar dia menangis ya ampunnn. Kuat macam abang dia jugak. 


Waktu sesi jahit menjahit, aku dengar doc dua orang tu bersembang. Yang ketua ni (dr norlia) duk bagi penerangan kat doc sorang lagi ni (dr azalea) dr pelatih mungkin. "Tarik yang itu", "ketatkan yang ini". "Ni nak masuk mana?" "Salah tu salah!" Perghh aku jadi bahan latihan rupanya. Entah entah bapa kali test dah perut aku kene jahit. Lama jugak dorang berdua tu siapkan aku. Nasib baik la aku tak boleh tengok pastu tak boleh rasa. Haha. Dalam jam 1115 camtu aku ditolak keluar pergi kat rehab room. Kene pantau sekejap. Sepanjang operation sampai la ke rehab ni aku dibekalkan dengan satu hose heater. Takda la rasa sejuk sangat. So far aku rasa selesa sangat czer kat situ. Taktahu la kalau tempat lain. Keluar je rehab room, aku kene tolak pergi wad, nampak dah kaie aku senyum je. Sembang jap otw tu. Tanya dah tengok ke baby. Tanya mika camna. Sembang macam takda apa. Rasa lega je semua selamat. Alhamdulillah. 

Time tu dah waktu melawat tengahari so kaie stay sampai habis waktu melawat. Time ni baby dah dihantar kat aku. Tapi dia tido je kacau camna pun tak jaga. Kaie tanya sakit ke. Aku kata takda rasa apa lagi. Bius tak hilang lagi. Pain killer pun doc cakap bertahan 12-24 jam. So boleh la buat muka macam takda apa. Aku tak dibenarkan gerak selama 24 jam. Minum pun lepas jam 5 petang baru boleh. Itu pun by step. Mula air putih je. Kalau tak muntah baru boleh minum air bersusu. Kalau tak muntah lagi baru boleh makan benda ringan. Then kalau tak muntah jugak baru boleh makan nasi. Tapi tau la bila dah terbaring flat, camne nak makan kan. Aku just minum air putih dengan horlick je. Malam tu baru la aku dibenarkan tegakkan katil sikit. Sebab takut pening lalat lagi. Semua nya nurse tolong. Sampaikan nak cas enpon pun aku panggil nurse tolong. Haha baik betul dorang. 

Aku discharged hari selasa (day 4) alhamdulillah. Plaster luka pun dorang dah cabut. Aku dah boleh mandi macam biasa dah setelah 4 hari membusuk masam atas katil. Haha. So far apa yang aku dapat bezakan antara czer dan normal. Dua-dua sama sakit sama perit. Cuma yang normal sakit nya Ya Allah rasa nak tercabut nyawa dari badan dan kita takda pilihan. Yang czer pulak sakit nya kita boleh tahan contoh macam bila nak bangun first time tu memang sakit sangat tapi bila rasa sakit kita boleh bangun sikit sikit. So sakit tu kita boleh hold sikit sikit. Ko paham tak aku cerita camne. Cenggitu la lebih kurang. Peritnya czer time nak bangun, nak berjalan, nak batuk and bersin, nak mengiring tapi time baby nak keluar takda rasa apa. Tapi sakit tu beberapa hari je. Lepas hari ke-7 aku dah jalan macam orang tak pantang. Haha. 

Pengalaman yang sangat bermakna pada aku. Dua-dua aku pernah rasa normal and czer. Tapi secara jujurnya aku lagi suka czer hahahahha. Mungkin ramai yang kecam sebab akan kata tak sayang ke perut and rahim kene belah. Memang la sayang. Tapi aku tak ada pilihan lain time tu. Cuma lepas ni kalau diberi pilihan aku nak czer lagi lah. Hahaha. Tapi nak czer kat hospital taiping jugak sebab situ nurse and doc baik-baik. Ok lah. Panjang dah aku taip. Siapa yang berjaya habiskan cerita aku ni memang betul-betul peminat setia aku. Cewahhh. Just nak share pengalaman bersalin secara czer. Kot la ada yang tanya nanti kan. Nah aku belanja gambar baby yang fresh dari oven. 



Baby girl yang lahir time 37w 5d. Berat 2.6k. Tinggi 45cm. 



Kami namakan Hasya Sofia Binti Muhamad Nakhaie. "Kesempurnaan dan menawan". Semoga adik menjadi anak yang taat kepada perintah Allah swt dan jugak mama and ayah. Jadi insan yang berguna di dunia dan akhirat. We love you adik. Ummwhhhaaahhh!!! 



Bye. Assalamualaikummm. 

No comments: