Wednesday, December 12, 2018

KAIEHUDA Mansion - Part 1

Hai semua. Assalamualaikum.



so kali ni nak start buat post pasal rumah. walaupun duration nak dapatkan rumah ni sejak awal 2018 lagi, tapi tak konfiden lagi nak buat post yela sebab selagi loan tak lepas, kunci tak dapat, rasa macam tak secure lagi rumah tu dapat ke idak. haha. selagi tak dapat lepas loan, selagi tula tak official beli rumah. tapi alhamdulillah loan dah lepas awal tahun 2018 hari tu tak ingat bulan berapa pergi sain SnP. semua nya dipermudahkan. mungkin dah tertulis rezeki kitorang nak dapat rumah tu kan. btw rumah yang dibeli ni ialah jenis teres 2 tingkat. kerana status rakyat marhaen yang masih berkhidmat dibawah kerajaan persekutuan, gred pun sekadar perlaksana/sokongan sahaja, jadi mengikut tangga gaji aku, aku hanya mampu membeli rumah yang beharga maksimum RM340,000 sahaja mengikut perkiraan LPPSA. sebab aku buat loan dengan dorang kan. so kita ikut jela requirement yang dah disenaraikan. ahaks. tapi aku dikira bernasib baik jugak la, sebab rumah yang aku beli ni projek PPA1M, rumah penjawat awam. yelah kiranya penjawat awam jelah boleh beli. gituu. lagipun kat tempat aku ni hanya satu projek tu je PPA1M. dah la satu tu je ade, yang dibangunkan pun 28 unit rumah je. jadi kebarangkalian nak dapat tu alahai memang la betul betul yang ditentukan oleh Allah SWT yang boleh dapat. haha. sebab apa, aku ada tanya pemaju tu jugak, ramai ke apply, dia kata ramai, lebih 100 orang jugak, ko bayangkan unit yang offer ada la dalam 1/4 je dari orang yang apply. pastu nak dapat tu pulak dari undian. aku taktau la sapa yang undi tu, terima kasih lah sebab pilih nama aku. haha






pelan asal rumah, corner lot dengan intermediate. macam biasa la aku mestila pilih bukan corner lot. haha





asalnya aku nak beli rumah PR1MA, dah cukup dah dokumen ape semua tinggal nak submit apply loan je. tetiba Allah gerakkan hati aku nak buka website PPA1M sebab aku ada nampak iklan untuk PPA1M area Parit Buntar/Bagan Serai. so macam cari la area tempat aku ni takde ke kan. sekali buka laman web tu ade pulakkkk. laju la aku isi. sebab apa aku lagi prefer PPA1M berbanding PR1MA. first sekali mestilah sebab lagi murah. PR1MA starting price 278++k, itu pun unit bumi lot, yang dah habis sejak pelancaran projek tu, yang tinggal 300k keatas je. memang la loan aku boleh lepas, LPPSA pun kata lepas, tapi aku mungkin tercirit rotavirus tiap bulan nak membayor nye ye gais. manakala untuk rumah PPA1M harga dia jauh lebih murah starting price 238++k je. jauh ye gais perbezaan nye. sekali lagi diingatkan aku ni hanyalah rakyat marhaen. jadi aku perlu sedar diri dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. apooo perumpamaan aku pakai ni. k bai lupakan. selain harga murah, tanah dia pun lagi luas menyebabkan aku tanpa fikir panjang terus forward dengan PPA1M saja la. yang PR1MA tu takpa lah aku let it go kepada yang lebih layak dan memerlukan. keluasan lebar sama je dua dua, 20kaki. tapi panjang dia sangat beza. PR1MA 65ft je, kalau PPA1M 75ft. beza jauh okay boleh jugak tanam pokok kelapak kat tanah lebih itu. jadi kita teruskan dengan PPA1M. 




mama ada anak anak sebagai harta mama. mama beli rumah untuk jadi harta anak anak pulak ye.





seterusnya macam biasa lah kita apply loan LPPSA sebab aku beli 1st house dengan loan LPPSA. dan approved! yassss. nasib baik pemaju okay sangat. cuma perlu bayar 2% untuk lawyer fees dari keseluruhan harga rumah. entah la tak berapa ingat dah. tapi untuk starting aku just kene bayar 5k gitu je. yang balance masuk dalam loan. begitulah lebih kurang. yang paling takleh belah bayar depo 1k untuk confirm rasanya tahun lepas, balance 4k lepas loan approved, loan approve awal tahun kalau tak silap, aku sain SnP sepatutnya bayar the rest 4k. tapi aku minta tempoh beberapa minggu. tapi beberapa minggu membawak ke beberapa bulan. kah. bulan 10 hari tu baru aku pergi bayar balance 4k tu. nasib baik dorang tak lelong rumah aku. haha. bagus punya pemaju. dia call pun tidak. aku pun buat nohei je laa. nasib baik la, lawyer masih ada dokumen aku buatnye dia bakar dah. haha nangis. so next step ialah. kita tunggu jela kunci dapat ye. ikut perancangan dia kata bulan 12 ni atau bulan 1 paling lambat. takpa la kita tunggu. rumah dah siap, jalan dah turap. mungkin kelulusan bomba yang tak setel lagi. takpa. kita tunggu ye. haaa gitu.






kekadang ada masa memang pergi tengok rumah bawa anak anak. sebab dekat je. yang dorang pun tak sabar nak duduk. asyik tanya nak pergi tengok rumah mama ke. nak duduk bilik sendiri. amboi ingat pindah rumah tu semudah makan abc ke anak anak ku. 




so geng penjawat awam boleh try nasib dekat laman web PPA1M ye. cuba la mana tau dapat rumah jugak. okay setakat tu saja la cerita rumah pertamaku. jadi dengan ini aku namakan rumah kami itu KAIEHUDA Mansion. alaaa kasi la aku can gais. jangan mengata please. aku nak juga ada nama untuk rumah sendiri. walaupun bukan mansion yang sebenar, tapi tetap macam 'mansion' untuk aku dan keluarga. hihi. okay till the next entry ye. 


byeee. salam-alaik. 



No comments: