Tuesday, December 11, 2018

KOMER RUN - RUN FOR DOWN SINDROME 2018

Salam. hai semuaaaa.



rajinnya huda apdet hari ni sampai dua post dia buat kan kemain dia tu. so sebelum hilang ingatan baik aku apdet sesiap. post ni ialah pasal aku join komer run pada 02 dec lepas dengan encik suami ku. ini adalah run yang kedua aku sign up untuk tahun 2018 ni. run yang pertama sepatutnya aku join 28 oct hari tu tapi sebab tetiba nak buat family day dekat pangkor, so aku amik tshirt je time tu, hukhuk lesap rm40 cenggitu je. tapi dengan kecekalan dan keazaman, aku join komer run pulak. haha yang ni ialah Fun Run yang organised by Komer Run dengan kerjasama Persatuan Sindrome Down  Perak (PSDP). aku daftar hari tu early bird rm42 je termasuk tax untuk sorang, dapat tshirt, bip, air dan medal. and medal dia adalah sangat cantik okay. persatuan ni sebenarnya akak aku yang member so dia ajak la aku join lari ni untuk mengimarahkan majlis. aku pun join la dengan harapan dapat loss beberapa kilo, walaupun pada hakikatnya nanhado lemak kau dah jadi lemak tepu, lari gitu je takmau kene buat lipo suction gak baru kau kurus huda. kahhh.




aku join yang 5km fun run. maknanya boleh lah lari dengan fun fun, hahaha gitu. fun fun pun aku tetap rasa nak pitam, yelah selama beberapa tahun ni duduk kerja dalam ekon je, last aku beraktivitas ialah pada bulan 9 yang lalu panjat bukit larut, lepas tu ada la sikit sikit join netball ngan vb itu pun sekadar peluh dipinggiran sahaja. kah. sekali join run tak berhenti lari 5km, mau tak macam nak pitam. tapi memandangkan tengah lari dengan suami, aku mana boleh kalah dengan suami aku ni. aku tengok dia boleh steady lagi jadi aku rasa tercabar sangat so setakat 5km tu boleh laaa lari dan jalan sambil berlari (apoooo) tanpa berhenti sampai ke penghujung. lagipun time tu anak anak aku semua tinggal dengan opah ngan ateh ngan kak nadia dia kat garisan penamat, aku macam terbayang noah tengah nangis cari aku, hasya tengah nanges nak susu, aku terbayang tu semua. lalu ianya menaikkan semangat aku untuk terus ke garisan penamat dengan cepat.



hasil nya aku berjaya habiskan dengan catatan masa 45 minit lebih kurang. haha okay la tu pencapaian yang baik untuk beginner taraf lemau macam aku ni kan. time sampai tu ya Allah aku mengucapkan syukur macam baru lepas lari selama 47 jam rasanya. point yang terakhir rasanya macam point hidup dan mati aku. haha over kan. sampai garisan penamat aku siap melambai pada anak anak dengan gaya yang penuh bangga mama berjaya habiskan ujian ini anak anak kuuuu. mama berjayaaaa! gituuu. nasib baik tak tumbang tengah jalan, ataupun kat garisan penamat. kalau tak malu lah mama. mana boleh tumbang gais, selama 25 tahun kau bersukan macam macam takkan baru lima tahun beranak ranak dah pancit macam 10 tahun tak bersukan. kenot gitu hudaaa. yu ken duitttt. 




so terimalah beberapa keping gambar foto kemenangan mama dan ayah. menang melawan diri sendiri. hahaha.





so bilakah next run kita sayang. patut ke kita cuba yang 15km pulak. hahaha you wish!





kesian anak anak ku. dengan tak mandi nya, setia menanti mama di garisan penamat. mama buat ini semua demi korang tau tak. tiberrrrr.






next time mama bawak kakak pulak run sekali eh. kalau penat kita suruh ayah dukung. haha







tahniah organizer komer run, dan tahniah PSDP juga dapat kutipan charity yang memberansangkan daripada run ni. next time boleh buat lagi ye saya laa runner yang akan daftar early bird. tapi harap lepas ni ada kategori fun run untuk mak mak. 2km ke 3km. beverages setiap 100m. haha kemain nak run ke nak melenggang shopping.


till next post ye gaisss.
bye. salam-alaik.

No comments: