Tuesday, December 11, 2018

Breastfeeding story - Noah

Hai semua. Assalamualaikum.


Alhamdulillah bila nak cerita pasal breastfeeding journey, sekarang ialah the third time aku melaluinya. fasa ini ialah fasa dimana badan aku mengembang bagaikan juara. makan apa je ko nak makan walaupun ko sedar itu hanya alasan. konon orang kata bf baby boleh kurus but aku tak sure kenapa ianya not applicable on me. untuk aku, bf anak buat aku punya selera makan nauzubillahiminzalik. nak mengunyah je kerja. lepas makan banyak mesti akan rasa menyesal and pasang niat esok nak start diet but then esoknya ko lupa pasal niat semalam itu. haha. sangat ngeri. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tiap kali bf kan anak lagi lagi bila direct, aku akan rasa sangat bahagia and bonding dengan anak tu sangat kuat. sebab tu la anak anak aku semua nya jenis taknak kat orang. mahu melekat dengan mama nya sahaja. ramai orang selalu macam tak puas hati semua kata konon nya aku sentiasa pegang anak taknak letak taknak bagi orang thats why anak aku takmau kat orang. nak buat macam mana kan. bf baby gitu la. penenang nya hanya pada mama. power of hand tu. menangis macam kene pukul dengan orang tapi bila cecah je tangan mama nya automatik dia akan senyap. haha tiga tiga anak aku waktu baby semua macam tu. dah 3 tahun macam tu baru dorang akan okay. tapi kesannya bila dah besar, anak anak sangat senang nak control (kecuali the only girl tu, mungkin sebab dia fully bf setahun camtu je). mikail sebab dia bf setahun 8 bulan camtu, dia sangat lembut. dengar kata mama. even mama garang macam singa pun, dia tetap mama is everything. huhu



noah 6 months



sapa je taknak susukan anak kan? aku percaya semua mak nak bagi susu dia sendiri kat anak. nak besarkan anak dengan titisan air susu sendiri. susu aku tak banyak mana pun. cukup cukup je untuk anak. nak berlebih memang jarang. tiap hari kalau kerja, memang dapat cukup cukup. huhu. tapi aku tak stressed out pun pasal ni. sebab tengok anak aku tak cranky kat rumah bs, elok saja pengasuh dia cakap. paling senang nak handle noah. yang payah sikit anak dara sorang tu je. hihi.



sebenarnya bf journey ni aku dah start karang awal tahun 2018, dah kenapa nak masuk 2019 ni baru berjaya sambung perenggan ketiga. aku pun dah lupa apa yang aku nak cerita dekat post ni. haha. kekadang rasa nak blogging kekadang rasa malas. kekadang dah taip, lepas tu simpan kat draft. kenapa huda.







aku akan merindui semua ni lepas habis bf noah. haha




sekarang noah dah masuk 1y5m masih bf alhamdulillah. cuma dah start campur fm, hukhuk. sebab aku dah start selalu tinggal dia, semakin selalu tak pam, production kurang, hormon kurang, malas lebih. ouch! nasib baik noah jenis okay je susu mama ke fm ke semua dia balun. kalau dengan mama and hari cuti memang dia fully bf, kat rumah pengasuh je fm. its okay kan mother. kita dah buat yang terbaik untuk anak. fully bf till 17months adalah satu kejayaan besar buat mama. aku sangat proud dengan diri aku. and korang pun patut rasa yang sama, patut rasa berbangga setakat mana korang usaha. kita dah buat yang terbaik untuk anak kita. rilek ye kawan kawan. takda mak yang takmau terbaik untuk anak.





noah and mama paling latest. mama naik jerawat yang entah dari mana datang nya. noah maintain flawless. mama jeles k bai.




so my bf journey will be cont cuma bukan dengan keadaan fully bf. dia dah jadi mixed baby. haha. tapi heran aku. bila dah mix ni la baru macam macam penyakit datang. time fuly dulu tak pernah kene blister langsung. clogged duct pun tak pernah. dah mix ni baru la nak blister tetiba. hari tu kanan, ni kiri pulak. yang kiri ni dah dua bulan kene. lain lain saluran. baru hilang satu hari tu, jadi lagi satu. huwaaaaa sakit dia toksah nak habaq. boleh bergaduh la citenye. doakan aku sihat ye kawan kawan. tak lalu nak berperang dengan jiwa lagi. anak nak susu, kekadang rasa tak sanggup nak bagi sebab ya ALLAH sakit gila kot blister. gila babi punya sakit. tapi demi anak.................




till next post ye. atas nasihat kawan, aku nak aktif la balik belog ni. nak post anything pasal life sekarang, supaya satu hari nanti, dapat baca balik and ingat balik kenangan ni. hihi. wish me luck ye gais. babai.


salam-alaik. 


No comments: