Thursday, November 19, 2015

Tips jimat kredit paling win!

Assalamualaikum w.b.t....


Hai semua. Hari ni aku nak kongsi sesuatu yang best. Sedikit sebanyak boleh membantu kita meneruskan kelangsungan hidup di negara yang penuh pancaroba ni. Haha. Aku percaya ramai antara kita semua merupakan pengguna telefon bimbit atau bahasa senang nya handset. Ada yang pakai bill dan ada yang pakai pre-paid. Tips aku nak bagi ni hanya boleh diguna pakai pada orang yang pakai pre-paid atau yang pakai bill tapi berniat nak tukar ke pre-paid. Lepastu hanya efisien pada pengguna tak tegar macam aku. Sebagai contoh yang tak call orang atau bergayut lebih daripada 20 minit, paling lama pun bergayut dengan mak aku lebih kurang 10-20 minit. Kalau dengan suami aku akan suruh dia yang call (ni tips paling win). Haha. Dan kalau call lain-lain biasa nya kurang daripada 10 saat which is macam contoh untuk tanya ofismate "ko kat mana?" Lepastu dah dpt jawapan terus "ok bai". Sebagai seorang yang anti-sosial, cara berkomunikasi yg utama digunakan ialah dengan cara wassap/mesej. Jadi overall memang bukan lah ahli korporat yang jenis call orang and sembang projek berjuta berejam-rejam. Ok, kalau korang jenis yang macam aku gambarkan ni, teruskan membaca. 


Aku dah dekat setahun pakai OneXox simcard. Simcard ni aku beli Rm10 je dan aku kekalkan no aku yang lama. So far setahun ni aku berjaya jimat daripada pakai bill RM110 sebulan kepada pre-paid yang hanya perlu bayar +- RM30-50 sebulan!! So aku nak review sikit apa yang best pasal simcard XOX ni. Firstly skali ialah validity period! Benefit ni berkesan pada orang macam mak aku. Mak aku sebelum ni pakai pre-paid jenama "C" bukan nama sebenar. Terpaksa topap lebih kurang RM30 setiap bulan untuk pastikan valid selama sebulan. Lepas tu kalau dah expired kene topap lagi dan lagi. Sebab kalau dah expired tak boleh buat call out even kredit ada! Kredit mak aku pernah cecah RM100 lebih tapi tak guna sebab selalunya anak-anak dia yang akan call dia. Lain dengan XOX, validity period dia adalah selama 2 tahun 4 bulan dari tarikh daftar dan bila ko topap, validity tu meningkat. Jadi takda istilah kene topap lagi sebab expired! So, kalau jenis mak yang pandai angkat je tak pandai call (macam mak aku) XOX adalah terbaik!! Mak aku since beli simcard, tak pernah topap langsung! 


Macam gambar bawah ni. No aku valid sampai 2019!! 





Manfaat kedua yang best, call bawah 10 saat. Best ni sebab kebanyakan kita sekarang semua pakai wassap/mesej je. Pastu kalau call selalunya just untuk tanya location, tanya lambat lagi ke, pastu bagitau aku on the way. Semua ni biasanya bawah 10 saat. Kalau telco lain, tak ada rate call untuk bawah 10 saat. XOX ade! Bawah ni aku bagi beza call rate telco-telco kat Malaysia ni. Zaman sekarang ni jarang la pakwe makwe nak bergayut lama. Nak sembang mesti guna wassap atau mesej je, boleh tukar tukar pic. Kalau nak sembang panjang terus jumpa je. Semua nak jimat kredit punya pasal! Haha so kalau nak jimat guna XOX jangan cakap lebih 10 saat. Kalau panjang sangat bagi wassap atau mesej je haha. Memang air time call aku pun jadi sangat lambat susut. Best best! 





Dan ketiga yang best, internet super laju! Even internet laju macam jet, ko takyah risau sebab data sangat save. Tapi kene ada cara nya. Contoh macam aku, tutup application yang tak penting bila takda wifi. Selagi ada wifi kita kene bergantung hidup pada wifi. Data guna sebagai pilihan terakhir. Dan sekarang pun ada cara untuk tutup auto play video kat fb, ok tutup semua tu! Tutup auto update. Update app hanya bila ada wifi. Tutup segalanya! InsyaAllah 1.5g yang sekarang berharga RM28 je, akan bertahan selama +- sebulan! Itu BERGANTUNG kepada penggunaan data ko la kan. Kalau hari-hari nak menghadap video ke movie ke, namblas ratus gig data pun belum tentu cukup! 


So far aku puas hati dengan XOX. First topap aku RM50, lepas tu aku buat internet RM28. Balance dari tu boleh buat call. Lepas tu sebulan aku hanya topap RM30 je untuk buat internet. Cuma kadang kalau terlebih guna data, 20 hari camtu data habis dah. So aku topap lagi. Memang topap semata untuk buat internet. Lagi satu, akaun untuk buat call and akaun untuk buat internet asing-asing. So ko takyah risau kalau data habis, kredit ko tak kene makan secara haram! 


Dan yang paling utama, dengan jadi dealer atau sub dealer XOX macam aku ni, dapat la side income sikit. Koman koman komisen boleh jugak cover duit topap aku tiap bulan. Sebab siapa yang daftar bawah aku, aku dapat komisen setiap kali dorang topap. So selagi mana orang tu pakai XOX tu, selama tu la komisen dealer atau introducer akan dapat. So, siapa yang berminat nak kurangkan beban membayar bill handset setiap bulan atau nak menambah income, boleh contact aku. Simcard RM10 je dan boleh terbang kemana-mana je customer berada. POSLAJU kan ada! Hehe. Dan jangan risau no lama boleh dikekalkan. Okay itu sahaja tips dari aku kali ni. Selamat bertemu lagi. Bye. 




"JIMAT SELAGI BOLEH JIMAT" 



Assalamualaikum.