Sunday, June 17, 2012

father's day


hai abah. SELAMAT HARI ABAH. semoga abah bahagia kat sana.............



ol rindu abah sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat.........
harap kita jumpa nanti kat sana sekeluarga...

Saturday, August 28, 2010

terima kasih semua :) terima kasih Ya Allah!



rasa bahagia sangat sekarang..yela bila dikelilingi orang yang sayang pada kita..
terasa semua lengkap dalam hidup ni..
keluarga yang sangat caring, kekasih yang baik hati..
semua tu takkan aku sia-siakan sebab kalau diorang takde, memang aku takkan berjaya sampai tahap macam ni..cewahhh! ko baru semester satu laaa jangan nak gedik sangat!


dan yang paling penting sekarang..
aku nak panjatkan syukur yang tak terhingga pada Allah swt ( ceh dah macam dapat anugerah penyanyi wanita harapan je nih )..


bersyukur sangat-sangat sebab tadi time buka laman web SPA tu memang jantung berdegup laju macam ferrari atas highway, tidak pun BMW 5 series..
itu pun lepas housemate cakap dah boleh check kan..gulp~~
then....masuk lah ic kan...


yahoo! sukacita dimaklumkan Nurulhuda Binti Alladdin nombor kad pengenalan 880812******, bahawa saudara/saudari akan ditawarkan Biasiswa Persekutuan di bawah Program Ijazah Dalam Negara 2010 untuk mengikuti pengajian seperti di atas.


gosok-gosok mata, gigi dan telinga jap! betul ke nih? haha aku tak mimpi rupanya..


YEBBAAAA! ini memang sangat bahagia okay!!!! bahagia tahap gaban hanjing belakang rumah makcik kau!
omaigod omaigod! Ya Allah Ya Tuhanku aku bersyukur sangat alhamdulillah..


next week balik nak cium mak abah semua nak cakap terima kasih sangat sebab banyak doa untuk anak dia yang memang degil dan menyusahkan dorang ni..
ohh baru teringat, beberapa hari sebelum ni memang aku banyak menyusahkan diorang expecially abah..hermmm~~
SORRY sangat abah, saya janji tak buat lagi macam tu..i love u so much..
love untuk emak jugak sebab hari-hari tak lupa doa untuk anak dia ni..
balik nih saya janji nak cium mak and abah puas-puas okay!


next, terima kasih untuk En kekasih yang banyak sangat bagi support..
walaupun beberapa hari ni jugak, saya banyak susahkan dan sakitkan hati awak kan..
gila ke, kalau orang lain memang dah tak tahan dah dengan perangai saya ni..
tak sangka gila awak boleh tahan dengan saya selama macam ni kan!
sayang nyeeee kat awak! bak kata abah, "kalau kamu sayang nurul, sabarlah 3 tahun tak lama, kalau 6 bulan dulu kamu cakap macam tu mungkin pakcik boleh pertimbangkan.."
acecehhhh ni gosip antara bakal mentua dengan menantu kah?


okay lastly aku nak berkongsi berita gembira ni dengan semua readers yang sudi baca belog kesayangan aku ni kan..
korang mesti ada doa untuk aku jugak kan? thanx sangat eh..
lepas ni tolong doa lagi tau..aku tau korang semua baik hati...hehehehe


goodnight semua....:)




Wednesday, August 11, 2010

puasa weh! :D



setahun sekali je dia datang..so macam biasa la, time puasa bulan ramadhan ni la baru aku nampak status orang kat facebook tu, semua nak buat amalan jariah..
kalau hari-hari biasa, status ke lauttt je pun..cintan cintun, kecewa, merana, sedih, mencarut!
haaa semua nak macam tu jeee!
oh cakap kat diri sendiri nampak? tak jugak okay, sebab status aku bulan ramadhan lain sikit..
"selamat berpuasa tak sabar nak raya!",..haa tak ada unsur-unsur macam dah bulan puasa baru nak buat kebaikan kan? takde kan??


haa kali ni mesej kat phone lak, paling banyak aku dapat yang berbunyi " salam, nama saya syaaban....bla bla bla.....bla pesawat eid airlines...bla bla blaa"
lepas tu yang bagi kebanyakan tak kenal, semua nombor tak save!
haha sorry eh kawan-kawan ku sekalian, lain kali nak mesej sila tulis nama kat hujung text tu!
kalau tak nanti aku tak kenal, lepas tu aku tak balas..haa kesian korang kan?
HOH! ko ingat ko artis ke nurulhuda oiiiii...siapa la yang buang karan nak bagi ko mesej tu banyak-banyak!siapa?



conclusion nya disini! eh baru teringat! aku tak buat conclusion untuk report lab lagi!
hahahaha tetiba teringat takpe kan?semuanya nak lupa bahhhhh!



semula..... , conclusion nya disiniiiiiiiiii..
mari la kita berpuasa dengan jayanya ye!
kalau tak puasa, takyah la tunjuk sangat, kesian housemates korang yang puasa tu..
hihihi tambah lagi jenis aku ni, nafsu tak boleh kawal sikit..
karang tengok orang tak puasa, aku pun sebokkkkk taknak puasa kan!
lepas tu time nak pergi pasar ramadhan tu, bawak rm5 je cukup la..
bukan nak beli apa pun, setakat nasik, plus air manis sikit, dengan kuih seringgit 3 jenis tu, cukup-cukup la rm5 kan?
jangan layan sangat nafsu makan tu, nanti rugi je, kuih semalam buat berbuka hari ni!
kan tak bagus macam tu kan! kan kan!

nak tempek gambar apa ni? yang berkaitan puasa kot?
haha dah jangan nak membebel sangat ye nurulhuda!
esok nak bangun sahur, nak masak naik, nak goreng telur! waaahh bestnyeee!



......................
......................




sudahnya takde la gambar kan?malas aku nak cari dah, semua web pun dia nak block!
benci benci! takkan la photobucket pun nak block!semua jenis web photo pun nak block!
ko ingat apa? aku nak layari laman sesawang www.utem.edu.my tu je ke? haa haa!
tell me now! -.-!



SELAMAT BERPUASA BLOGGERS, STALKERS, READERS SEKALIAN!
p/s : stalkers, hepp bulan puasa niiiiiiihhh..haha



tiba tiba dapat gambar ni dekat facebook,
oh ada orang tag aku rupanya, rajin nye ko kan??








*en N is on his way nak balik kampung, rindu kampung katanya! siapa kampung ni? kenapa kaie rindu kat dia pulak? tak rindu aku ke ha! tolong bagi tahu siapa kampung ni! perempuan mana ni!




Sunday, June 20, 2010

to do list 2 minggu :s



my to do list :

  1. ambik sijil MUET kat politeknik, haa tapi tak tahu nak ambik kat siapa! :0
  2. medical check up, hadoi kene bersihkan air kencing dulu karang sangkut mana-mana, HAHA eh korang ingat aku bodoh ke nak ambik dadah haa??
  3. nak print pelbagai-magai borang dalam web U tu..
  4. dah print mestilah kene isi pulak kan takkan print sahaja kot, korang pandai buat lawak mehh!
  5. kene ambik sign penghulu or whatever..
  6. kene cari penjamin, wooh budget aku nak beli kereta ke ada gerento bagai?
  7. nak beli toiletries ( barang kegunaan harian )
  8. nak ambik bantal busuk yang tertinggal kat rumah along! HADOI dah bapa minggu tido tak lena!
  9. nak beli baju sekolah, kain pengawas, kasut sarung, sumpah macam *****. nasib baik keluar nanti ada habuan! grrrr
  10. nak format laptop yang dah lembab macam susu ni.


nak apa lagi? haa nak penyepak? ini semua aku kene buat dalam masa dua minggu okay! jangan nak mengacau aku, HAHA aku BUSYYYY mengalahkan perdana menteri!



boleh demam aku macam nih!
okay..Assalamualaikum!



******** maknanya takde apa-apa

Friday, June 18, 2010

UPU result



nah ambik nombor i.c aku ni boleh tak tolong cek kan status aku ni..
880812-**-****...
yang bintang-bintang tu buat la sudoku ke apa-apa bagi dapat..haha
cek kat sini..
https://online.mohe.gov.my/upu/online1011/semak_results/index2.php
haa cek kat situ..tolong cek kan boleh tak sebab aku confused sangat ni..
rasanya hari tu apply tak hantar pun sijil-sijil tu..
muet pun tak ambik lagi kat politeknik..
so macam mana bolehhhhhhhh...


haish pening-pening!
nak buat macam dia ni jugak la..
kat entry dia yang ni http://fitrihadi.com/2010/06/keputusan-kemasukan-pengajian-ijazah/
credit untuk fitrihadidotcom!

so kalau aku pergi, jumpa aku kat mana-mana universiti, tegur la eh..
aku nak tegur orang? haa memang malas la den...hahaha
den kan pemalu!




haa belum apa-apa dah berangan konvokesyen tu, berangan la ko minahhhhhh!!!



*encik boifie belum tahu ni, macam mana la agak nye ye?



Sunday, May 16, 2010

cikgu saya


kalau waktu sekolah rendah tu kenangan dengan cikgu tak banyak sangat la sebab time tu aku pelajar yang sangat baik, pengawas pulak tu..
pastu kalau dalam darjah, nombor 1 atau 2 atau 3 semua aku bolot, tak kasi chance kat orang lain, gila kuasa betul time tu, atau sebab takde orang pandai dalam sekolah tu? HAHA

dengan cikgu Bahasa merangkap sebagai cikgu tuisyen serta coach netball aku, 3 jawatan sekali gus, memang bosan jugak la jumpa muka dia je setiap masa..kalau tak tuisyen memang tak dapat la aku 3A 2B, padahal boleh dapat banyak lagi tapi time tu kecewa bf pndah sekolah terus prestasi menjunam, haha hebat gila cinta monyet aku kan..
lepas tu kalau takde coach netball tu, mesti aku tak jadi kapten untuk team time sekolah rendah, and jadi player untuk sekolah menengah jugak tiap tahun..

time sekolah menengah otak dah remaja sikit banyak main jee, tula PMR dapat 3A 5B je sebab selalu ponteng ikut pintu belakang kelas time cikgu tengah tulis kat depan, pastu masuk celah pagar yang muat-muat saiz aku je..
kadang-kadang line tak clear kene panjat la pagar sekolah tu..
tapi aku bukan macam budak lain..aku ponteng terus balik rumah, cakap kat mak cikgu takde, haha cikgu jugak yang jadi mangsa..
kene la balik rumah kan, duit cukup-cukup makan kat kantin je, kalau nak lepak kedai memang tak cukup la, balik rumah tengok tv lagi best makan pun free..
time sekolah teknik ambil SPM lagi mencanak-canak kenakalan nye..
siap kene buang asrama lagi, sampai warden dengan cikgu pun semua benci kat aku..
tapi aku pandai ambik hati dorang sebab aku player netball jadi shooter pulak tu, mana boleh buang kan? harapan sekolah tu..
memang tak sia-sia la sekolah simpan aku, selain berbakat dalam bidang teater, aku boleh nyanyi nasyid sekali, bhahaha time nyanyi nasyid kene hipokrit sikit buat muka baik..

sampai la aku berjaya sekarang, semua sebab cikgu-cikgu aku yang sentiasa ambik berat kat aku walaupun selalu jugak aku sakitkan hati dorang..
tak pernah la dorang merungut, tapi kalau mengamok tu pernah la jugak..

paling penting skali aku nak mintak maaf la kat teacher EST aku sebab aku pernah tertolak dia time presentation,
time tu dia kritik group aku sebab kitorang tak buat preparation yang cukup,
so sebab marah, aku tertolak la dia time aku nak jalan pegi tempat duduk..
merajuk seminggu tu, memang padan la dengan muka aku sebab aku dapat 6 je untuk subjek EST time SPM, hahahaha



gila, kalau nak cerita semua memang banyak la kenangan dengan cikgu aku time sekolah..

and, aku nak ucap, SELAMAT HARI CIKGU untuk semua cikgu-cikgu di Malaysia..

;) tapi saya tak minat nak jadi cikgu, hehehe




Thursday, March 18, 2010

macam mana nak delete account facebook


pernah tak rasa bengang kat facebook sebab kita tak boleh nak delete account kita?
diorang hanya bagi pilihan untuk deactivate iaitu maknanya, tak aktif..
ataupun senang cakap, can't delete oh, tak aktif boleh la....
so thats mean, account korang still ada, cuma tak aktif..


aku tak nak macam tu, sekarang aku nak delete account lama..
kenapa la susah sangat Facebook ni..
naik geram aku...


tapi jangan risau, aku dah jumpa jalan penyelesaian..
kalau nak delete terus, maknanya tak nak aktif, ikut je step dorang yang tersembunyi ni..
aku dah jumpe rahsia Facebook! hahahaha

kalau tengok kat setting account memang sampai mati tak kan jumpa..
sepatutnya kita kene baca t&c sebelum kita nak buat account Facebook..
aku tak baca rupanya dulu, heh! so, jangan jadi macam aku yer..
okay faham semua??

pergi dekat Help Center, bawah pada link account korang tu..
kan macam-macam ada, amik yang Using Facebook tu..
ataupun dah memang ada kan..
kemudian nampak tak Privacy? tu gambar solex seketul?
ambik itu dan kemudian tekan Deactivating, deleting and memorializing account,
bawah kepada menu Privacy Policies and Internet Safety.

pastu ikut jelah arahan and baca segala apa yang dia cakap tu..baru la boleh delete sepenuhnya, maknanya, bukan deactivate ye!



tetapi!! selepas delete tu, diorang bagi masa 2 minggu untuk aktifkan balik..
tak confirm la delete nye ponnnn!
tapi kalau korang degil jugak macam aku, yang tetap nak delete, terpaksa la tunggu 2 minggu ye!
haaa, camne? remeh kan? sangat remeh okay!!
baru aku tau macam ni rupanya cara diorang taknak lari user..


siap kene tunggu 2 minggu tu yang tak tahan aku baca..
maknanya 2 minggu lagi la baru aku buat account baru aku..
so, buat masa sekarang, non-Facebooker la aku..
okay itu saja untuk hari ini, bye bye!!




*zue, help me! geram banyak ni haih!



Saturday, March 6, 2010

learning English

okay hari ni mari belajar sikit tentang short form..
bukan pe, aku selalu nampak orng pakai short form gini..
tapi selalu tak kene tempat..
maybe sebab dorang tengok orang pakai..
dorang pun bantai pakai padahal meaning pun tak tahu..

meh la serba sedikit kongsi yang mana aku tau...


WTF / WTH : ini carut tau, jangan suka-suka sebut, maknanya What The Hell dan What The Fuck..dan macam aku cakap, tak baik mencarut, hwahwahwa...

IDK : ini maknanya saya tak tahu atau bahasa English nya I Dont Know, okay?

LOL : maknanya Laugh Out Loud, tahu? gelak besar bak kata pepatah melayu..jangan main bubuh je, nanti orang meng-LOL kan korang balik..huhu

ILYSM : ini cintan cintun, kapel-kapel boleh la pakai, I Love U So Much, haa kalau IMYSM?? pepaham la kalau korang tu bercinta..hihihi

OMG : ini maknanya, Oh My God!, kira cam melayu nya oh Tuhanku, atau Opocott! haha,,kalau Tamil lak, Aiyoo Karawallehhh...

ASAP : ini bukan kebakaran atau rokok okay, ini As Soon As Possibble, secepat yang mungkin..


haa itu la sikit yang aku tau, nanti kalau ada lagi, aku bubuh balik..
kalau korang tahu lagi, bagi je kat komen..
boleh kita belajar sama-sama kan??
Selamat Belajar murid-murid!!
;P




*mood terbaik malam ni : WORRIED! wahhhhh! aku perlukan En Nakhaie sepanjang masa!