Friday, May 15, 2015

Weekend di Alor Setar

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum w.b.t. 


Hari ni Jumaat 15 Mei 2015. Esok hari guru. And aku terasa macam ehh kene sambut ni. Well of course laa. Aku kan cikgu sekarang. Walaupun bukan pada budak sekolah, tapi kalau student IKBN bukan cikgu kah namanya? Haha Aku mengajar sama macam cikgu sekolah jugak. Hewhew. 


Minggu ni tak terasa nak balik. Hermm. Ntah laa. Aku rasa badan ni dah sampai tak larat nak balik. Nak duk 4-5 jam dalam kereta dengan Mikail. Aku lagi rela duduk rumah. Sekurang-kurangnya Mika boleh main je tak kacau pun aku. Kalau duk dalam keta toksah nak cerita laa. Tak sampai 10 minit dalam car seat dia dah resah. Kacau aku. Duk atas perut aku. Arghh stress nak terkencing semua cukup. Terasa penat sangat time mengandung kali kedua ni. Hehe. Takpe laa redha je. Aku jugak yang nak anak ramai. Pada aku best kalau adik beradik ramai ni. Sebab aku dah rasakan keseronokan ituuuuu jyeaahhh. 


Cite nye hari ni encik suami balik kampung sensorang. Sebenarnya bukanlah dia saje balik kampung cenggitu je. Berani pulak dia kan. Balik kene baling dengan kuali. Dia ada appointment. Nak hantar polisi la, orang nak sign up la. Macam macam so aku memang malassssss gila nak ikut sebab nanti duduk rumah jugak je. Yg penat travel ngan packing! Baik aku duk rumah diam-diam. 



So sebab berdua je dengan Mikail hari ni, kitorang lunch punya laa lewat. Kul 3 baru siap masak nasik. 




Then berlaukkan siakap sweet sour je. Tu pun tak pedas. Sebab kene share dengan Mikail. Huwaaaaa mintak nyawa sangat makan tak pedas camni. Cabai potong pun aku lupa beli tadi. Gila takda life. Haha. Takpe laaa aku telan jugak memandangkan perut dah lapar. 

Hari cuti camni aktiviti utama spring cleaning jelaa. Yg major punya. Sebab kalau minor spring cleaning suami dah selalu buat hari-hari. Haha nasib bek dapat suami yg "takde kerja" duk rumah sokmo. Bini pegi kerja dia kemas rumah. Huh!

So, kesimpulannya hari ni. Aku nak sambung tidur balikk. Weekend dan tidur adalah tak dapat dipisahkan. Byeee. 



#tb mikail malam tadi 




Assalamualaikum. 





Friday, February 21, 2014

Cerita bersalin Mikail

As-salam Alaik.... 



Arghh lama gila tak berblogging. Usah kata sawang labah-labah, anai-anai pun dah bersarang kat belog ni. Tunggu masa nak reput. Sebelum reput betul-betul, rasa nak update pengalaman bersalin anak first iolssss....


Krikkkkk



Krikkkkkk




Krikkkkkk





Aww teruja sangat nak update sampai tak tahu mana nak start....






Al-kisah bersalin ni sebenarnya panjang sangat sebab duration time 2 minggu kot. Yelah 2 minggu sebelum due dah kene contraction manja dari baby buat aku kalut gelabah ayam pegi spital sekali doc check bukaan baru 2 cm. Dengan muka toya balik rumah lepak je la tunggu baby betul2 nak keluar. Kemain auta lagi baby ni kan. 


11hb October due date dah uolsssss. Haha tapi time ni kemain rilek lagi kat rumah goyang kaki macam-macam senaman dah buat. Konon dengar nasihat semorang nak cepatkan bukaan. Tapi nannn hadoo! Due date pon tak bersalin jugak lagi. Satu senaman pun tak jalan. Puiiii. 



Esok nya 12hb balik kampung parit buntar. Kemain selamba lagi balik kampung tak sedar dah sarat. Eh bukan dah sarat malah dah lepas due pon!!!! Haaa jangan memain perasaan nak bersalin tu pun dah takde. Mama majukkkkk!!!!!



13hb. Jeng jeng jeng!!! Hari anniversary setahun dengan husband. Hihi time ni doa dah semoga baby keluar hari ni sebab nanti senang satu kek je nak sambut kan. Haha camtu pon boleh kan. Pagi tu ada rasa senak mcm time period tapi ni lagi sakit sampai mengerekot laa. badan. Kaie perasan dah tapi dia tanya ok tak, aku jawab ok lagi. 




Petang tu dengan selamba lepas zohor pergi jusco bandar perda, selamba cicak je pegi padahal sakit senak contraction tu dah makin kerap 30 min skali. Haha tiap kali sakit datang tangan kaie jadi mangsa genggaman harimau dari aku. Kaie tetap tabah. 



Dengan gagah aku pegi jusco makan kek, amik gambar, lepak lepak. tapi belum sempat kek habis dah rasa sakit sangat yang takleh nak tahan cepat2 ajak kaie blah konon nak pegi spital la. Take away la kek anniversary yang satu slice tu. Hihi



4 petang. Hujan lebat selebatnya bila kami sampai kat spital, so macam dilema nak masuk ke tanak ni. Betul ke nak bersalin dah. Tapi bila kaie pandang aku tiap kali contraction muka berkerut mata pejam kaki otomatik kejang je straight and kekadang mengerekot, langsung dengan confident dia ajak masuk labour room juga. Ni macam confirm je kan. 



Terus laa aku daftar kat situ padahal checkup kat perak ni apa ntah kes boleh sampai penang kan. Lepas daftar doc check bukaan dah 4cm. Aku pun cam wow dah nak bersalin ke ni. Aku tanya doc, kene admit ke, ni lah soklan paling bijak yang lintas kat kepala aku. Doc cakap sini kalau dah masuk labour room otomatik kene admit. Aku pun cam "ohhhh begitu". 



5 ptg. Dalam labour room aku dah rasa sakit contraction yang perghhhhh sakit woo tapi boleh lagi dorg nak amik ctg, aku dah tak keruan, benda ctg tu pn ntah kemana2 tak melekat pun kat perut aku. Tiap kali contraction, pelekat tu semua tercabut berterabut. Haha then doc dtg check bukaan lagi dah 5 dan dorang pecahkan ketuban. 



6 ptg. Aku dah start sakit yang lagi macam wooooo maha dasyat sakitnye, macam2 ayat dah keluar dari mulut, start Allahuakbar, Lailahaillallah sampai la ke Allahumma anta subhanaka inni kuntumminazolimin. Benda ni lah dok ulang kat mulut aku. Time ni la rasa nak tepon mak, phone takde lak. Nak panggil kaie, husband takleh masuk. Dorg cakap utk special case je suami boleh masuk. Kiranya case aku kurg special la kot kan?



Time ni selang 15 minit aku panggil bidan sebab tak tahan rasa nak teran. Bidan tu check bukaan dah naik 6cm. 15 min pastu 7cm. Gitu la aku dok panggil2 bidan tu tiap 15 minit cakap nak teran. Tiap kali dia check naik satu cm. Dia pun stand by segala peralatan kt tepi katil aku. Tunggu masa nak meneran. 



7 ptg. Time ni aku dah memang nak teran sangat dah. Aku panggil bidan lagi dia check dia kata ok dah boleh teran. Dengan sepenuh hati aku teran senyap2 takda keluar bunyi pun. Malu pulak nak teran sambil berbunyi. Haruslah cover kan. Hehe 



Sampai 7.30 ptg aku still camtu jgk dok teran time contraction dtg. Sampai dah lemah seluruh badan. Aku ckp kat bidan aku dah give up. Buat la apa2 cara asalkan baby keluar tak kisah la vacuum ke ape ke. Tapi bidan tu bagus. Dia cakap mak kene kuat semangat. Kesian kat anak. Sambil tarik tangan aku pegang kepala baby yg dah terjulur keluar sket. Terasa rambut dia buat aku bersemangat balik. 


Then last try, now or never, aku teran sekuat hati aku sambil sorang bidan datang tekan perut aku, tetiba pluppppp!! Aku rasa ada sesuatu meluncur laju keluar kat bawah. Pastu nampak laa baby aku dah keluar dengan mulut muncung nye mata pejam. Badan dia ada najis sket sebab dia dah start membuang dlm perut maklumlah overdue kan. Haha 


Hilang segala sakit time doc letak baby atas dada. Dia punya nangis toksah dikenang laa satu wad dengar. Seronok bukan kepalang dah doc jahit luka pun aku buat taktau je. Mg tak sabar nak jumpa kaie je time tu. 



Selesai kaie solat maghrib kat surau, dapatlah khabar berita. Alhamdulillahh. Aku berjaya melahirkan seorang khalifah Allah dimuka bumi ni. Dengan berat 3.2kg dan sihat sepenuhnya. 7.50 petang waktu hujan lebat kat Hosp Seberang Jaya. Yeyyyyyy. 



Dan. 



Sekarang. Mikail dah nak masuk 5 bulan pun. Cepat masa berlalu. Tiap kali pergi seberang jaya, kenangan kat labour room hosp tu selalu datang balik kat kepala. Tak sangka. Dah beranak aku. Hahaha 



Yayyy. Habis jugak karangan pengalaman bersalin. Siapa habis baca memang superb. Anda pengikut yang sangat setia. 3 kali aku edit untuk sambung cerita ni. Maklumlah anak kecik kan dia pejam mata baru aku boleh buat kerja. 



So, cerita berpantang and pengalaman membesarkan mikail yang super active tu akan continue nanti. Nak share apa rahsia aku kekal bertenaga lepas bersalin. Hehe



Ok bai. Salam Alaik. 

Tuesday, July 30, 2013

imma momma!


salam-alaik. salam ramadhan ke-21. salam satu malaysia.


blog dah berhabuk bersawang? standard bagi seorang suri rumah sepenuh masa macam aku. busy menyiapkan tugas hakiki seorang isteri yang rajin dan berwibawa. selain daripada tu? ahh banyak lah jugak termasuk memikirkan persiapan untuk kelahiran baby sulung ni. nak memikirkan tu pun dah makan masa tau jangan main-main sangat. since 2-3 bulan dah survey memacam. maklumlah eksaited kan anak first..


ahh hampir terlupa nak cerita, tetiba  je dah bukak pasal baby kan express sangat uols. alhamdulillah rezeki dari Allah SWT walaupun merancang taknak baby waktu awal-awal kahwin, tak sampai 2 bulan dah tukar rancangan nak baby pulak. haha gituuwww. terus terminate plan memula bertukar kepada plan kedua. dan alhamdulillah, danggggg! ambik kau terus pregnant iols....hehe



sekarang dah masuk 30weeks pun, gemuruh jiwa semangat membara sangat rasanya. lagi berapa minggu je nak deliver. hopefully sangat semua nya dipermudahkan. typical gila ayat kan. macam biasa lepas week 28 siapa yang check up mesti tau kene buat baby movement counting. cukup 10 kali, tanda, esok 10 kali tanda, boring betul. tapi aku berapa hari dah tak tanda, malas punya pasal sebab rasanya belum cukup 5 jam dah lebih 10x dia gerak. advance betul budak ni senang aku punya kerja....lalala



jadinya, kalau nanti nak dekat deliver atau lepas ni tak sempat nak update apa apa, aku nak mintak maaf la awal awal kat sesapa yang baca ni. doakan la semuanya selamat ye. aku tau selama ni aku banyak sangat dosa kat orang, banyak mengutuk orang, banyak buat orang sakit hati even family sendiri. makanya, aku mintak ampun sangat sangat. mana lah tahu mungkin masa aku dah sampai nanti. sobs sobs. lagipun nak raya kan standard la meminta maaf. gittuuuw.



*perut cramped. arghhhh!!!*




okay dah tak cramped. sambung taip. doakan aku kuat ye, so far baru sehari je tinggal puasa. tak pernah pernah sehari je tinggal kauuuu! kali ni je mampu hokkayy! 



okay itu sahaja buat sesiapa yang rindu nak baca atau stalk belog aku. short update sahaja maaf ye. lastly, selamat berpuasa. selamat maju jaya. dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. maaf zahir dan batin. :)




Salam-alaik.



Friday, November 23, 2012

mimpi abah lagi untuk kesekian kali, yayy!





lebih sebulan sudah aku selamat bergelar isteri orang. terasa macam baru semalam akad tu suami aku baca. 
sepanjang persiapan nikah aku, aku tak pernah pun mimpi abah. tak tahu kenapa. sedangkan aku selalu teringat dia. lelaki yang sepatutnya jadi wali aku tapi dia yang tak ada waktu majlis. 



dah sebulan nikah pun macam tu, aku tetap tak mimpi abah......




tapi semalam, dah balik melaka, tidur tanpa suami kat sebelah, ehem ehem..barulah dapat mimpi abah!
abah datang jugak akhirnya. wallahualam itu abah. tapi aku dapat rasa itu abah.


abah datang pegang kepala aku, sambil senyum. aku seronok sangat dapat jumpa abah. aku tunjukkan kad jemputan majlis aku, aku cerita pasal hari nikah aku, aku cerita macam macam. seronok sangat sebab dapat kongsi cerita bahagia aku kat abah. *sedih*
tapi abah tak cakap apa apa pun, takda nak wish kat aku, takda nak luahkan perasaan dia bila dapat tau anak bongsu dia ni dah sah jadi milik orang lain...
aku tunjukkan gambar rumah sepupu dia, aku cakap, "abah, kami nak pergi jemput sedara yang umah ni, abah ikut sekali ehh"..
abah diam je senyum...nak ikut ke tak aku tanya balik?
abah tetap diam...



lepastu aku tak ingat apa-apa, roomate kejut 6.20 untuk solat subuh. sedihnya rasa hati dapat jumpa abah kejap je. kalau boleh taknak bangun tido langsung and nak borak dengan abah lagi. banyak sangat benda aku nak cerita. 



pelik campur bahagia sebab sekian lama dah abah tak pernah datang dalam mimpi. tapi malam tadi dia datang. alhamdulillah maghrib tadi dapat sedekah yassin untuk dia. mungkin dia rindu kat aku, nak tengok keadaan aku lepas nikah macam mana. abah sepatutnya bertambah bahagia sekarang sebab tanggungjawab abah dah lepas pada orang yang abah suka and sayang. so abah jangan lah risau, ol okay dan happy sekarang....




aku harapkan mimpi macam tu datang lagi lepas ni. tapi next time aku nak peluk abah, nak cium abah and nak bau badan abah puas puas...kalau boleh laaa...*senyap*



Sunday, November 4, 2012

Facts

1) im married. And happy.
2) housewife and final year student
3) im not too kind, in fact not too cruel
4) i got a life to hold rather than bothered yours
5) no such thing even one of them
6) jadi saya ambil langkah bijaksana dan bijaksini malah bijaksitu dan bijaksinun. Saya diam dan biar dia kata apa.
7) sebab saya rasa diam itu bagus.
8) okey x mcm tu arh? Okey keww tuck? Okey larhhh kan. Sayeww okey jeww.

Thursday, September 27, 2012

Darurat


Lebih kurang 20 hari je lagi. Aku? Sekarang kat melaka lagi. Sibuk buat hal student last year lagi. Masih sibuk menatap assignments yg banyak dan susah lagi. Masih belum hantar surat mohon pada pejabat agama lagi. Belum hantar surat mohon pada jpa lagi. Masih belum! Yes happy kan buat kerja kelam kelibut macam ni. Semua gara gara andaian sem baru maka takda banyak kerja lagi. Yaa gitu! Dengan ini saya mengishtiharkan darurat. Sekian wasalam.

Sunday, June 17, 2012

father's day


hai abah. SELAMAT HARI ABAH. semoga abah bahagia kat sana.............



ol rindu abah sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat.........
harap kita jumpa nanti kat sana sekeluarga...

Saturday, August 28, 2010

terima kasih semua :) terima kasih Ya Allah!



rasa bahagia sangat sekarang..yela bila dikelilingi orang yang sayang pada kita..
terasa semua lengkap dalam hidup ni..
keluarga yang sangat caring, kekasih yang baik hati..
semua tu takkan aku sia-siakan sebab kalau diorang takde, memang aku takkan berjaya sampai tahap macam ni..cewahhh! ko baru semester satu laaa jangan nak gedik sangat!


dan yang paling penting sekarang..
aku nak panjatkan syukur yang tak terhingga pada Allah swt ( ceh dah macam dapat anugerah penyanyi wanita harapan je nih )..


bersyukur sangat-sangat sebab tadi time buka laman web SPA tu memang jantung berdegup laju macam ferrari atas highway, tidak pun BMW 5 series..
itu pun lepas housemate cakap dah boleh check kan..gulp~~
then....masuk lah ic kan...


yahoo! sukacita dimaklumkan Nurulhuda Binti Alladdin nombor kad pengenalan 880812******, bahawa saudara/saudari akan ditawarkan Biasiswa Persekutuan di bawah Program Ijazah Dalam Negara 2010 untuk mengikuti pengajian seperti di atas.


gosok-gosok mata, gigi dan telinga jap! betul ke nih? haha aku tak mimpi rupanya..


YEBBAAAA! ini memang sangat bahagia okay!!!! bahagia tahap gaban hanjing belakang rumah makcik kau!
omaigod omaigod! Ya Allah Ya Tuhanku aku bersyukur sangat alhamdulillah..


next week balik nak cium mak abah semua nak cakap terima kasih sangat sebab banyak doa untuk anak dia yang memang degil dan menyusahkan dorang ni..
ohh baru teringat, beberapa hari sebelum ni memang aku banyak menyusahkan diorang expecially abah..hermmm~~
SORRY sangat abah, saya janji tak buat lagi macam tu..i love u so much..
love untuk emak jugak sebab hari-hari tak lupa doa untuk anak dia ni..
balik nih saya janji nak cium mak and abah puas-puas okay!


next, terima kasih untuk En kekasih yang banyak sangat bagi support..
walaupun beberapa hari ni jugak, saya banyak susahkan dan sakitkan hati awak kan..
gila ke, kalau orang lain memang dah tak tahan dah dengan perangai saya ni..
tak sangka gila awak boleh tahan dengan saya selama macam ni kan!
sayang nyeeee kat awak! bak kata abah, "kalau kamu sayang nurul, sabarlah 3 tahun tak lama, kalau 6 bulan dulu kamu cakap macam tu mungkin pakcik boleh pertimbangkan.."
acecehhhh ni gosip antara bakal mentua dengan menantu kah?


okay lastly aku nak berkongsi berita gembira ni dengan semua readers yang sudi baca belog kesayangan aku ni kan..
korang mesti ada doa untuk aku jugak kan? thanx sangat eh..
lepas ni tolong doa lagi tau..aku tau korang semua baik hati...hehehehe


goodnight semua....:)




Wednesday, August 11, 2010

puasa weh! :D



setahun sekali je dia datang..so macam biasa la, time puasa bulan ramadhan ni la baru aku nampak status orang kat facebook tu, semua nak buat amalan jariah..
kalau hari-hari biasa, status ke lauttt je pun..cintan cintun, kecewa, merana, sedih, mencarut!
haaa semua nak macam tu jeee!
oh cakap kat diri sendiri nampak? tak jugak okay, sebab status aku bulan ramadhan lain sikit..
"selamat berpuasa tak sabar nak raya!",..haa tak ada unsur-unsur macam dah bulan puasa baru nak buat kebaikan kan? takde kan??


haa kali ni mesej kat phone lak, paling banyak aku dapat yang berbunyi " salam, nama saya syaaban....bla bla bla.....bla pesawat eid airlines...bla bla blaa"
lepas tu yang bagi kebanyakan tak kenal, semua nombor tak save!
haha sorry eh kawan-kawan ku sekalian, lain kali nak mesej sila tulis nama kat hujung text tu!
kalau tak nanti aku tak kenal, lepas tu aku tak balas..haa kesian korang kan?
HOH! ko ingat ko artis ke nurulhuda oiiiii...siapa la yang buang karan nak bagi ko mesej tu banyak-banyak!siapa?



conclusion nya disini! eh baru teringat! aku tak buat conclusion untuk report lab lagi!
hahahaha tetiba teringat takpe kan?semuanya nak lupa bahhhhh!



semula..... , conclusion nya disiniiiiiiiiii..
mari la kita berpuasa dengan jayanya ye!
kalau tak puasa, takyah la tunjuk sangat, kesian housemates korang yang puasa tu..
hihihi tambah lagi jenis aku ni, nafsu tak boleh kawal sikit..
karang tengok orang tak puasa, aku pun sebokkkkk taknak puasa kan!
lepas tu time nak pergi pasar ramadhan tu, bawak rm5 je cukup la..
bukan nak beli apa pun, setakat nasik, plus air manis sikit, dengan kuih seringgit 3 jenis tu, cukup-cukup la rm5 kan?
jangan layan sangat nafsu makan tu, nanti rugi je, kuih semalam buat berbuka hari ni!
kan tak bagus macam tu kan! kan kan!

nak tempek gambar apa ni? yang berkaitan puasa kot?
haha dah jangan nak membebel sangat ye nurulhuda!
esok nak bangun sahur, nak masak naik, nak goreng telur! waaahh bestnyeee!



......................
......................




sudahnya takde la gambar kan?malas aku nak cari dah, semua web pun dia nak block!
benci benci! takkan la photobucket pun nak block!semua jenis web photo pun nak block!
ko ingat apa? aku nak layari laman sesawang www.utem.edu.my tu je ke? haa haa!
tell me now! -.-!



SELAMAT BERPUASA BLOGGERS, STALKERS, READERS SEKALIAN!
p/s : stalkers, hepp bulan puasa niiiiiiihhh..haha



tiba tiba dapat gambar ni dekat facebook,
oh ada orang tag aku rupanya, rajin nye ko kan??








*en N is on his way nak balik kampung, rindu kampung katanya! siapa kampung ni? kenapa kaie rindu kat dia pulak? tak rindu aku ke ha! tolong bagi tahu siapa kampung ni! perempuan mana ni!




Sunday, June 20, 2010

to do list 2 minggu :s



my to do list :

  1. ambik sijil MUET kat politeknik, haa tapi tak tahu nak ambik kat siapa! :0
  2. medical check up, hadoi kene bersihkan air kencing dulu karang sangkut mana-mana, HAHA eh korang ingat aku bodoh ke nak ambik dadah haa??
  3. nak print pelbagai-magai borang dalam web U tu..
  4. dah print mestilah kene isi pulak kan takkan print sahaja kot, korang pandai buat lawak mehh!
  5. kene ambik sign penghulu or whatever..
  6. kene cari penjamin, wooh budget aku nak beli kereta ke ada gerento bagai?
  7. nak beli toiletries ( barang kegunaan harian )
  8. nak ambik bantal busuk yang tertinggal kat rumah along! HADOI dah bapa minggu tido tak lena!
  9. nak beli baju sekolah, kain pengawas, kasut sarung, sumpah macam *****. nasib baik keluar nanti ada habuan! grrrr
  10. nak format laptop yang dah lembab macam susu ni.


nak apa lagi? haa nak penyepak? ini semua aku kene buat dalam masa dua minggu okay! jangan nak mengacau aku, HAHA aku BUSYYYY mengalahkan perdana menteri!



boleh demam aku macam nih!
okay..Assalamualaikum!



******** maknanya takde apa-apa

Friday, June 18, 2010

UPU result



nah ambik nombor i.c aku ni boleh tak tolong cek kan status aku ni..
880812-**-****...
yang bintang-bintang tu buat la sudoku ke apa-apa bagi dapat..haha
cek kat sini..
https://online.mohe.gov.my/upu/online1011/semak_results/index2.php
haa cek kat situ..tolong cek kan boleh tak sebab aku confused sangat ni..
rasanya hari tu apply tak hantar pun sijil-sijil tu..
muet pun tak ambik lagi kat politeknik..
so macam mana bolehhhhhhhh...


haish pening-pening!
nak buat macam dia ni jugak la..
kat entry dia yang ni http://fitrihadi.com/2010/06/keputusan-kemasukan-pengajian-ijazah/
credit untuk fitrihadidotcom!

so kalau aku pergi, jumpa aku kat mana-mana universiti, tegur la eh..
aku nak tegur orang? haa memang malas la den...hahaha
den kan pemalu!




haa belum apa-apa dah berangan konvokesyen tu, berangan la ko minahhhhhh!!!



*encik boifie belum tahu ni, macam mana la agak nye ye?



Sunday, May 16, 2010

cikgu saya


kalau waktu sekolah rendah tu kenangan dengan cikgu tak banyak sangat la sebab time tu aku pelajar yang sangat baik, pengawas pulak tu..
pastu kalau dalam darjah, nombor 1 atau 2 atau 3 semua aku bolot, tak kasi chance kat orang lain, gila kuasa betul time tu, atau sebab takde orang pandai dalam sekolah tu? HAHA

dengan cikgu Bahasa merangkap sebagai cikgu tuisyen serta coach netball aku, 3 jawatan sekali gus, memang bosan jugak la jumpa muka dia je setiap masa..kalau tak tuisyen memang tak dapat la aku 3A 2B, padahal boleh dapat banyak lagi tapi time tu kecewa bf pndah sekolah terus prestasi menjunam, haha hebat gila cinta monyet aku kan..
lepas tu kalau takde coach netball tu, mesti aku tak jadi kapten untuk team time sekolah rendah, and jadi player untuk sekolah menengah jugak tiap tahun..

time sekolah menengah otak dah remaja sikit banyak main jee, tula PMR dapat 3A 5B je sebab selalu ponteng ikut pintu belakang kelas time cikgu tengah tulis kat depan, pastu masuk celah pagar yang muat-muat saiz aku je..
kadang-kadang line tak clear kene panjat la pagar sekolah tu..
tapi aku bukan macam budak lain..aku ponteng terus balik rumah, cakap kat mak cikgu takde, haha cikgu jugak yang jadi mangsa..
kene la balik rumah kan, duit cukup-cukup makan kat kantin je, kalau nak lepak kedai memang tak cukup la, balik rumah tengok tv lagi best makan pun free..
time sekolah teknik ambil SPM lagi mencanak-canak kenakalan nye..
siap kene buang asrama lagi, sampai warden dengan cikgu pun semua benci kat aku..
tapi aku pandai ambik hati dorang sebab aku player netball jadi shooter pulak tu, mana boleh buang kan? harapan sekolah tu..
memang tak sia-sia la sekolah simpan aku, selain berbakat dalam bidang teater, aku boleh nyanyi nasyid sekali, bhahaha time nyanyi nasyid kene hipokrit sikit buat muka baik..

sampai la aku berjaya sekarang, semua sebab cikgu-cikgu aku yang sentiasa ambik berat kat aku walaupun selalu jugak aku sakitkan hati dorang..
tak pernah la dorang merungut, tapi kalau mengamok tu pernah la jugak..

paling penting skali aku nak mintak maaf la kat teacher EST aku sebab aku pernah tertolak dia time presentation,
time tu dia kritik group aku sebab kitorang tak buat preparation yang cukup,
so sebab marah, aku tertolak la dia time aku nak jalan pegi tempat duduk..
merajuk seminggu tu, memang padan la dengan muka aku sebab aku dapat 6 je untuk subjek EST time SPM, hahahaha



gila, kalau nak cerita semua memang banyak la kenangan dengan cikgu aku time sekolah..

and, aku nak ucap, SELAMAT HARI CIKGU untuk semua cikgu-cikgu di Malaysia..

;) tapi saya tak minat nak jadi cikgu, hehehe




Thursday, March 18, 2010

macam mana nak delete account facebook


pernah tak rasa bengang kat facebook sebab kita tak boleh nak delete account kita?
diorang hanya bagi pilihan untuk deactivate iaitu maknanya, tak aktif..
ataupun senang cakap, can't delete oh, tak aktif boleh la....
so thats mean, account korang still ada, cuma tak aktif..


aku tak nak macam tu, sekarang aku nak delete account lama..
kenapa la susah sangat Facebook ni..
naik geram aku...


tapi jangan risau, aku dah jumpa jalan penyelesaian..
kalau nak delete terus, maknanya tak nak aktif, ikut je step dorang yang tersembunyi ni..
aku dah jumpe rahsia Facebook! hahahaha

kalau tengok kat setting account memang sampai mati tak kan jumpa..
sepatutnya kita kene baca t&c sebelum kita nak buat account Facebook..
aku tak baca rupanya dulu, heh! so, jangan jadi macam aku yer..
okay faham semua??

pergi dekat Help Center, bawah pada link account korang tu..
kan macam-macam ada, amik yang Using Facebook tu..
ataupun dah memang ada kan..
kemudian nampak tak Privacy? tu gambar solex seketul?
ambik itu dan kemudian tekan Deactivating, deleting and memorializing account,
bawah kepada menu Privacy Policies and Internet Safety.

pastu ikut jelah arahan and baca segala apa yang dia cakap tu..baru la boleh delete sepenuhnya, maknanya, bukan deactivate ye!



tetapi!! selepas delete tu, diorang bagi masa 2 minggu untuk aktifkan balik..
tak confirm la delete nye ponnnn!
tapi kalau korang degil jugak macam aku, yang tetap nak delete, terpaksa la tunggu 2 minggu ye!
haaa, camne? remeh kan? sangat remeh okay!!
baru aku tau macam ni rupanya cara diorang taknak lari user..


siap kene tunggu 2 minggu tu yang tak tahan aku baca..
maknanya 2 minggu lagi la baru aku buat account baru aku..
so, buat masa sekarang, non-Facebooker la aku..
okay itu saja untuk hari ini, bye bye!!




*zue, help me! geram banyak ni haih!